February, 2020

  • 21 February

    Teladan Pasca Lawatan ke Sekolah Finnish

    Lawatan pendidik dan pentadbir pendidikan dari Taiping ke Oulu Finland baru-baru ini. Kali pertama saya melawat sekolah Finnish adalah pada bulan Ogos tahun 2015, semasa menyertai Helsinki Summer School. Lawatan ketika itu, saya hadkan implikasinya kepada menginspirasikan saya untuk melakukan dengan lebih baik apa yang telah saya lakukan, dan tidak …

  • 11 February

    Al-Baqarah: 30-33… Mengapa Terkejut?

    Semasa Allah memaklumkan Adam menjadi khalifah, malaikat menyuarakan perhatiannya kepada potensi makhluk ini pada melakukan kerosakan dan menumpahkan darah. Bukankah malaikat itu yang lebih sesuai kerana mereka baik dan 100% menurut perintah? Allah tidak menafikan risiko dan sisi pandang berkenaan. Sebaliknya Allah kata, “Aku tahu apa yang kamu tidak tahu …

  • 10 February

    Merombak Paradigma Mendidik Kanak-kanak Dengan Kekerasan

    Kebelakangan ini saya termenung membawa fikiran merenung hantaran di Instagram dan Facebook Page tempoh hari. Bagaimana perkara paling asas iaitu memberhentikan kekerasan terhadap kanak-kanak pun, boleh mengundang debat dan khilaf yang mendalam. Hadith-hadith Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam pun dipulas-pulas untuk memenangkan dimensi ‘dengan kekerasan pun masih jadi orang’. Berpandukan …

  • 8 February

    Being a ‘cool’ Muslim (2005)

    Almarhum Professor Muhammad Al’Mahdi Jenkins, the founder of Khalifah Institute, now known as Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model School Primary and Secondary, featured in Sunday Mail, a year before this final departure in 2006, may Allah bless and place him with His loved ones, ameen. The man with …

January, 2020

  • 31 January

    Projek Terjemahan dan Kupasan Buku Teacher and Child oleh Dr. Haim G. Ginott

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Patron yang mendaftarkan diri untuk menyokong usaha saya, berpeluang memanfaatkan kandungan eksklusif yang saya sediakan khusus untuk anda. Salah satu daripadanya usaha menterjemah dan mewacanakan buku Teacher & Child: A Book for Parents and Teachers yang ditulis oleh Dr. Haim G. Ginott. Buku ini memberi panduan …

  • 29 January

    Buku Terbaharu 2020: Seni Berfikir Yang Hilang

    “Baik, kamu kenal si comel di skrin itu?” Saya bertanya. Murid-murid baharu di sekolah kami ketawa. Di skrin, saya paparkan imej kartun seekor khinzir. Gayanya seperti watak di dalam kartun Peppa Pig. Soalan saya kepada mereka ia, apabila mereka lihat seekor khinzir, apakah yang terlintas di fikiran mereka. Ia adalah …

  • 26 January

    Menjadi Pejuang Pendidikan: Bagaimana Hendak Memulakannya?

    Kebelakangan ini saya kerap dihubungi oleh anak muda yang bertanya soalan yang sama. Mereka berminat hendak menceburkan diri ke bidang pendidikan, terutamanya selepas tamat pembelajaran sarjana muda semasa mereka, yang saya kira bukan di bidang berkenaan. Ia adalah perkembangan yang menggembirakan. Suara-suara masa kini yang menuntut sebuah pendidikan yang lebih …

December, 2019

  • 4 December

    Vlog: Stand By Me (1986): Nilai Sejati Sebuah Persahabatan

    Filem Stand By Me (1986) arahan Rob Reiner adalah filem zaman kanak-kanak ‘favourite’ saya sampai ke tua. Biar pun filem seperti Goonies, ET dan The Dirt Bike Kid 🤣juga menarik, filem Stand By Me ini mempunyai kekuatan yang menjadikannya lekat di minda merentas masa. Ia adalah filem yang merakam nilai …

November, 2019

  • 17 November

    Joe the King (1999): Tiada Budak Nakal Tak Bersebab

    Tidak ada budak yang nakal dan jahat tidak bersebab. Itulah pendirian yang saya ulang-ulang selama ini. Semenjak 2004, saya mula bertemu dengan murid-murid di pelbagai jenis sekolah, pelbagai latar belakang keluarga. Ya, pelajar-pelajar cemerlang itu memang sentiasa ditemui sebab saya selalunya menerima jemputan untuk berprogram bersama mereka. Sama ada di …

October, 2019

  • 11 October

    Tiada Lagi Aliran Sastera Atau Sains Mulai Tahun Depan?

    Berita penuh di https://malaysiagazette.com/2019/10/11/tiada-lagi-aliran-sastera-atau-sains-mulai-tahun-depan/ Berita ini saya sambut di hari Jumaat penuh berkat ini dengan perasaan bercampur aduk antara syukur, gembira, bimbang dan keliru. SYUKUR Jika benar ia ekoran saranan JKDPN tempoh hari, maka Alhamdulillah. Semoga ia juga bermaksud bahawa lebih banyak lagi perubahan yang fundamental menyusul tiba. GEMBIRA Berita …

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share