Wednesday, January 15th, 2025

April, 2018

  • 19 April

    Ada Sinar di Hujung Terowong

    Dalam beberapa hari ini, trafik blog saya menjadi tinggi dan sesekali tersangkut. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkongsi pandangan, menyokong dan tidak menyokong. Ia bukanlah tujuan saya menulis kerana saya tidak berhajatkan kepada sokongan. Saya tidak bertanding, dan tiada apa-apa kepentingan. Saya hanya menulis kerana saya mahu menjelaskan fikiran saya mengenai situasi semasa. …

  • 18 April

    Tiga Keputusan Antara Yang Senang Dengan Yang Susah

    Di blog ini, apabila saya bahasakan diri saya sebagai saya, saya hanyalah diri ini yang terbatas pada setakat apa yang dia tahu, apa yang dia alami dan apa yang dia fikirkan mengenainya. Catatan peribadi di sini, biar pun terbuka untuk bacaan umum, ia adalah jurnal peribadi. Ia tidak bermaksud sama …

  • 16 April

    PRU14: Mengalahkan Sebuah ‘Kemustahilan’

    Apakah yang telah berubah? Banyak yang telah berubah. Saya berada jauh. Ia tidak memungkinkan saya membuat dakwaan. Ia akan menjadi andaian, malah andaian dari jauh. Apa yang boleh saya ungkapkan adalah mengenai perubahan yang terjadi di dalam diri saya sendiri. Kemudian, disokong oleh interaksi dengan sebahagian sahabat yang masih bertukar khabar berita …

  • 10 April

    Cikgu Malaysia di Perkampungan Artik

    Sudah tiga kali saya mengisi program Erasmus in Schools selama berada di Finland ini. Ia adalah program kesukarelawanan yang dikendalikan oleh Finnish National Agency for Education untuk memberi peluang kepada pelajar antarabangsa melawat sekolah-sekolah Finnish, berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran, sambil berpeluang mengenali sistem pendidikan Finland dan budaya tempatan secara hands on. Kali …

  • 8 April

    Sikap Kita Terhadap Pelarian dan Pencari Suaka (Asylum Seekers)

    “Rizal, saya tidak dapat membayangkan bagaimana pelarian boleh hidup sedemikian rupa di Malaysia!” kata rakan saya. Petang itu saya bersama beliau dan kira-kira lima orang lain sukarelawan, mengendalikan kelab mingguan kami bersama anak-anak asylum seekers di kem mereka. “Oh, kenapa kamu kata begitu? Ada sesuatu yang berlaku ke?” saya bertanya. “Saya …

March, 2018

February, 2018

  • 20 February

    Pelaburan Masa Untuk Memupuk Budaya Fikir

    “Siapa nama nursing mom kepada Prophet Muhammad, abi?” anak saya bertanya. “You know the answer. You knew the answer.” saya jawab. “But I don’t understand what is the meaning of this nursing mom thing!” balasnya. “What do you understand about the word ‘nurse’?” saya menyoal lagi. “Alaaa, abi jawab aje la!” …

  • 20 February

    Beragama Dengan Akal Yang Sakit

    Sekitar tahun 2008-2012 saya cuba wacanakan topik buku Apa Erti Saya Menganut Islam. Isi kandungan utama modul tersebut ialah membetulkan cara fikir Muslim, memposisikan dengan baik di mana Sunnatullah dan di mana Syariatullah, mengharmonikan usaha dengan tawakkal. Biar pun kursus itu sering dikategorikan sebagai kursus motivasi, saya menganggap sesuatu yang …

Skip to content