Monday, January 13th, 2025

August, 2015

July, 2015

  • 21 July

    “Atas Nama Tanzim…”

    “Dan aku juga pernah melihat, adanya segelintir manusia, mereka mendakwa bahawa tanzim apabila ia berkata-kata, ia tidak berhajatkan kepada dalil syara’. Ini adalah satu bentuk pengurniaan sifat maksum kepada pihak yang tidak berhak memilikinya. Ia adalah satu bentuk pemerasan, dan membatalkan fungsi nas” Demikian kritikan Sa’id Hawwa kepada gerakan Islam, …

  • 19 July

    Apa Rasanya Disalah Erti

    Apa rasanya jika diri anda disalah tafsirkan? Lain yang dicakap, lain pula yang difaham. Memang mengecewakan. Apatah lagi jika suara kita untuk membetulkan tafsiran itu tidak diendahkan. Jika dalam kehidupan secara personal, kita akan meronta dan memberontak untuk membetulkan persepsi orang terhadap kita, maka kehidupan berkelompok akan menjadikan perasaan itu …

  • 16 July

    Setia Dengan Kebenaran, Mengatasi Apa Jua Kepentingan

    Bismillah. Saya bukan ahli politik. Pembabitan saya di dalam PAS banyak berkisar di daerah perkaderan. Saya memilih untuk berada di ruang perkaderan kerana saya suka dengan anak muda. Bagi saya, untuk melihat perubahan, ia boleh dibuat di semua peringkat, tetapi mengusahakannya di peringkat anak muda adalah yang terbaik. Namun usaha …

June, 2015

  • 24 June

    Implikasi Menjahilkan Diri Terhadap Musuh

    Diskusi bersama Profesor Abdullah al-Ahsan di dalam kelas kami, hampir sedekad lalu, masih berbekas di dalam diri. Di dalam pertemuan kami, kelas berdiskusi tentang persoalan pandangan Barat terhadap Islam di Zaman Pertengahan. Tentunya, teks yang menjadi asas diskusi kami adalah rakaman kuliah yang disampaikan oleh R.W. Southern di Universiti Harvard …

  • 23 June

    Gerhana Gerakan Islam: Pada Mengabaikan Rukun al-Fahmu

    Permulaan kepada setiap perbuatan kita adalah ilmu yang difikir. Hatta semasa bertaqlid buta sekali pun, ada secebis ilmu yang difikir lalu menggerakkan kita bertaqlid. “Dia itu kuat beribadat, orang baik-baik, tentu pendapatnya baik dan betul. Ikut sahajalah dia!” seorang pentaqlid berhujah. Dalam hujahnya itu, ada kebenarannya, kalau pun tidak sepenuhnya. …

  • 17 June

    Ramadan Merawat Latah Pendakwah (dan Peminat Siasah)

    “Saya rasa serban yang dipakai itu hanya mengongkong pemikiran. Jumud!” kata seorang lelaki. “You’re Muslim, damn you must be the one from Osama Fan Club!”, lagak seorang ‘mat saleh’ penuh angkuh. “Ooi bodoh! Berapa kali aku nak panggil engkau. Sini la!” jerit seorang pelajar yang senior setahun. Mustahil telinga tidak …

  • 16 June

    Mengapa Ramadan Kita Tidak Berkesan

    “Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya. Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah. Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat. Mengapa? …

May, 2015

  • 27 May

    Menginsafi Gejala Menyalahgunakan Nas

    “Man shazza, shazza ilannār! Siapa yang berseorangan (tidak bersama jemaah), berseoranganlah dia juga di Neraka” kita bersemangat menukil hadith ini. “Solat, puasa, semua tak ada makna, kalau tidak bersama jamaah!” ada amilin menambah rencah. Memetik hadith-hadith dalam lingkungan  topik hak Jamā’ah al-Muslimīn di kalangan amilin gerakan Islam, adalah perkara yang …

Skip to content