February, 2013

  • 26 February

    Jejak Birgivi: Jalan Masih Panjang

    Banyak yang ditempuh. Menyusuri satu demi satu langkah dan marhalah kehidupan. Masuk ke usia 40an, Imam Birgivi meninggalkan jawatan tinggi beliau sebagai Hakim Mahkamah Tentera di Edirne dan sarjana terkenal di Istanbul. Jiwanya gelisah dengan gelagat agamawan di institusi-institusi pengajian di Istanbul dan istana Othmaniyyah. Atas nasihat gurunya, Imam Abdullah el-Karamânî, …

  • 26 February

    Antara Khaled El-Rouayheb dan Halil Inalcik : The Triumph of Fanaticism

    The Myth of “The Triumph of Fanaticism” in the Seventeenth-Century Ottoman Empire” (Mitos “Kemenangan Fanatisme Pada Kurun ke-17 Empayar Uthmaniah”) merupakan sebuah makalah yang ditulis oleh Khaled El-Rouayheb dan disiarkan di jurnal Die welt des Islams 48 (2008) 196-221. Makalah ini merupakan sanggahan Khaled El-Rouayheb kepada pendapat yang dikemukakan oleh …

  • 21 February

    Ukhuwwah Bertaut Semula

    “Bahasa Arab kamu jauh lebih baik berbanding dahulu. Saya sangat gembira dan bersyukur” saya berkata. “Apabila saya dapat tahu yang kamu merancang untuk datang ke Istanbul, saya berlatih untuk ingat kembali Bahasa Arab” kata Fatih. “Berlatih macam mana?” saya kehairanan. “Di televisyen Turki, ada rancangan kartun di dalam Bahasa Arab. …

  • 19 February

    Sebaik-baik Bekal Adalah Taqwa

    “Bahasa Turki tidak sempat disemak, tiada apa-apa persiapan yang sempat dibuat” saya mengomel di dalam pesawat. Menarik nafas lega. Lega kerana semalam hingga ke subuh ini, perjalanan minit ke minit sungguh luar biasa. Terdesak untuk menghantar 4 assignments sebelum jam 4 petang, saya menulis seperti orang gila. Tidak keluar bilik, tidak …

  • 16 February

    Turki: Kembara Membuka Mata Hati

    Bertuahnya saya dapat bertemu dengan rombongan Raudhatussakinah yang hadir dengan pelbagai misi besar mereka. Gembira dapat belajar dan berkongsi, biar pun seketika Semasa di Istanbul, saya jarang-jarang sekali pergi ke kawasan Sultanahmet. Jarang, kerana kebanyakan urusan saya tidak begitu membabitkan kawasan berkenaan. Saya hanya ke sana kerana mahu ke Beyazit, …

January, 2013

  • 25 January

    Kembara Birgivi Pada 12 Rabiul Awwal Kali Ini

    Selamat tiba di Dubai, selepas pesawat tertangguh selama 10 jam Jika hari ini umat Islam di seluruh dunia ramai yang menyambut Maulidurrasul, saya ‘menyambutnya’ dengan satu agenda yang berbeza. Hari ini saya singgah sebentar di Dubai. Berprogram ceramah Maulidurrasul bersama warga Malaysia di sini. Namun destinasi sebenar saya masih jauh. …

  • 17 January

    Fussilat: Seni Bertarung Untuk Menang Dan Bahagia

    Semua orang mahu menang. Ada yang mahu menang untuk kepentingan sendiri. Ada yang mahu menang untuk memenangkan apa yang diperjuangkan. Dua-dua itu benar. Kita yakin dengan kemenangan itu kita bahagia. Biar pun sering terjadi, kemenangan kita itu datang bersamanya derita. Kita perkenalkan pelbagai kaedah untuk menang. Ada cara keras, ada …

  • 15 January

    Nasib Menanti Golongan Pencacai – Ibrah Kisah Ashaab al-Ukhdud

    “Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya. Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan …

  • 11 January

    Psikologi Dakwah – 2: Permulaan Yang Lebih Tenang Lagi Menenangkan

    “Saya lihat, kalian yang aktif dalam kerja-kerja Islam ini wajahnya stress belaka. Senyum pun macam tak senyum” saya mengomel. Maklum sahaja, perjalanan yang jauh memberikan banyak masa untuk kami berbual. “Kenapa ya?” kata sahabat saya yang memandu. “Hah, kenapa ya? Sepatutnya saya yang tanya dan antum yang menjawab” saya ketawa kecil. …

  • 6 January

    Iceberg Sebuah Hedonisma

    Credit photo: www.zazzle.com Tindak tanduk manusia tidak rawak (random). Jauh sekali secara kebetulan. Tindak tanduk manusia itu ada mekanismanya. Ada perisian dalam jasad manusia yang menyebabkan dia bertindak tanduk dengan tindak tanduk tertentu. Apa yang dia rasa, apa yang dia pilih, apa yang diutamakan, apa yang tidak dipedulikan, apa yang …

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share