Dalam sesi bersama Prof Dr Harlina Halizah Siraj pagi tadi, timbul pertanyaan mengenai ‘malas’ dan hubungkaitnya antara moral (perangai malas) dan biologi manusia (impairment ADHD misalnya). Saya ambil peluang berkongsi, bagaimana sepanjang perjalanan pengajian saya pasca persekolahan, saya rasa saya tidak malas. Saya membaca ketika orang lain tidur, mengkaji ketika tiada orang …
September, 2022
-
23 September
Meninjau ‘Emotional Self-Regulation’ ADHD Dewasa di Dalam Karya Imam Birgivi
Imam Birgivi (meninggal dunia 1573) menghuraikan tentang peranan proses berfikir (nutq) mengawal emosi marah (ghadb) dan mahu (shahwah) di dalam karyanya al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Ia senada dengan apa yang kita faham melalui sains dan pengetahuan moden semasa bahawa frontal lobe pada otak manusia menggerakkan fungsi eksekutif yang salah satunya adalah ‘self …
-
17 September
Bukan Semua Masalah Orang ADHD Adalah Kerana ADHD
Bukan semua masalah yang orang ADHD hadapi dalam kehidupan, adalah berpunca daripada ADHD. Testimoni adalah bukti yang lemah. Justeru cerita peribadi, semasa kita saling berempati, perlu disokong dengan usaha membawa perbincangan ke asas ilmunya. Agar kita tidak terjebak mengaitkan sesuatu dengan sesuatu secara tidak benar. Ia bukan sahaja memudaratkan, malah …
-
5 September
Bahasa Kesat Bukan ADHD
Impulsif itu simptom ADHD. Tetapi mencarut dan berbahasa kesat bukan ADHD. Jangan normalisasikan ia terutamanya di kalangan kita orang dewasa. Jika terlepas dan terlajak kata, usahalah meminta maaf, bukan memberi alasan ADHD untuk menafikan kesakitan yang orang alami akibat perkataan kita. Apatah lagi dengan ibu bapa. ADHD membabitkan kesukaran mengawal …
August, 2022
-
30 August
Hilang Barang: AirPods Pro Bersama AirTag
Kehilangan barang adalah musibah yang tanpa henti mendatangkan kesusahan dan kerugian kepada saya sebagai seorang individu ADHD. Saya yakin anda sangat maklum akan hal ini berkaitan dengan masalah ADHD. Sejujurnya saya tidak sepenuhnya tahu kenapa ia terjadi. Ia menyebabkan saya malu dengan diri sendiri sebelum kehilangan itu disuarakan oleh orang …
-
19 August
Telephonophobia dan Cabaran ADHD Dewasa
“Angkatlah telefon tu! Ada telefon tak angkat buat apa ada telefon!” Kegeraman kawan-kawan dengan perangai saya tidak menjawab panggilan telefon sudah pun saya catat semenjak tahun 2007. Semasa itu saya menulis sebuah artikel di saifulislam.com dengan tajuk Telephonophobia. Jemput baca di sini https://saifulislam.com/2007/04/telephonophobia-kenapalah-tak-angkat-telefon-artikel-2007/ Saya ketika itu tidaklah begitu cermat menulis …
-
17 August
Perangkap Kehidupan Individu ‘Berfungsi Tinggi’
Balik daripada meeting ADHD Ireland tadi, saya termenung di dalam kereta cuba untuk memahami bagaimana setting kehidupan memerangkap. ADHD tidak difahami dengan betul. Misalnya menganggap ADHD ialah budak lelaki nakal tak boleh duduk diam. Ramai tercicir akibat kefahaman macam itu. Ramai murid cemerlang masuk sekolah asrama. Rutin sekolah asrama menyebabkan …
-
9 August
Risiko Sembunyikan Diagnosis ADHD Kerana Isu Biasiswa
Di dalam garis panduan permohonan pinjaman pelajaran world top universities (WTU) MARA (lihat di https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/06/Garis-Panduan-WTU-2021_BM-FINAL.pdf), ada menyebut: “Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsy, penyakit genetik dan penyalahgunaan …
July, 2022
-
19 July
Gelombang ‘Buku Islamik’ Pusingan Seterusnya
Gelombang ‘buku Islamik’ bukan perkara baharu. Ia adalah gelombang yang sama berada di belakang pengunduran saya daripada aktiviti menulis buku sekitar tahun 2013. Saya tidak kenal ‘pesta buku’ sebelum 2008, iaitu tahun pertama buku pertama saya diterbitkan, buku Aku Terima Nikahnya. Semasa ATN diterbitkan, saya tidak fikir saya akan menjadi …
-
13 July
APA ITU WANITA: SOALAN MUDAH JADI SUSAH DI ERA PASCA KEBENARAN
Apakah itu wanita? Ia soalan mudah yang hanya memerlukan 1 minit, 1 ayat, atau habis-habis pun satu perenggan untuk menjawabnya. Tetapi Matt Walsh menghasilkan sebuah dokumentari berdurasi lebih satu jam, dan menghasilkan buku setebal 250 mukasurat untuk menjawab soalan tersebut. Mengapa? Apabila benda satu ayat bertukar menjadi sebuah artikel, dokumentari …