Saturday, February 1st, 2025

Bukan Semua Masalah Orang ADHD Adalah Kerana ADHD

Bukan semua masalah yang orang ADHD hadapi dalam kehidupan, adalah berpunca daripada ADHD.

Testimoni adalah bukti yang lemah. Justeru cerita peribadi, semasa kita saling berempati, perlu disokong dengan usaha membawa perbincangan ke asas ilmunya. Agar kita tidak terjebak mengaitkan sesuatu dengan sesuatu secara tidak benar. Ia bukan sahaja memudaratkan, malah boleh menyebabkan masyarakat memandang rendah isu ADHD, meneruskan senario menganggap ADHD sebagai alasan, bukan penjelasan.

Di Ireland, saya fikir rutin kumpulan sokongan kami ada sesuatu yang bermanfaat untuk dipertimbangkan. Apabila kita berbincang topik tertentu, setengah jam terakhir perbincangan kita akan membuka ruang untuk individu yang profesional / berpengetahuan mengenai topik berkenaan mengulas.

Ia bertujuan memastikan kefahaman kita baik, terhindar daripada dakwaan tidak berasas, pseudosains dan yang seumpama dengannya.

Rizal
Naas IE

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Jatuh Orang Alim, Jatuhlah Alam

HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content