Cabaran Ramadan dan Strategi ADHD Dewasa

Di bulan Ramadan, sahabat-sahabat yang mempunyai ADHD mungkin berdepan dengan cabaran unik berkaitan dengan impairment masing-masing. Saya juga menghadapinya.

Di dalam video ini saya kongsikan beberapa isu yang perlu saya cari jalan bagaimana cabaran itu boleh diatasi.

Antaranya:

1. Mengambil stimulant pada jam yang tidak ideal. Saya mengambilnya sejurus sebelum masuk waktu subuh di Ireland, maka kesannya bertahan hanya sehingga sekitar jam 5 petang. Justeru saya perlu tingkatkan kepekaan diri untuk jam-jam selepas itu semasa menyediakan juadah berbuka puasa, makan bersama keluarga, solat tarawih dan sebagainya.

2. Menggunakan aplikasi aturan rutin harian yang bersesuaian dengan keperluan diri. Saya menggunakan aplikasi Structured (hanya untuk iOS dan MacOS) untuk offload beban memori kerja saya agar ia visual dan mudah dirujuk.

3. Menggunakan botol air yang air di dalamnya boleh dilihat dan botol berkenaan bertanda dari segi masa cadangan minum, serta berapa kuantiti air yang telah dan perlu diminum. Saya gunakan botol jenama Hydracy.

4. Mengatur cara baca surah semasa bertarawih agar tidak keliru bilangan rakaat.

Semoga apa yang dikongsi ini bermanfaat.

Kongsikan cara sahabat mengatur strategi untuk kita bualkan bersama, atau barangkali ada nasihat untuk saya yang boleh saya gunakan untuk penambah baikan diri.

Selamat menghidupkan amalan di bulan Ramadan.

Salam ukhuwwah.

Rizal
4 April 2022

About Hasrizal

Check Also

Fasa Bosan: Bahaya Untuk Pelajar ADHD

{“showBio”:true,”isLink”:true} /–> 𝗙𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗼𝘀𝗮𝗻 – 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗔𝗗𝗛𝗗 🎯 𝗞𝗲𝘆 𝗧𝗮𝗸𝗲𝗮𝘄𝗮𝘆𝘀 𝗖𝗼𝗿𝗲 𝗣𝗼𝗶𝗻𝘁𝘀: ▪️Menghadiri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.