“Allahu Akbar. Tuhan Maha Baik kepada kita semua” saya menggosok-gosok muka. Seperti tidak percaya, Fatih Kayacan berada di depan mata. Bukan lagi di Üsküdar, Istanbul. Tetapi di Bandar Seri Putra. Di Malaysia. Dan Fatih tidak hadir seorang diri. Beliau hadir bersama Hamzah, abangnya Bayram dan abang ipar Fatih, Salih. Mereka …
Read More »Jangan Beragama Sekadar di Pinggiran
kredit foto: demotix.com “Ammu, Ammu, fi sabilillah!” seorang kanak-kanak kecil menarik baju saya. Dia bukan anak Turki. “Kamu dari mana?” saya bertanya. Budak itu diam. “Kamu dari Syam (Syria)?” saya bertanya, dengan lebih spesifik. Dia mengangguk. Peperangan di Syria masih belum reda. Bashar Hafez al-Assad meneruskan sahaja legasi bapanya, sang zalim …
Read More »27 Februari 2011: Mengenang Pemergian Negarawan Sejati
“Fatih, ada kemungkinan engkau terjun ke dunia politik?” saya bertanya. “Saya mempertimbangkannya. Tidak bercita-cita. Tetapi jika keperluannya ada, saya tiada halangan” ujar Fatih. Malam ini kami meneruskan aktiviti ‘membuang masa’ makan kuaci sambil minum teh. Melengah-lengahkan lelap dinihari, kerana ada banyak persoalan yang terbuku di hati. 10 tahun meninggalkan Turki, …
Read More »Nilai Air di Luar Dunia Padang Pasir
“Hah, cepat! Cepat!” Khairul memekik memanggil kami semua yang sedang berbual di bawah pokok plum. “Cepat apanya?” saya bertanya. “Air dah sampai” Khairul membalas. Kami segera bingkas bangun menuju ke dalam rumah. Memang setiap minggu, inilah rutin kami. Menunggu air masuk ke tangki. Sudah seminggu air tidak datang. Bukan minggu …
Read More »Tahun-tahun Yang Menipu
“Susahnya hendak membuat pendirian sekarang ini” keluh seorang kawan. “Semua benda macam ada berlapis-lapis maklumat hingga tidak pasti mana yang betul mana yang salah” tambah seorang lagi. Mereka berdua tidak sendirian. Ia bukan keluhan pinggiran. Ia menjadi apa yang dirasakan ramai. Malah ia bukan sekadar rasa. Ia kenyataan. Mengapa susah …
Read More »Seminar Ibrah Surah al-Kahf: Sebuah Rawatan Sistemik
Dua tahun lalu, semasa seminar Ibrah Surah al-Kahf dilangsungkan pertama kalinya, cabaran pada masa itu bersifat agak umum. Biar pun yang hadir ke seminar itu dahulu, hanya sekitar 300 orang, namun promosi di media, membantu Surah al-Kahf dibawa ke arus perdana masyarakat. Di media sosial, selalu peringatan tentang surah al-Kahf …
Read More »Si Hidup Yang Mencela Sirah Si Mati
Adik-adik di ruang tamu masih berbual. Saya sudah meminta izin masuk ke bilik untuk tidur. Sejuk Istanbul memang enak dilawan dengan selimut bulu seperti ini. Tetapi mata saya berkeras daripada lena. Kepala masih ligat berfikir, dalam penatnya tubuh berjalan kaki dari Sahaflar Carşısı hingga ke Eminönü siang tadi. Sampai di rumah, …
Read More »Guru-guruku Dalam Menjejak Imam Birgivi
“Terima kasih Ahmet hocam” saya berjabat tangan. “Terima kasih kepada anta, kerana sudi hadir” beliau menyambutnya. Petang itu, dalam kesempitan masa berbaki sebelum meninggalkan Istanbul dan pulang ke tanahair, saya berpeluang mengatur pertemuan dengan Ustaz Ahmet Kaylı. Sebelum ini, saya hanya berutus emel dan berbalas mesej di Facebook. Syukur pada …
Read More »Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah
Taburan Muslim Sunni dan Syiah di Seluruh Dunia – sumber: Wikipedia “Jika topik Syiah hendak diperkatakan dari perspektif Aqidah atau Fiqh, perbezaan manhajnya dengan Sunni adalah jelas. Tetapi jika perkara ini didatangi dari sudut sejarah, timbullah banyak masalah” saya bercerita. “Ustaz ada pengalaman berkaitan?” tanya Imad. “Pengalaman tidak banyak. Cuma …
Read More »16. Imaginasi Karyawan Yang Memfitnah Sejarah Orang Beriman
“Benarkah Imam Birgivi yang ana bentangkan di dalam disertasi nanti, adalah Imam Birgivi yang sebenarnya? Itu yang merisaukan ana” saya meluahkan rasa gelisah. “Jangan fikir berat-berat sangat, ustaz. Sarjana ini, hanya persinggahan. Disertasi ustaz hanya 80 ke 100 muka surat sahaja” nasihat sahabat dan guru saya, Adib. “Apabila Dr. Azmul …
Read More »