Buku & Penulisan

Artikel-artikel berkaitan penghasilan buku dan bimbingan penulisan

Geografi ‘Mengantarabangsakan’ Diri

“Kok Meng, kau punya giliran!” kata Chee Mun. Sahabat kami berpinar-pinar matanya meneliti atlas. “Ok, cuba cari Kampung Sekreta” katanya. Kami semua terdiam. Mulut terkunci, mata ligat memerhati. Mencari. “Hah jumpa dah!” kata Asma. Sebuah kampung tidak jauh daripada persisiran Sungai Pahang. “Ok, aku bagi yang susah punya!” ujar Asma …

Read More »

Al-Hujuraat 4-5: Masalah Kita Bukan Babi

Saya telah membuat satu kenyataan ringkas yang amat mudah. “Babi haram dimakan dagingnya oleh Muslim” Sungguh mengejutkan. Reaksi yang saya terima pergi lebih jauh daripada apa yang saya jangkakan. haram tak kalau sentuh babi? 42 minutes ago · Like kenapa haram? 42 minutes ago · Like · 1 selain dagingnya? …

Read More »

Di Hamparan Shamrock: Hamba Menyeru, Dia Menyampaikan!

Alhamdulillah. Buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk diedarkan ke perpustakaan desa seluruh negara. Sungguh benar ibrah seruan haji oleh Ibrahim ‘alayhi al-salaam. Ibrahim menyeru. Allah yang menyampaikan. Pendek benar kaki saya hendak melangkah ke seluruh desa di empat penjuru negara bagi melunaskan tanggungjawab dakwah. …

Read More »

Roda-roda Haq dan Batil Dalam Kehidupan

Empat kisah utama di dalam Surah al-Kahf itu sungguh unik. Kisah Ashaab al-kahf. Kisah pemilik dua kebun. Kisah Musa dan Khidir. Kisah Dzulqarnain. Tiga kisah memaparkan pertembungan antara haq dan batil. Namun pertembungan itu bukan sekadar pertembungan. Ia memaparkan saiz yang berubah-ubah antara besar dan kecil yang bertukar tempat antara …

Read More »

Al-Hujuraat: Keharmonian antara Badwi dan Bangsawan

“Hoi, sial! Apasal lambat bonar kau balik?” jerit seorang sahabat dari tangga surau. Rakannya terkasima. “Huh, nate mu!” ujar seorang kawan. “Temannya bulat biji mata. “Bagero kamu. Jenuh aku menunggu!” herdik seorang pakcik. Pengantin baru itu terpinga-pinga. Ia ayat yang boleh didengari di sana-sini. Di satu tempat ia berbunyi biasa. …

Read More »

Pemuda Berjuang Tidak Akan Bersendirian

  Gua disinar mentari. Cahayanya tidak kena secara langsung ke tubuh anak-anak muda itu. Mereka duduk di tengah gua. Manusia yang menjengah, melihat mereka berjaga, mata seperti terbuka. Sedangkan mereka lena. Tidur bagai berhibernasi. Tubuhnya dibolak balik kadang-kadang ke kanan, kadang-kadang ke kiri. Terhindar daripada cedera luka oleh graviti. Si …

Read More »

Sheikh Mehmed Birgivi di Minda dan Hatiku

Saya kini kembali bergelar pelajar. Buat kali yang entah ke berapa. Kini saya menjadi pelajar sepenuh masa untuk program Sarjana Pengajian Islam di dalam Sejarah dan Tamadun Islam. Untuk semester ini, saya mengambil lima subjek iaitu: Fiqh Sirah Sejarah dan Tamadun Islam Sebelum Kejatuhan Baghdad 1258M Tamadun Islam Kajian Teks …

Read More »

Jangan Sekadar Syurga Dunia

“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda. “Mungkin tidak patut saya menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya. Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak. “Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya. “Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan. …

Read More »

Terlalu Letih Untuk Mati

“Ehh… ramainya pasukan tentera!” saya terkasima. Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut kelihatan hiruk pikuk. Askar berkawal di sana sini. Saya yang baru mendarat tiba dari Amman kebingungan. “Sila buka beg anda,” tentera bersenjata itu mengarahkan saya membuka beg. Belum pernah lagi saya diperiksa sebelum keluar dari pesawat. Selalunya pemeriksaan ialah sebelum …

Read More »

Sebelum Dibius Cinta

“Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya. “Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang girlfriend kepada boyfrriend. Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya agak luar biasa kepada manusia …

Read More »