1981, KAMPUNG PASIR PUTEH IPOH “Hasrizal, cikgu minta maaf sebab walaupun kamu dapat nombor satu, tapi kamu tak boleh naik ke pentas ambil hadiah. Sebabnya, kamu masuk sekolah bukan betul-betul, cuma ikut emak kamu sahaja. Cikgu minta maaf ya.” kata guru besar saya pada tahun 1981. Ketika itu saya berumur …
Read More »Kehendak-Nya Mereka Pergi
“Ke mana perginya mereka ini? Sudah hampir tengah malam”, saya merungut di tingkap. Saya ke dapur menghangatkan gulai. Sejak Maghrib tadi, saya sudah menyiapkan hidangan. Kari ayam, jelatah, sambal belacan, semuanya sudah saya siapkan. Malam ini saya bakal menerima tetamu istimewa. Ketika asyik memanaskan gulai, saya teringat balik kepada perbualan …
Read More »Beragama Dengan Akal Yang Sakit
Sekitar tahun 2008-2012 saya cuba wacanakan topik buku Apa Erti Saya Menganut Islam. Isi kandungan utama modul tersebut ialah membetulkan cara fikir Muslim, memposisikan dengan baik di mana Sunnatullah dan di mana Syariatullah, mengharmonikan usaha dengan tawakkal. Biar pun kursus itu sering dikategorikan sebagai kursus motivasi, saya menganggap sesuatu yang …
Read More »Aidiladha: Kisah Cinta Terhangat Lagi Tertinggi
Ibrahim ‘alayhi al-Salaam menginginkan seorang anak. Keinginan yang pasti luar biasa, kerana menginginkannya pada usia diri dan isteri yang sudah lanjut umur, dan memintanya ketika mana baginda adalah KHALIL Allah. Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan …
Read More »Naskhah Baru: Setia Dengan Kebenaran
PRE-ORDER DIBUKA SEKARANG! “Setia Dengan Kebenaran” Karya: Hasrizal Abdul Jamil ?? Buku ini tidak dijual di kedai-kedai buku lain. ?? Cetakan pertama terhad 1000 naskhah sahaja (BUKU RM30) PRE-ORDER DI: ✅ bit.ly/tokojejaktarbiah ✅ bit.ly/tokojejaktarbiah ☎️ 011-2906 2609 ☎️ 011-2906 2609 *Pre Order hingga 20 April sahaja. . ✅ PENDAFTARAN EJEN …
Read More »Dari Jauh Aku Merinduimu, Buku
Di suatu ketika, saya sering bermelankolik dengan buku. Adakalanya saya berbicara tentang buku seolah-olah buku itu seorang ‘kekasih’. Sayang saya kepada buku bermula semenjak di bangku sekolah lagi. Semasa bersekolah asrama, sebahagian wang saku yang abah bekalkan, akan saya peruntukkan untuk membeli buku, juga majalah. Ke mana sahaja saya pergi, …
Read More »Meninjau Eropah: Beragama Tanpa Tuhan
“Hidup ibn Sedar… jumpa Tuhan tak jumpa agama”, itu terjemahan ringkas saya terhadap kisah seorang lelaki di zaman Andalus. Namanya Hayy ibn Yaqdhan. Anak muda yang tercampak ke sebuah pulau asing, dan sejak kecil beliau membesar sendirian tanpa pernah bertemu dengan manusia lain. Ala-ala kisah Robinson Crusoekurun ke-18. Hayy ibn …
Read More »Bani Adam: Antara Khalifah Dan Makhluk Perosak Serta Penumpah Darah
“Sesungguhnya Aku jadikan di muka bumi Adam itu sebagai khalifah,” Allah memberitahu. “Mengapa Engkau jadikan di bumi itu seorang khalifah daripada jenis makhluk yang berisiko melakukan kerosakan di sana dan menumpahkan darah?” Malaikat bertanya. Pertanyaan Malaikat bukan membantah ketentuan Allah. Aqidah kita menetapkan sifat Malaikat itu adalah makhluk yang taat …
Read More »Istiqamah Pasca Ramadan Demi Setia Dengan Kebenaran
“Hmm, buang masa sahaja kursus-kursus ni. Sedarnya seminggu dua sahaja, lepas itu balik jadi macam dulu-dulu juga!” keluh seorang pekerja yang pesimis dengan kursus yang dihadirinya. Dia tidak sedar, bukan hanya kursus buatan manusia itu sahaja yang berdepan dengan masalah pi mai pi mai tang tu ini. Hatta yang pergi …
Read More »Sembang Kerjaya: Bidang Syariah Bukan Pilihan Terakhir
Petikan akhbar The Star 2010 “Kenapalah kamu ambil Syariah? Nanti habis belajar nak kerja apa?” tanya salah seorang ahli keluarga saya. Saya hanya mendiamkan diri. Menelan sahaja persepsi umum yang dilontarkan kepada keputusan saya untuk menolak tawaran yang lebih lumayan Semasa mengisi borang UPU, saya memohon untuk menyambung pengajian dengan …
Read More »