Buku & Penulisan

Artikel-artikel berkaitan penghasilan buku dan bimbingan penulisan

IQRA’: Dari Era Buku Bercetak ke Buku Elektronik

Selama 6 tahun bermastautin di UK  dan Republic of Ireland, masalah utama saya antaranya adalah ketiadaan buku. Simpanan buku saya berada di Malaysia di bawah jagaan keluarga. Manakala kehidupan kami di perantauan yang tiada kepastian menyebabkan saya teragak-agak untuk mengusahakan buku dibawa dari Malaysia ke Ireland. Semasa pulang untuk melangsungkan …

Read More »

Catatan Jepun 2008: Merawat Kejemuan Literatur ‘Haraki’

Bergambar di hadapan Tokyo Eki (Stesyen Keretapi Tokyo) “Ana ada sesuatu yang personal nak tanyakan kepada ustaz sebab ana rasa susah juga nak bincangkan hal ini dengan ustaz lain” kata Lukman. “Insha Allah, mana-mana yang ana boleh tolong, ana usahakan” saya membuka laluan. Suasana di stesyen Metro Tokyo tidak sibuk. …

Read More »

Masih Relevankah Pengajian Islam?

Tiada siapa menafikan. Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperolehi. Segalanya berada di hujung jari. Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada segala kemudahan ini. Bermula …

Read More »

12 Rabi’ul Awwal 11H: Baginda Pergi Tidak Kembali

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua. “Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat …

Read More »

Tragedi Emosi Krismas

“Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu. Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama. “Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali. “Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak …

Read More »

Aku Dan Buku

Cinta aku kepada buku Hingga itulah harta dan duniaku Tangan ini belum pernah jemu Mata juga tidak pernah lesu Aku membesar dengan cinta kepada buku Kerana buku mengajar aku bercinta Cinta kebenaran Cinta kemuliaan Cinta harga diri Cinta santun dan budi Aku kembara selongkar buku Buku selongkar kembara hidupku Buku …

Read More »

Kecelaruan Kognitif Ahli Bid’ah Menurut Imam Birgivi

Pertemuan saya bersama dua orang sahabat yang merupakan pengikut Tarekat Helvati Jerrahi. Mereka melazimi pengajian kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah oleh Imam Birgivi (Istanbul Feb’ 2013) Nama Imam Birgivi mungkin tidak sebesar Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Jauh sekali Imam Ahmad, malah Hujjah al-Islam Imam al-Ghazzali. Namun ia tidak semestinya membataskan pengaruh yang …

Read More »

Di Mana Syaitan Dalam Kehidupan Moden Kita Hari Ini?

Di mana Syaitan dalam pertimbangan hidup kita, di zaman yang serba canggih ini? Jika sebuah seminar antarabangsa berkaitan kemajuan sistem ekonomi Islam, seorang pembentang mahu membentangkan tentang peranan Syaitan, mungkinkah ramai yang akan mencebek muka? Tidak saintifik. Tidak ilmiah. Tidak empirikal. Tidak berpijak di bumi yang nyata. Tanpa sedar, sebagai …

Read More »