Islam & Kehidupan

Artikel-artikel bertemakan pemikiran Islam, isu semasa, analisis politik tempatan dan antarabangsa

Masih Relevankah Pengajian Islam?

Tiada siapa menafikan. Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperolehi. Segalanya berada di hujung jari. Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada segala kemudahan ini. Bermula …

Read More »

Andalus Yang Pernah Kupelajari

  Al-Andalus sering digambarkan dengan seribu keindahan. Pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media. Memang Andalus hebat. Tetapi ia bukanlah seindah yang digambarkan. Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia, …

Read More »

Facebook dan Print Screen Itu Lagi

Media sosial, diketuai oleh Facebook, kemudiannya oleh Whatsapp adalah dua platform yang sangat impulsif. Laju sahaja hendak menulis, berkongsi, dan terkini print screen. Semuanya kerana ia kelihatan sebagai sebuah komunikasi mantap, tanpa risiko berdepan untuk bertentang mata dengan sahabat, mahu pun lawan. Manusia paling jahil pun boleh menjadi alim, yang …

Read More »

S-Fiqh di Kedah: Kertas Kerja Psikologi Dakwah Semasa

“Kami mahukan idea-idea segar tentang pemikiran Islam, dakwah, siasah dikongsi bersama warga Utara” jelas person in charge. Saya amat jarang berpeluang untuk berwacana di sebelah utara Semenanjung. Kali terakhir sebelumnya adalah di UUM, membicarakan tentang Cinta. Apabila Persatuan Profesional Muda Islam Kedah (PROMIS) menjemput saya berwacana di Kubang Pasu, Kedah, saya …

Read More »

Membantu Palestin: Selut Desa Dan Asap Kota Sebelum Debu Gaza

Kehangatan semangat membantu umat Islam di Palestin tidak begitu dirasa di kawasan luar bandar. Itu yang saya rasa, apabila bercuti sempena Aidilfitri. Mungkin ia hanya persepsi dan saya mungkin tersalah pada memerhatikan persekitaran. Namun, jika salah sekali pun, saya yakin ia tidak salah sepenuhnya. Ada sesuatu yang boleh dibincangkan, untuk …

Read More »

Khutbah: Aidilfitri Meraikan Kemerdekaan Diri

  Sidang Jamaah Muslimin dan Muslimat, rahimakumullah, Saya berpesan kepada diri saya dan sidang hadirin sekalian, agar TAQWA yang dijana di bulan Ramadhan, jangan disia-siakan. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar TAQWA dan jangan sekali-kali mati, kecuali dalam keadaan dirimu Muslim kepada-Nya. Hadirin sekalian, rahimakumullah, Hari ini adalah hari perayaan. Hari …

Read More »

Rantaian Kefasikan ‘Print Screen’ yang Membinasakan

Ramadan adalah bulan mengejar kebaikan. Kita pula berperasaan tidak tentu hala tuju kerana pelbagai tragedi menguji semua. Di lautan, di udara, di daratan, sangat banyak darah yang tumpah, air mata yang membasah dan peluh yang dikerah. Isunya besar-besar. Tragedi di Gaza, pesawat MH17 yang terhempas, hingga ke keresahan politik negeri …

Read More »

Mendidik Anak-anak Tentang Isu Palestin

“Abi betul ke coklat Toblerone ada babi sebab kat gunung dia tu ada gambar babi?” tanya anak perempuan saya. Tersirap darah saya mendengar soalan begitu, tambah pula tengah-tengah puasa dan suhu di luar 37 darjah celcius. “Sesiapa yang cakap tu, bagitahu dia jangan main ambil sahaja maklumat di internet! Tanya …

Read More »

Palestin: Antara Masa Depan Mereka dan Masa Depan Kita

Isu Palestin adalah isu yang sangat serius. Jika di Palestin, keseriusan isu berkenaan adalah pada kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, dan impaknya kepada politik daerah, serantau dan dunia antarabangsa. Tiada konflik yang lebih tragik untuk era ini, melebihi tragedi yang membelenggu bumi Isra’ dan Mi’raj tersebut. Di tanahair, isu Palestin …

Read More »