Islam & Kehidupan

Artikel-artikel bertemakan pemikiran Islam, isu semasa, analisis politik tempatan dan antarabangsa

Menghantar Kekuatan Untuk Palestin Dari Jauh

Di dalam surah Al Isra ayat yang keenam Allah menegaskan bahawa pusingan kedua orang orang Yahudi melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, kekuatan mereka adalah kekuatan yang dipanjangkan dari jauh. ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ ٱلْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَـٰكُم بِأَمْوَٰلٍۢ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَـٰكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا ٦ “Kemudian Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk …

Read More »

Pedagogi Untuk Palestin

Halaqah bulanan untuk guru-guru dan warga kerja Yayasan Pendidikan Khalifah di sekolah kami Khalifah Model School dan Khalifah Model School – Secondary bertarikh 18 Oktober 2023 telah meninjau persoalan pedagogi di dalam urusan mendidik anak murid berkenaan isu Palestin. Biar pun guru, ibu bapa dan murid-murid adalah individu yang bebas …

Read More »

Kenapa Ireland Kuat Menyokong Palestin?

Mengapa Ireland memberikan sokongan yang begitu ketara kepada perjuangan di Palestin? Jawapan kepada isu ini merujuk kepada beberapa faktor sejarah dan perkembangan semasa. Di akhir abad yang ke sembilan belas dan awal abad kedua puluh, keadaannya berbeza kerana Irish Republican pada ketika itu melihat gerakan Zionism sebagai selari dan senasib …

Read More »

Mengapa USA Berbelanja Besar Untuk Regim Z Itu?

1. Reaksi terhadap kemungkaran perlu mempunyai unsur MENGUBAH, bukan sekadar mencegah atau menyuarakan bantahan. من راى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان  – متفق عليه “Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai …

Read More »

Gelombang ‘Buku Islamik’ Pusingan Seterusnya

Gelombang ‘buku Islamik’ bukan perkara baharu. Ia adalah gelombang yang sama berada di belakang pengunduran saya daripada aktiviti menulis buku sekitar tahun 2013. Saya tidak kenal ‘pesta buku’ sebelum 2008, iaitu tahun pertama buku pertama saya diterbitkan, buku Aku Terima Nikahnya. Semasa ATN diterbitkan, saya tidak fikir saya akan menjadi …

Read More »

APA ITU WANITA: SOALAN MUDAH JADI SUSAH DI ERA PASCA KEBENARAN

Apakah itu wanita? Ia soalan mudah yang hanya memerlukan 1 minit, 1 ayat, atau habis-habis pun satu perenggan untuk menjawabnya.  Tetapi Matt Walsh menghasilkan sebuah dokumentari berdurasi lebih satu jam, dan menghasilkan buku setebal 250 mukasurat untuk menjawab soalan tersebut. Mengapa? Apabila benda satu ayat bertukar menjadi sebuah artikel, dokumentari …

Read More »

Hadith Paling Susah Hendak Diamal

Pesimis. Optimis. Positif. Kita teraba-raba mencari kekuatan untuk dapat melihat sinar di hujung terowong. Saya sedar dengan peranan algorithm dalam menyumbat berita. Justeru, saya cuba berhati-hati agar tidak terjebak ke daerah catastrophic thinking hingga cicak disangka buaya, cacing dipandang ular. Tetapi apa yang diketahui secara benar, tidak perlu lebih besar daripada …

Read More »

Reindeer Kebuluran dan Banjir Yang Menggila

Baru-baru ini, akhbar BBC melaporkan ribuan reindeer di Lapland hilang daripada ladang mereka. Reindeer ini terpaksa merayau-rayau ratusan kilometer kerana mencari sumber makanan di musim sejuk agar tidak kebuluran. Berita penuh di https://www.bbc.com/news/world-europe-59742359 Di musim sejuk, reindeer biasanya makan lichen (disebut sebagai jäkälä di dalam bahasa Finnish). Lichen ini tumbuh …

Read More »