Islam & Kehidupan

Artikel-artikel bertemakan pemikiran Islam, isu semasa, analisis politik tempatan dan antarabangsa

Wahabikah Aku?

Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil. Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu sudah lama berlegar di media sosial dan saiznya bertambah panjang dari semasa ke semasa. Jika senarai itu mahmudah, baik, berkebajikan, maka banyaklah pahala di sisi Allah orang yang menghasilkannya. Tetapi jika senarai itu mazmumah, dusta …

Read More »

Harapan Sumber Kekuatan Bertahan

Lelaki itu terperangkap di atas bumbung rumahnya. Air banjir semakin naik menenggelamkan sekeliling. Ikhtiar beliau adalah dengan menelefon bantuan kecemasan. “Bertahan. Jangan bimbang. Kami ada di kampung sebelah. Sejam lagi kami tiba!” kata anggota pasukan penyelamat. Walaupun sejam itu lama, tetapi sejam itu padanya ada harapan. Lelaki itu boleh mengira. …

Read More »

Perangkap New Age Movement Untuk Agamawan

Bagaimana agamawan terjebak ke kancah New Age Movement? Saya tiada jawapan mudah. Tetapi saya boleh berfikir semula mengenai pengalaman diri sendiri. Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan di zaman pelajar, saya akan bekerja di arena latihan dan motivasi. Semenjak pelajar, saya sentiasa menjadi peserta keras kepala yang melawan dan mempersoalkan …

Read More »

Palestin: Peperangan Propaganda dan Suluhan al-Quran

Isu Palestin ni lain macam sikit. Ia direkodkan oleh al-Quran secara ‘past, present and future‘, khususnya di dalam surah al-Isra’.  Allah SWT mengatakan bahawa Yahudi telah termaktub di sisi-Nya melakukan dua kerosakan besar. Kerosakan pertama ialah di zaman Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam. Ia diselesaikan dengan pengusiran mereka dari Jazirah …

Read More »

Situasi Zikir Diperlukan Tanpa Fikir

Berfikir adalah nikmat anugerah Allah. Ia merupakan kualiti induk yang membezakan kita sebagai manusia, berbanding makhluk-Nya yang lain. Otak yang berfikir perlu berupaya meregulasi hubungan-hubungan di dalamnya untuk berfungsi secara baik. Ia melakukan synchronise, kemudian desynchronise, di bahagian-bahagian yang berbeza untuk membolehkan kita bertindak balas, meregulasi emosi, belajar dan menyelesaikan …

Read More »

Koleksi Vlog Berkaitan Ramadan

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan kali ini, saya kongsikan himpunan vlog yang pernah saya hasilkan berkaitan dengan Ramadan sepanjang kehidupan kami di perantauan, terutamanya di Finland antara tahun 2016 hingga 2020. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat dan mencambah fikiran sahabat semua pada melihat aplikasi Islam di konteks-konteks yang berada …

Read More »

Isu Tadabbur di Dalam Usrah

Kalau dalam usrah, naqibah ajak tadabbur ayat al-quran dan kita beri pandangan/rumusan berkaitan ayat tersebut, bagaimana pula? (merujuk hadis Nabi tersebut)📌 Soalan ini merujuk kepada artikel INTEGRITI DAN TOKSIK POPULARITI Fikiran spontan saya, ingin menjawab dalam bentuk galakan. Usrah, tadabbur ayat al-Quran, adalah kerja-kerja baik dan sentiasa harus digalakkan. Apatah …

Read More »

Integriti dan Toksik Populariti

Influencer, televangelist, apa-apa jua status yang menjadikan kerja seharian membabitkan populariti dan viral… ada sesuatu yang toksik berkaitan dengan kerja berasaskan populariti ini. Ia selalu tanpa sedar menjadikan sikap kita berubah. Setiap kali bercakap atau menulis, kemudian percakapan dan penulisan kita diterima, ia menjadikan kita gembira (bersyukur?). Kegembiraan itu mendorong …

Read More »

Julian: Sisi Setia Dengan Kebenarannya

“Bukankah lebih mudah menjadi seorang yang ‘go with the flow‘, tidak perlu memperjuangkan apa-apa?” Ada kalanya hati berbisik mengenai hal ini semasa jiwa kita penat melawan. Pengalaman kita semasa kanak-kanak berbeza-beza, dan pengalaman yang berbeza-beza itu mempengaruhi kita menjadi seorang yang bagaimana. Saya anak bongsu yang jauh jarak umur dengan …

Read More »

BETUL Dan Masalah-masalahnya

BETUL, adalah hasil yang baik selepas proses membuat keputusan diselesaikan. Ia menatijahkan manfaat, dan mencegah mudarat. Memilih yang betul adalah rutin seharian hingga adakalanya kita tidak sedar pun dengannya. Seawal bangun pagi mahu gosok gigi atau tidak, hinggalah kepada keputusan yang besar-besar. Ia ada kaitan dengan kebolehan manusia itu sendiri …

Read More »