Kembara

Artikel pelbagai topik tetapi terikat kepada konteks travelog Finland, United Kingdom, Ireland, Jepun, Indonesia, India dan beberapa lokasi lain

Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran. Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku …

Read More »

Yang Beragama Itu Adalah MANUSIA

“Apa yang penting ialah ilmu agama” kata seorang bapa. “Kalau ada ilmu agama, selamat semuanya” ujar seorang ibu. “Tiada maknanya pandai bab-bab lain kalau bab agama kosong” tegas seorang guru. Memberikan harapan yang sedemikian rupa kepada ‘ilmu agama’ bukanlah sesuatu yang asing. Malah ia dianggap sebagai satu perkembangan yang positif …

Read More »

Implikasi Perubahan Paradigma Pendidikan Kepada Pembelajaran

Semasa Seminar ‘Sekolah Masa Hadapan: Inspirasi Dari Finland’ yang diadakan di DBP semalam, salah satu topik yang saya jadikan sebagai headline ialah anjakan paradigma pendidikan yang dahulunya memfokuskan kepada pengajaran dan isi kandungan pengajaran (teaching and content) kepada pembelajaran. Hal ini terjadi bukan hanya di peringkat kajian akademik di universiti, …

Read More »

Percubaan Menjual Poskad Dari Finland

Menghantar surat dan poskad menjadi satu seni komunikasi yang semakin kurang mendapat perhatian generasi masa kini. Walaupun teknologi membolehkan maklumat sampai dari penyampai kepada penerima, nilai yang ada pada poskad dan surat bukanlah pada kepantasan maklumat. Sebaliknya nilai sentuhan peribadi yang ada di sebalik tulisan tangan, penghantar, setem dari lokasi …

Read More »

‘Design Thinking Process’ di Dalam Slogan ‘Islam Penyelesaian’

Terperangkapnya kita dalam slogan dan retorik, ketika niat asalnya adalah untuk beramal, mungkin berbalik kepada rekabentuk kerja kita itu sendiri. Nilai utama dalam dakwah adalah amal, kerja. Tanpa kerja, dakwah itu mungkin bertukar menjadi ‘hobi’, sekadar membina utopio untuk kita berasa aman memilih kehidupan yang bertujuan, tanpa tujuan itu menatijahkan manfaat, Islam …

Read More »

‘Gangguan’ ke Atas Proses Tarbiah: Meneliti Psikopolitik Islamisme

“Kenapa?” Soalan ini sentiasa menyerang fikiran saya. Saya ingin faham, mengapa saya dan sebahagian berfikir begini, manakala sekumpulan yang lain berfikir dalam bentuk yang berlawanan. Saya bertanya kepada kawan-kawan yang terbuka untuk berkongsi maklum balas mengenai apa yang mereka fikir dan rasa semasa menempuh satu demi satu peringkat pembentukan fikrah apabila menyertai kelompok dakwah …

Read More »

Dr Maszlee Malik: Persahabatan Merentas Masa

“Ana tak sangka anta open minded!” kata Maszlee. “Haha. Pulak dah! Anta ingat ana ni apa?” saya terkasima dengan kenyataan berkenaan. “Tak ada la. Masa di Jordan dulu, imej anta PAS totok, kan?” ujar beliau dengan nada berseloroh. “Masa di Jordan kita mana kenal. Bahtera lain-lain!” saya menjawab. Kami ketawa. Saya bertembung …

Read More »

Ketakserasian Kognitif Dalam Kehidupan Semasa

Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak …

Read More »

Ada Sinar di Hujung Terowong

Dalam beberapa hari ini, trafik blog saya menjadi tinggi dan sesekali tersangkut. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkongsi pandangan, menyokong dan tidak menyokong. Ia bukanlah tujuan saya menulis kerana saya tidak berhajatkan kepada sokongan. Saya tidak bertanding, dan tiada apa-apa kepentingan. Saya hanya menulis kerana saya mahu menjelaskan fikiran saya mengenai situasi semasa. …

Read More »

Tiga Keputusan Antara Yang Senang Dengan Yang Susah

Di blog ini, apabila saya bahasakan diri saya sebagai saya, saya hanyalah diri ini yang terbatas pada setakat apa yang dia tahu, apa yang dia alami dan apa yang dia fikirkan mengenainya. Catatan peribadi di sini, biar pun terbuka untuk bacaan umum, ia adalah jurnal peribadi. Ia tidak bermaksud sama …

Read More »