Soalan ini menimbulkan kerumitan kepada anak rakan saya kerana beliau tidak pernah merenung isu tersebut secara mendalam. Baginya, perkara-perkara ghaib ini tidak relevan dalam kehidupan sehariannya kerana tidak pernah bertembung dengan situasi yang memerlukan beliau membuat pendirian. Kehidupan moden di kota besar seperti Istanbul terasa begitu jauh dan tiada kaitan dengan hal ehwal jin dan syaitan ini.
Read More »Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?
Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. Pembentangan itu dibuat di dalam Webinar Keibubapaan anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah secara dalam talian. Dr. Haidt menyatakan bahawa Generasi Z, iaitu generasi yang lahir antara tahun 1996 hingga 2012, adalah generasi pertama dalam sejarah manusia …
Read More »Misteri ‘Sengaja Susah Supaya Tabah’?
Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk mengagung-agungkan susah payah dengan anggapan bahawa ia menjadikan seseorang lebih kuat dan tabah (resilient). Namun, persoalannya, apakah benar susah payah itu perlu diwujudkan dalam pembelajaran? Adakah susah payah sebegini mampu membina ketabahan yang lebih berkesan, atau adakah cara lain yang lebih sesuai? Sebagai umat …
Read More »Persekolahan dan Peperiksaan: Kawan Atau Lawan?
Petikan Podcast What Now Jom Ah Lepak bersama Syed A Haikal, dengan kerjasama Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) Memahami Peranan dan Nilai Peperiksaan dalam Pendidikan Holistik Apabila menyebut tentang peperiksaan di Malaysia, isu ini sering menjadi perbincangan yang mencetus perbalahan. Ada pihak yang berpendapat bahawa peperiksaan perlu dimansuhkan bagi …
Read More »The Banshees of Inisherin
Saya sudah selesai menonton filem hebat THE BANSHEES OF INISHERIN ini. Filem ini mengisahkan Colm Doherty, seorang pemuzik lagu asli di sebuah pulau bernama Inisherin, tiba-tiba ‘tak nak kawan’ dengan sahabat sepanjang hayatnya, Pádraic Súilleabháin (boleh disebut sebagai ‘Patrick Sullivan’). Bagi Colm, Pádraic itu walaupun seorang yang baik dan disenangi …
Read More »Kaedah Mengurangkan ‘Campurtangan’ Kerajaan di Sekolah
Kenapa sekolah di Finland berbeza daripada sekolah di Malaysia? Ada macam-macam cara untuk jawab soalan ini. Tetapi kali ini saya ingin cuba menjawabnya dengan penerangan secara sosiologi. Secara sosiologinya, sekolah boleh berada di dalam satu daripada dua kategori (boleh ada pengkategorian yang lain juga). Sama ada sekolah itu berada di …
Read More »Kuasa Perkataan: Renungan Kisah Kecemburuan Aishah r.a. Kepada Khadijah r.a
Umm al-Mu’minin Aishah radiyallāhu ‘anhā bermurah hati berkongsi dengan ummah, kisah cemburu beliau terhadap Saidatina Khadijah radiyallāhu ‘anhā. Kisah ini menuntut kita untuk terlebih dahulu meluruskan akal dan hati untuk fokus kepada iktibar yang hendak dipelajari, dan bukan membanding-banding antara dua isteri Rasulullāh ﷺ ini dan membandingkan siapa lebih baik …
Read More »Mendidik Anak Remaja: Semasa Semua Strategi Tidak Menjadi
Mendidik anak remaja di akhir zaman ini amat mencabar. Kita perlu bersaing dengan pelbagai faktor yang mempengaruhi anak-anak. Jika dahulu, perubahan siang malam secara semulajadi membantu. Tenggelam sahaja matahari, kebanyakan anak berada di rumah. Mereka ‘memutuskan hubungan’ daripada alam kawan-kawan seketika, bersama keluarga, berehat dan tidur. Sesuailah dengan aturan Allah: …
Read More »Renungan Kes Theranos dan Elizabeth Holmes
Baru-baru ini mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan yang Elizabeth Holmes daripada startup Theranos bersalah. Saya mengikuti kes beliau ini semasa di Finland lagi. Saya tertarik kepada pada masa itu saya mengalami keresahan semasa duduk di dalam ekosistem startup melalui program-program entrepreneurship yang ada di Finland. Malah sebahagian trainers datang dari …
Read More »Dilema Membaca: Antara Tujuan, Keperluan dan Keselesaan
Berpakaian untuk perlindungan diri adalah dharuriyyat (ضروريات). Berpakaian dengan ketebalan yang sesuai dengan cuaca pula adalah hajiyyat (حاجيات). Manakala berpakaian yang ketebalannya sesuai serta materialnya selesa untuk kulit kita, itu adalah tahsiniyyah (تحسينيات). Dharuriyyat adalah keperluan asas yang tanpanya, menjejaskan kelangsungan hidup. Hajiyyat menjaga kesejahteraan dan ketiadaannya tidak sampai menyebabkan …
Read More »