Pendidikan

Artikel-artikel bertemakan sains pembelajaran, pendidikan inklusif, pendidikan karakter, dan isu semasa berkaitan pendidikan

November, 2020

  • 21 November

    Cuties di Netflix: Tonton Menakutkan, Tidak Tonton Pun Menakutkan

    Cuties adalah filem di Netflix yang menakutkan jika ditonton, dan tetap menakutkan jika tidak ditonton. Saya tidak galakkan sesiapa pun untuk menontonnya. Tetapi mesej daripada filem ini sangat benar, perit dan penting. Semasa anak balik dari sekolah semalam, beliau cerita tentang kempen solidariti LGBTQ+ minggu ini di sekolahnya. Kesimpulan beliau, …

  • 15 November

    Retrieval Practice: Cara Mudah Membantu Pembelajaran Anak-anak

    “Apa benda menarik di sekolah hari ini?” ia mungkin soalan yang selalu kita tanya sebagai ibu bapa, jika amalan berbual dengan anak-anak menjadi kebiasaan. Soalan itu boleh diubah kepada, “hari ini belajar apa di sekolah?” semasa berbual. Ia mungkin dijawab dengan sambil lewa oleh anak-anak, terutamanya apabila anak-anak fikir apahal …

September, 2020

  • 2 September

    Mä Oon Rizal: Travelog Cikgu Malaysia di Finland

    BLURB Mä Oon Rizal Mendengar suara hati di negeri salji meskipun sunyi bukanlah mudah. “Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan difahami!” Kata-katanya itu membuatkan saya termenung saban hari. Lazimnya, saya menulis …

August, 2020

  • 4 August

    5 Kebaikan Sistem Pendidikan Finland dan 5 Limitasinya

    Selepas empat tahun berada di Finland dan memberi peluang kepada anak-anak bersekolah di dalam sistem pendidikan Finland, di sini saya kongsikan 5 perkara yang saya kira telah disumbangkan oleh sistem pendidikan Finland sebagai sebuah sistem yang dianggap antara yang terbaik di dunia. Pada masa yang sama, saya kongsikan juga 5 …

June, 2020

  • 27 June

    Kisah Tasta’nisu Dan Berhalus Dalam Berkelakuan

    Benda kecil pun hendak dibesarkan? Pertanyaan ini petanda ada penyakit jiwa yang berkait dengan penyakit fikiran juga. Syarat pertama menyembuhkannya adalah mengakui dahulu yang wujudnya penyakit berkenaan. Mari saya kisahkan. Semasa melawat Rumah Gadang di Sumatera Barat ini, antara penerangan yang saya ingat ialah tetamu yang masuk ke rumah akan …

  • 3 June

    Kamu Dengar Sini, Anak-anak!

    Kata William E. Blatz, keselamatan emosi itu ialah keadaan minda semasa seseorang itu bersedia menerima akibat daripada tingkah lakunya. Maknanya, kalau buat benda tidak cerdik, bersedia diberitahu yang kamu itu tidak cerdik. Definisi itu sudah tua. Ia definisi tahun 1950an. Bagus juga definisi lama-lama ini, sebab ia definisi yang lahir …

  • 1 June

    Diari Abah: Berfikiran Dengan Hati, Berperasaan Dengan Akal

    Alhamdulillah buku Diari Abah telah berjaya saya siapkan. Ia telah dihantar ke Amazon Kindle, Google Play Books dan E-Sentral untuk diproses. Versi bercetak pula adalah bergantung kepada perkembangan di tanahair berkaitan kawalan pergerakan dan kebolehan proses kerja berkaitan penerbitan dan percetakan. Naskhah pendidikan ini diterbitkan oleh saya sendiri di dalam …

May, 2020

  • 3 May

    Sejarah Perjalanan Umat, Kembara Perjalanan Diri

    Malam-malam sebelum ini perbualan kami anak beranak masih berterusan. Saya sahaja yang tidak bermomentum untuk menulis. Tempoh hari, anak bertanya selepas tarawih, bagaimana bermulanya Syiah. Soalan itu besar, ditanya oleh anak-anak yang tidak mempunyai banyak past knowledge untuk saya bina pengetahuan baharu. Pengetahuan di dalam sains pembelajaran mengingatkan pentingnya mengaktifkan …

April, 2020

  • 22 April

    Ebook Transformasi Ramadan 2.0

    Transformasi Ramadan pernah diterbitkan sedekad yang lalu sebagai naskhah kecil untuk meneman pembaca membuat persiapan diri menjelang Ramadan. Naskhah berkenaan juga telah diterbitkan semula di dalam versi terjemahan bahasa Inggeris dengan tajuk Reviving the Spirit of Ramadan: Beyond Do’s and Don’ts. Transformasi Ramadan 2.0 adalah naskhah kelangsungan versi sebelumnya, lahir …

  • 20 April

    Hidup di Zaman Yang Salah

    PENDAHULUAN BUKU MÄ OON RIZAL Apakah penghujungnya? Mungkin pendahuluan buku ini menjadi senaskhah tulisan yang paling rumit untuk saya coret. Lazimnya, saya menulis dalam keadaan saya tahu daripada apa sesuatu bermula, dan di mana noktah akhir yang disasarkan sebagai perhentian. Jelas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki namun, kembara …