“Susah nak cakap, ustaz. Beratnya rasa hati ini” keluh bapa seorang pesakit. “Tak apa. Encik tak perlu cakap apa-apa. Saya tahu apa yang sedang Encik alami. Semua ini dugaan Allah. Kita sebagai umat Islam wajib beriman bawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya di sisi Allah. Jadi, kita tidak sepatutnya …
June, 2019
-
7 June
Dakwah: Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu
Teringat lebih 10 tahun yang lalu, saya menerima jemputan pelajar Fakulti Undang-undang sebuah universiti untuk menyampaikan ceramah di dalam program orientasi pelajar baharu mereka. Semasa saya sampai ke lokasi program, AJK yang menyambut memberi taklimat kepada saya. Mereka meminta saya ‘membancuh’ pelajar baharu yang tidak bertudung agar bertudung. Saya kata, …
May, 2019
-
12 May
Layla: Travelog Pemberontakan Remaja Muslim Eropah
“Kita boleh andaikan Layla ini generasi ketiga,” saya berhipotesis. “What do you mean by that?” tanya si anak. Generasi pertama atuk dan nenek dia, kemudian ayah dan emaknya, kemudian dia dan adiknya Younes. Generasi pertama datang ke Eropah dengan tradisi Islam yang masih kuat, tetapi berfikiran terbuka untuk menyesuaikan diri …
-
8 May
Kanan 10:15 Pagi, Kiri 09:15 Pagi: Mengajar di Sempadan Finland – Sweden
Pada 7 Mei 2019, saya menerima jemputan di bawah program Erasmus in Schools untuk mengajar subjek International Studies bagi murid Grade 8 dan 9 di sebuah sekolah di pekan Tornio. Tornio atau nama rasminya Tornion kaupunki (City of Tornio) merupakan bandar berkembar dengan Haparanda di sebelah Sweden, terletak kira-kira 140km …
April, 2019
-
10 April
Melangkah ke Sekolah Finnish Sebagai Guru dan Peninjau Sistem
Jika kita singgah di sebuah sekolah Finnish, kita tidak akan merentas sebuah pagar yang berkunci. Sekolah lazimnya tiada berpagar, terbuka, tiada ‘pak guard’ dan ada banyak pintu masuk. Ia lazimnya berada di sebuah kejiranan. Kelengkapannya serba lengkap dengan keperluan asas, mempunyai beberapa ratus orang murid dan saiz setiap kelas biasanya …
-
1 April
Artikel 2007: Cinta Tanpa Syarat
Emak di sisi pusara Abah Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24) “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa …
March, 2019
-
20 March
Rotan dan Tampar: Disiplin Murid Menurut Pandangan Klasik Ilmuan Islam
“Allah, itu pun nak terasa. Lembik!” “Manja sangat!” “Aku kalau tak kerana kena pelempang cikgu, mak bapak aku, rasanya aku tak jadi orang macam hari ni!” “Semua ini tarbiah. Ulama dulu lagi susah hidup mereka!” Guru bertindak mengasari murid secara fizikal bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat kita. Selain …
-
16 March
Tragedi Keganasan Christchurch: Mematikan Agenda Kebencian
Bingung. Apa ini? Subuh Jumaat itu, semasa membuka aplikasi WhatsApp di telefon, saya tergamam membaca mengenai kejadian serangan masjid di Christchurh, New Zealand. Saya tidak mengetahui skalanya, dan terheret menonton sebuah klip video yang diedar di aplikasi berkenaan. Langsung jadi kecamuk, terkejut… inna lillah wa inna ilayhi raji’un. New Zealand …
-
4 March
Sindrom Sheikh Saya Sahaja Yang Betul
Photo credit cindyswanslife.blogspot.com Al-Mawardi menceritakan bagaimana beliau melihat di dalam sebuah majlis ada seorang lelaki berdebat. Lawannya telah mendatangkan bukti dan hujah yang betul. Tetapi hujah tersebut dijawab oleh lelaki berkenaan: إنّ هذه دلالة فاسدة، و وجه فسادها أنّ شيخي لم ىذكرها وما لم يذكره الشيخ لا خير فيه “Sesungguhnya …
February, 2019
-
15 February
Anti Vaksin (‘Prochoice’): Mengapa Semua ini Terjadi?
Kalaulah saya ada jawapan yang mudah untuknya. Saya ingin mengetahui hal ini kerana sebagai seorang guru, apa yang berlaku di dalam bilik darjah pada satu-satu masa, saya yakini ia mempengaruhi masa hadapan kita. Justeru, adakah gejala perdebatan mengenai topik anti vaksin, kemudian kelahiran alami, flat earth dan pelbagai lagi gelora pilihan-pilihan …