Pendidikan

Artikel-artikel bertemakan sains pembelajaran, pendidikan inklusif, pendidikan karakter, dan isu semasa berkaitan pendidikan

February, 2013

  • 26 February

    Antara Khaled El-Rouayheb dan Halil Inalcik : The Triumph of Fanaticism

    The Myth of “The Triumph of Fanaticism” in the Seventeenth-Century Ottoman Empire” (Mitos “Kemenangan Fanatisme Pada Kurun ke-17 Empayar Uthmaniah”) merupakan sebuah makalah yang ditulis oleh Khaled El-Rouayheb dan disiarkan di jurnal Die welt des Islams 48 (2008) 196-221. Makalah ini merupakan sanggahan Khaled El-Rouayheb kepada pendapat yang dikemukakan oleh …

January, 2013

  • 25 January

    Kembara Birgivi Pada 12 Rabiul Awwal Kali Ini

    Selamat tiba di Dubai, selepas pesawat tertangguh selama 10 jam Jika hari ini umat Islam di seluruh dunia ramai yang menyambut Maulidurrasul, saya ‘menyambutnya’ dengan satu agenda yang berbeza. Hari ini saya singgah sebentar di Dubai. Berprogram ceramah Maulidurrasul bersama warga Malaysia di sini. Namun destinasi sebenar saya masih jauh. …

December, 2012

  • 7 December

    Sebuah Kemestian Bagi Misi Mustahil Semasa

    Ia adalah jadual yang tidak masuk akal. Saya tiada pilihan kecuali terus berusaha dan sentiasa memastikan diri dekat kepada-Nya untuk mengekalkan kekuatan. La Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah. Doakan saya… JUMAAT (07/12/12) -Bahan Seminar Surah al-Hujuraat SABTU (08/12/12) Seminar Surah al-Hujuraat Ke KLIA Siap bahan siaran on air TV …

November, 2012

  • 23 November

    VLOG: Petanda al-Kibr : Petikan Kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah

    https://www.youtube.com/watch?v=drOw7SJtJZ8 Khusyuk mengkaji kedudukan hadith, sama ada ia sahih atau tidak. Khidmat yang besar buat umat. Tetapi kesibukan melayan tugasan menilai sanad hadith, seseorang itu boleh terlupa meninjau matan hadith. Bukan pada nas, tetapi isi kandungannya. Pengajarannya. Tempat di mana sunnah sebenar berada. Bisakah seorang pengkaji hadith tertipu dengan amalnya? …

October, 2012

  • 24 October

    Dakwah ‘Hati Kering’!

    Saya kehairanan semasa membaca buku  al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah oleh tokoh yang sedang saya kaji, Sheikh Mehmed Birgivi (1522-1573M). Sheikh Mehmed Birgivi datang daripada latar belakang keluarga, pendidikan serta persekitaran Tasawwuf. Malah pada hari ini, ada beberapa kumpulan Tarekat seperti Tarekat Bayramiyah, yang menyatakan bahawa asas disiplin kumpulan …

  • 16 October

    Di Musim Segalanya Statik dan Menjemukan

      Berat badan saya menjadi statik semenjak sebulan. Saya tahu puncanya. Motivasi yang merosot menyebabkan saya tidak sempat memasak sendiri. Saya makan di luar dan akibatnya, trace of sugar and carb tidak terjaga. Ia menbantutkan peranan HCG. Keletihan menguruskan akademik dan kerja menyebabkan saya tidak tidur dengan baik, mengganggu mood …

  • 13 October

    Rujukan Sirah Nabawiah

    Adakalanya saya kehairanan, tanpa bermaksud merendah-rendahkan sesiapa, bagaimana mungkin minat kepada Sejarah dan Sirah direalisasikan dengan ‘orang ramai’ membeli kitab-kitab premier seperti Sirah Ibnu Hisham, Al-Bidayah wa Al-Nihayah, Tarikh al-Tabari dan yang seumpama dengannya. Sedangkan saya perlu menyelesaikan beberapa subjek di peringkat sarjana untuk membaca buku-buku itu dengan betul. Jika …

February, 2010

  • 13 February

    MISI QATAR: Membekal Generasi Dongak Dengan Jiwa Tunduk

    Program di Khawr Community memberangsangkan. Saya sepatutnya berceramah hanya satu sesi, tetapi telah diminta menyambung pengisian dengan satu sesi tambahan. Ia suatu penghargaan dan saya menyambutnya dengan satu jam tambahan ceramah. Biar pun habis lewat, kami saling mengambil manfaat. Saya gembira bertemu dengan ramai ikhwah di Khawr, termasuklah Prof Azhar …

  • 5 February

    Percubaan Memahami Dialog Antara Agama

    Alhamdulillah… Syukur kepada Allah kerana program Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) telah selesai. Perasaan saya bercampur aduk. Gembira dan penuh bangga dengan peserta yang telah mempamerkan kualiti yang kami harapkan, namun diselubungi rasa gementar kerana tahu bahawa mesej yang ingin dibawa ke seluruh dunia oleh 50 peserta dari 15 negara dan 6 …

January, 2010

  • 3 January

    Metode Khalifah Laskar Pelangiku

    “Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman. Wajahnya berubah sedikit. Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj. Fitnah …