Apabila murid hilang minat belajar, adakah kita sekadar menuding jari atau berani menyoal punca sebenar? Jika kita sendiri bosan dengan tugas berulang dan tidak bermakna, bayangkan mereka—terperangkap dalam kebosanan selama lapan jam sehari, sebelas tahun berturut-turut. Ini bukan soal malas, ini soal sistem yang gagal memahami motivasi manusia. Motivasi perlu …
February, 2025
-
23 February
Mensesiakan Idea Pendidikan Akibat Tidak Mengubah Kepercayaan: Dilema Ontologi
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan bergantung kepada kepercayaan asas kita terhadap pendidikan, peranan guru, dan peranan murid. Tanpa menilai semula kepercayaan ini, kita hanya akan mengulang kritikan yang dikemukakan oleh T. Bush (2021), bahawa sistem pendidikan masa kini lebih dipengaruhi oleh globalisasi dan sekadar meniru dasar luar tanpa pertimbangan konteks …
-
20 February
Meregulasi ADHD Semasa Menulis Disertasi – Bab Kaedah Penyelidikan
Izinkan saya meluahkan rasa gembira di sini. Tiada apa-apa yang besar. Saya gembira pagi ini kerana penyelia saya gembira. Beliau gembira dengan kemaskini penulisan disertasi saya untuk bahagian Research Methodology (Kaedah Penyelidikan). Ia bahagian yang saya paling takut dalam percubaan sebelum-sebelum ini. Saya selalu bingung hendak merumuskan mengapa teori tertentu …
-
18 February
Nilai Kata-kata di Sini dan di Sana
Kata-kata adalah produk diri yang besar dalam kehidupan kita. Kata-kata menjadi asas akad jual-beli, perkahwinan, dan sandaran hukum di mahkamah. Malah al-Quran sendiri, sisi mukjizatnya adalah pada kekuatan kata-kata. Kata-kata juga menjadi medium yang boleh membawa kita kepada reda Allah atau sebaliknya. Dalam era digital ini, kita sering terlupa bahawa …
-
1 February
ADHD: Melawan Kegelisahan Dengan DBT dan Doa
Setiap penyelidik pascasiswazah akan sampai ke satu titik di mana momentum mereka terganggu. Saya tidak terkecuali. Sebelum cuti Krismas, saya dengan yakin berjanji kepada penyelia bahawa saya akan mula menulis bahagian “Introduction” dan “Research Methodology” dalam disertasi saya. Namun, realiti tidak seindah perancangan. Enam minggu tanpa kuliah kerana cuti Krismas …
January, 2025
-
29 January
Filem Idiocracy (2006): Kebodohan Menjadi Sistem dan Ideologi Era Ruwaibidah
Baru seminggu Donald Trump kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat buat musim kedua, macam-macam perkara tidak masuk akal berlaku. Apa yang saya tidak pernah bayangkan, adalah krisis keselamatan negara antara Amerika Syarikat dengan Denmark berkaitan Greenland. Walaupun spotlight menyuluh Presiden Amerika Syarikat ke-47 itu, beliau hanyalah tip of the iceberg. Di …
-
27 January
Akademik Lawan Akhlak: Merekabentuk Pendidikan Karakter
“Kalau banyak A sekalipun, tetapi kalau akhlak ke laut, tidak ada maknanya. Sebab itu, kita utamakan akhlak!” “Akhlaklah yang paling penting! Sebelum segalanya.” Kata-kata sebegini biasa kita dengar dalam perhimpunan pagi di sekolah. Ia diucapkan oleh pengetua, guru besar, guru disiplin, serta guru bertugas. Akhlak baik, semua orang suka. Akhlak …
-
20 January
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
Hasrizal “Macam mana kamu hulur pisau tu?” Opah menegur saya. Seorang anak kecil di usia sekolah rendah. Mungkin ketika itu saya berusia tujuh atau lapan tahun. Apabila sekolah bercuti, saya selalunya duduk di rumah opah. Selain kena guna sepit arang bagi mengutip katak di celah pokok rambutan dan membuangnya sebagai …
-
18 January
Majlis Graduasi Kelas 2024 Pelajar Khalifah Model School (Secondary) – KMSS
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. Salatan wa salamun ‘ala Rasulullah wa ‘ala alihi wa sahbihi wa man walahu amma ba’d. Alhamdulillah. Hari yang sungguh indah. Betapa indahnya acara ini untuk kita meraikan para pelajar kita yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Tahniah kepada semua. Majlis graduasi sentiasa membawa pelbagai emosi. …
-
17 January
The Holdovers (2023) DAN STOISISME: Pendidikan Bermula Apabila Sekolah Tutup
Selepas beberapa minit menonton, saya tidak pasti sama ada filem ini baharu atau lama. Namun, setiap elemen—dari warna sinematik yang suram tetapi memikat, pilihan pakaian yang sangat terperinci, hinggalah kepada subteks yang diolah dengan penuh cermat—semuanya memperlihatkan usaha untuk mencipta semula suasana awal tahun 1970-an. Apa yang menarik ialah filem …