Saturday, January 11th, 2025

Dilema Membaca: Antara Tujuan, Keperluan dan Keselesaan

Berpakaian untuk perlindungan diri adalah dharuriyyat (ضروريات).

Berpakaian dengan ketebalan yang sesuai dengan cuaca pula adalah hajiyyat (حاجيات).

Manakala berpakaian yang ketebalannya sesuai serta materialnya selesa untuk kulit kita, itu adalah tahsiniyyah (تحسينيات).

Dharuriyyat adalah keperluan asas yang tanpanya, menjejaskan kelangsungan hidup.

Hajiyyat menjaga kesejahteraan dan ketiadaannya tidak sampai menyebabkan kerosakan nyawa, akal dan survival hidup.

Tahsiniyyat pula adalah elemen keselesaan yang memberikan kualiti hidup yang lebih baik.

MANAKALA SOAL MEMBACA…

Semasa kita rasa tidak selesa membaca buku digital, sayangkan pengalaman mencium buku dan menyelak lembaran, membuat catatan dan menjaga upaya mata, serta keperluan kepada isi kandungan sesebuah buku, manakah satu dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat?

Mungkin dengan penjelasan di dalam podcast ini, keazaman untuk mengutamakan yang utama, boleh ditingkatkan.

Jadikan hijrah ini, satu mujahadah.

Allah kira, Insya-Allah.

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland
www.saifulislam.com

Ikuti penjelasan lanjut mengenainya di saluran berikut:

Spotify

https://open.spotify.com/episode/27BWuWOPJgugHx0YIjLw4W?si=RoQ-xc_VS1aCqprE3zsWFQ

Apple Podcast

https://podcasts.apple.com/my/podcast/hasrizal/id1515005165?i=1000546719493

Google Podcast

https://podcasts.google.com/feed/aHR0cHM6Ly9hbmNob3IuZm0vcy8xZTA4ZjRhOC9wb2RjYXN0L3Jzcw/episode/M2ZhMzhiODgtNTI1Mi00ZWY1LWFhZmEtOTkyMGYwNjQ5Zjdi?sa=X&ved=0CAUQkfYCahcKEwi4osXa-pP1AhUAAAAAHQAAAAAQLA

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang relevan dan efektif, kita sering mendengar pelbagai alasan untuk menolak model luar—kononnya model Finland “asing” bagi masyarakat kita, model Singapura “tidak sesuai” dengan konteks tempatan, manakala model Jepun “hanya sesuai” untuk keperluan kanak-kanak di Jepun. Namun, apabila kita meneliti dengan cermat, banyak idea-idea penting yang diketengahkan oleh sarjana Muslim terdahulu sebenarnya telah lama diamalkan secara produktif di negara-negara tersebut. Mereka tidak ambil pusing sama ada amalan itu berasal daripada cendekiawan Muslim atau bukan, atau sama ada dilabel “tempatan” atau “asing.” Sebaliknya, mereka memberi keutamaan kepada amalan yang terbukti berkesan menurut hasil kajian demi kesejahteraan proses pembelajaran kanak-kanak. Kita perlu menginsafi ego kita yang cenderung mempertahankan kelemahan dan menghiasinya dengan hujah “kita ada cara sendiri,” tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “cara kita.” Jujurnya, jika kita mahu mengangkat jati diri sistem pendidikan sendiri, adalah lebih terhormat untuk bersikap terbuka dan menilai semula amalan yang wujud—bukannya menutup kelemahan dengan retorik lokaliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content