Friday, January 10th, 2025

Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara

Hari ini saya menerima amanah yang besar daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menganggotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Dato Ibrahim Ahmad Bajunid dan 11 orang lagi pakar pelbagai bidang bagi menyemak dan mengemukakan saranan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara kita.
.
Majlis penyerahan watikah perlantikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik telah berlangsung dari bangunan Parlimen Malaysia pagi ini. Saya menyertai acara melalui Skype dari dalam keretapi menuju ke Rovaniemi. Terima kasih kepada petugas IT KPM. Semoga kemudahan teknologi dapat membantu saya berusaha biar pun berada jauh di hujung benua.
.
Amanah ini diterima dengan penuh rasa rendah diri mengumpul sepenuh upaya yang ada, serta bersandar harapan kepada-Nya.
.
Mohon doa sahabat semua dan berterusanlah berkongsi pandangan seperti biasa di sini.
.
Salam persaudaraan dari Benua Artik.

Hasrizal
Oulu, Finland

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang relevan dan efektif, kita sering mendengar pelbagai alasan untuk menolak model luar—kononnya model Finland “asing” bagi masyarakat kita, model Singapura “tidak sesuai” dengan konteks tempatan, manakala model Jepun “hanya sesuai” untuk keperluan kanak-kanak di Jepun. Namun, apabila kita meneliti dengan cermat, banyak idea-idea penting yang diketengahkan oleh sarjana Muslim terdahulu sebenarnya telah lama diamalkan secara produktif di negara-negara tersebut. Mereka tidak ambil pusing sama ada amalan itu berasal daripada cendekiawan Muslim atau bukan, atau sama ada dilabel “tempatan” atau “asing.” Sebaliknya, mereka memberi keutamaan kepada amalan yang terbukti berkesan menurut hasil kajian demi kesejahteraan proses pembelajaran kanak-kanak. Kita perlu menginsafi ego kita yang cenderung mempertahankan kelemahan dan menghiasinya dengan hujah “kita ada cara sendiri,” tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “cara kita.” Jujurnya, jika kita mahu mengangkat jati diri sistem pendidikan sendiri, adalah lebih terhormat untuk bersikap terbuka dan menilai semula amalan yang wujud—bukannya menutup kelemahan dengan retorik lokaliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content