Wednesday, January 15th, 2025

Kemahiran ‘Self-Regulated’ Learning Anak-anak di Rumah

The UK-based Education Endowment Foundation membuat penilaian terhadap strategi-strategi pembelajaran yang berpotensi tinggi. Berdasarkan meta study membabitkan 10,000 penyelidikan bebas, EEF mendapati bahawa maklum balas (feedback), metacognition dan regulasi kendiri (self-regulation) menghasilkan impak paling besar berdasarkan pentaksiran pencapaian akademik selama berbulan-bulan, berbanding dengan strategi-strategi lain termasuk ‘tutorial one-to-one’ mengecilkan saiz bilik kelas, dan memanjangkan durasi harian waktu persekolahan (Higgins, Kokotsaki, & Coe, 2012).

Pembelajaran regulasi kendiri atau self-regulated learning (SRL) adalah proses yang mana pelajar mengawal dan memantau pembelajaran mereka sendiri (Zimmerman & Schunk, 1989). Proses ini membabitkan pelajar mengenalpasti bagaimana mereka belajar secara yang terbaik dan mengambil tanggungjawab ke atas proses pembelajaran mereka sendiri.

Pembelajaran Regulasi Kendiri by hasrizal

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Salahkan Anak Kakak Makcik Sendiri

Saya menulis di Facebook (3 Januari 2025): Kejahilan memang penyakit. Kita hanya biasa dengan satu …

2 comments

  1. MashaALLAH..suka nya slides ini. Terima kasih berkongsi ilmunya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content