March, 2021

  • 7 March

    Anak Meragam Tidak Mahu ke Tadika

    Semasa anak-anak mula melangkah ke alam persekolahan, kami adalah ibu bapa muda yang kurang berpengetahuan serta pengalaman dalam hal ehwal pendidikan dan keibubapaan. Rasa hormat kepada institusi sekolah serta pendidikan yang ditawarkan, mungkin menjadi sebab mengapa ragam anak-anak yang tiba-tiba enggan ke sekolah tidak kami endahkan. Asasnya ialah sekolah betul, …

  • 5 March

    Apa Yang Sistem Pendidikan Finland Telah Buat ke Atas Kamu, Anak-anak?

    Semalam selepas makan, anak timbulkan topik kebimbangannya dengan kawan-kawan yang secara terbuka menyatakan tidak kisah kalau gagal dalam pelajaran. Katanya hairan sebab dulu semasa di Finland, apabila cikgu mengadakan ujian atau kuiz, memang ada yang gagal tetapi hanya seorang dua. Di sekolah sekarang jika separuh kelas gagal ujian pun macam …

January, 2021

  • 24 January

    Erti Beragama Yang Hilang (2021)

    Puluhan tahun yang lalu, almarhum Dr Fathi Yakan menyoal, ”apa erti saya menganut agama Islam?” Naskhah Māzā Ya’nī Intimā’i li al-Islām yang beliau hasilkan telah dibaca ramai, diterjemah ke pelbagai bahasa, merentas sempadan geografi dan masa, berkhidmat membantu kita umat Islam menjawab pertanyaan itu. Ia bukan soalan biasa macam soalan-soalan …

  • 22 January

    Isu Tadabbur di Dalam Usrah

    Kalau dalam usrah, naqibah ajak tadabbur ayat al-quran dan kita beri pandangan/rumusan berkaitan ayat tersebut, bagaimana pula? (merujuk hadis Nabi tersebut)📌 Soalan ini merujuk kepada artikel INTEGRITI DAN TOKSIK POPULARITI Fikiran spontan saya, ingin menjawab dalam bentuk galakan. Usrah, tadabbur ayat al-Quran, adalah kerja-kerja baik dan sentiasa harus digalakkan. Apatah …

  • 21 January

    Integriti dan Toksik Populariti

    Influencer, televangelist, apa-apa jua status yang menjadikan kerja seharian membabitkan populariti dan viral… ada sesuatu yang toksik berkaitan dengan kerja berasaskan populariti ini. Ia selalu tanpa sedar menjadikan sikap kita berubah. Setiap kali bercakap atau menulis, kemudian percakapan dan penulisan kita diterima, ia menjadikan kita gembira (bersyukur?). Kegembiraan itu mendorong …

  • 20 January

    Julian: Sisi Setia Dengan Kebenarannya

    “Bukankah lebih mudah menjadi seorang yang ‘go with the flow‘, tidak perlu memperjuangkan apa-apa?” Ada kalanya hati berbisik mengenai hal ini semasa jiwa kita penat melawan. Pengalaman kita semasa kanak-kanak berbeza-beza, dan pengalaman yang berbeza-beza itu mempengaruhi kita menjadi seorang yang bagaimana. Saya anak bongsu yang jauh jarak umur dengan …

  • 13 January

    BETUL Dan Masalah-masalahnya

    BETUL, adalah hasil yang baik selepas proses membuat keputusan diselesaikan. Ia menatijahkan manfaat, dan mencegah mudarat. Memilih yang betul adalah rutin seharian hingga adakalanya kita tidak sedar pun dengannya. Seawal bangun pagi mahu gosok gigi atau tidak, hinggalah kepada keputusan yang besar-besar. Ia ada kaitan dengan kebolehan manusia itu sendiri …

  • 4 January

    Vivarium (2020): Akuarium Realiti Hidup Hari Ini

    “That’s nature. That’s just the way things are” kata Gemma. Jawapan ‘malas’ seorang guru tadika apabila anak muridnya tidak berpuas hati dengan realiti kehidupan yang disaksikan di bawah pohon tersebut. Ia pembukaan kepada sebuah filem yang mendera mental penonton. Ada hikmah Twillight Zone dahulu kala hanya setengah jam. Tetapi kali …

December, 2020

  • 16 December

    Hubungan Alam Melayu – Turki Merentas Sejarah (Artikel 1996)

    Artikel ini ditulis pada tahun 1995-1996 sebagai manifestasi minat peribadi saya mengkaji sejarah Daulah Uthmaniyyah. Ia bermula daripada secara kebetulannya saya terjumpa buku Mehmet, Ozay (1991), Islamic Identity and Development: Studies of the Islamic Periphery, Routledge, ISBN 0415043867 di Perpustakaan Universiti Mu’tah, Jordan, tempat saya belajar. Saya menggunakan nota kaki di dalam buku …

November, 2020

  • 29 November

    Hillbilly Elegy: Kembara Anak Menuju Jaya Tanpa Segalanya

    Hillbilly Elegy adalah sebuah filem drama baharu di Netflix, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama, ditulis oleh J. D. Vance (James Donald Bowman). Ia adalah autobiografi JD yang menceritakan perjalanan hidupnya sebagai seorang kanak-kanak daripada sebuah keluarga miskin dan dibelenggu pelbagai masalah sosial, sehinggalah beliau menjadi graduan undang-undang di Yale. …

RSS
Follow by Email
LinkedIn
Share
Instagram