March, 2014

  • 6 March

    Mu’arrikhun: Membumikan Sejarah di Gelanggang Ummah

    “Saya tidak seronok memikirkan peraturan di Malaysia, pensyarah perlu bersara wajib pada usia 65 tahun” saya memulakan perbualan. Hembusan angin senja dari Laut Marmara damai mendinginkan musim panas di Istanbul. “Oh, begitu peraturannya di Malaysia, ya?” ujar Zacky. “Ya, jika pensyarah di dalam bidang seperti ICT mungkin ada kewajarannya. Pada …

  • 6 March

    Giliran Malaysia Memuliakan Saudara Turkinya

    “Allahu Akbar. Tuhan Maha Baik kepada kita semua” saya menggosok-gosok muka. Seperti tidak percaya, Fatih Kayacan berada di depan mata. Bukan lagi di Üsküdar, Istanbul. Tetapi di Bandar Seri Putra. Di Malaysia. Dan Fatih tidak hadir seorang diri. Beliau hadir bersama Hamzah, abangnya Bayram dan abang ipar Fatih, Salih. Mereka …

  • 5 March

    Jangan Beragama Sekadar di Pinggiran

    kredit foto: demotix.com “Ammu, Ammu, fi sabilillah!” seorang kanak-kanak kecil menarik baju saya. Dia bukan anak Turki. “Kamu dari mana?” saya bertanya. Budak itu diam. “Kamu dari Syam (Syria)?” saya bertanya, dengan lebih spesifik. Dia mengangguk. Peperangan di Syria masih belum reda. Bashar Hafez al-Assad  meneruskan sahaja legasi bapanya, sang zalim …

  • 4 March

    Penghargaan dan Doaku Buat Sheikh Solah al-Khalidi

    Sheikh Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, tokoh al-Quran kelahiran Palestin 1947 Bagi sahabat yang sering mengikuti kuliah pengajian saya, khususnya Siri Ibrah Daripada al-Quran, penyampaian saya sangat banyak mengambil manfaat daripada huraian-huraian yang disampaikan oleh Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, hafizahullah. Saya, bukanlah anak murid yang Sheikh Solah kenali. Malah untuk …

February, 2014

  • 27 February

    27 Februari 2011: Mengenang Pemergian Negarawan Sejati

    “Fatih, ada kemungkinan engkau terjun ke dunia politik?” saya bertanya. “Saya mempertimbangkannya. Tidak bercita-cita. Tetapi jika keperluannya ada, saya tiada halangan” ujar Fatih. Malam ini kami meneruskan aktiviti ‘membuang masa’ makan kuaci sambil minum teh. Melengah-lengahkan lelap dinihari, kerana ada banyak persoalan yang terbuku di hati. 10 tahun meninggalkan Turki, …

  • 27 February

    Memanfaatkan Karya Orientalis ‘Pro-Islam’ Untuk Dakwah Semasa

    ABSTRAK Orientalisme sebagai sebuah bidang, difahami secara umumnya oleh umat Islam secara monolitik bahawa ia bertentangan dengan Islam. Pemahaman sebegini berlaku kesan berleluasanya Orientalisme sebagai alat penjajahan dan seterusnya propaganda yang menyebarkan Islamophobia. Persoalannya benarkah Orientalis dan Orientalisme sentiasa berpegang kepada satu motif dan satu pendekatan sedemikian rupa? Apakah tidak …

  • 26 February

    Nilai Air di Luar Dunia Padang Pasir

    “Hah, cepat! Cepat!” Khairul memekik memanggil kami semua yang sedang berbual di bawah pokok plum. “Cepat apanya?” saya bertanya. “Air dah sampai” Khairul membalas. Kami segera bingkas bangun menuju ke dalam rumah. Memang setiap minggu, inilah rutin kami. Menunggu air masuk ke tangki. Sudah seminggu air tidak datang. Bukan minggu …

  • 25 February

    ‘Anti Hadith’: Loceng Amaran Kepada Ummah Pengabai Ilmu

    Kita masih belum ‘selesai’ berbicara tentang Syiah. Tumpuan beralih pula kepada Anti Hadith. Isu demi isu, yang muncul dan menjadi perdebatan masyarakat, sepatutnya sudah cukup menyedarkan kita bahawa ada sebab, mengapa perintah Allah yang pertama bukan “berimanlah!”, bukan “sujudlah” dan bukan juga “sembahyanglah!” Perintah Allah yang pertama adalah “Bacalah!” [Al-‘Alaq …

  • 23 February

    Muslim Skeptis : Mengapa ‘Mangsa’ Jadi Pemangsa?

    Salahkah untuk sebuah keraguan itu datang? Sama ada ia hadir kerana pergolakan dalaman diri pada mencari makna, atau terjadi akibat peristiwa demi peristiwa yang dialami sang diri, salahkah untuk sebuah keraguan itu datang? Jawapan salah atau tidak, bukan jawapan untuk sebuah keraguan apabila ia datang. Keraguan hadir tanpa dirancang. Keraguan …

  • 21 February

    Tahun-tahun Yang Menipu

    “Susahnya hendak membuat pendirian sekarang ini” keluh seorang kawan. “Semua benda macam ada berlapis-lapis maklumat hingga tidak pasti mana yang betul mana yang salah” tambah seorang lagi. Mereka berdua tidak sendirian. Ia bukan keluhan pinggiran. Ia menjadi apa yang dirasakan ramai. Malah ia bukan sekadar rasa. Ia kenyataan. Mengapa susah …

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share