“Ehh… ramainya pasukan tentera!” saya terkasima. Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut kelihatan hiruk pikuk. Askar berkawal di sana sini. Saya yang baru mendarat tiba dari Amman kebingungan. “Sila buka beg anda,” tentera bersenjata itu mengarahkan saya membuka beg. Belum pernah lagi saya diperiksa sebelum keluar dari pesawat. Selalunya pemeriksaan ialah sebelum …
April, 2009
February, 2009
-
2 February
Sebelum Dibius Cinta
“Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya. “Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang girlfriend kepada boyfrriend. Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya agak luar biasa kepada manusia …
December, 2008
-
22 December
Nafar ke Medan Juang
“Ini bicara Allah kepada kamu. Rasakan yang Allah sedang bercakap secara khusus kepada kamu” kata Ustaz Harun kepada kami. Angin desa di Kubang Lembek tengah hari itu damai sekali. Tidak terasa terik mentari membakar siang. Saya dan beberapa rakan tekun mendengar. “Ayat ini adalah mahkota penuntut ilmu di jalan Allah. …
November, 2008
-
11 November
Zikr al-Maut Yang Mengundang Maut
Saya siarkan kembali artikel yang ditulis pada 4 September 2008 yang lalu, sebagai reaksi saya kepada isu penayangan video kematian kepada murid-murid sekolah rendah (semuda Tahun 1) yang disebut di Buletin Utama sebentar tadi (TV3 11 Nov 08). Penggunaan video tersebut dan perbahasan tentang kematian kepada kanak-kanak semuda 7 -10 …
October, 2008
-
30 October
Blog Kepada Buku
Sesi tandatangan buku Aku Terima Nikahnya di Ibaraki, Jepun… Ogos 2008 “Benda nie kalo korang nak tahu, ulamak kiter dah bahas panjang giler kat dlm bk jar wa ta’dil. Korang tak kesian ke tgk ulamak susah2 buat kajian, pehtu korang main ckp ikut suka jer bab2 muawiyah dgn ali ni. …
-
7 October
Indah Desa Pada Hidup Memberi
“Tambah le lagi makan tu!” kata Wah kepada kami. Saya tidak dapat menolak. Lemang yang dihidang cantik tak berkerak dan betul lemaknya. Tetapi rendang cicahnya, Subhanallah. Sungguh sedap. “Tak pernah rasa rendang macam ini, Wah!” saya memberikan komen. Beliau hanya tersenyum. Pak Wah pun ketawa kecil. Nampak keseronokan di wajah …
-
4 October
Kemaafan Yang Kudambakan
“Allahu Akbar… Allahu Akbar…”, khatib sedang berkhutbah. Suaranya begitu bertenaga. Ketika itu, saya sedang mengusap-usap kepala Saiful Islam yang duduk bersandar di riba usai solat Sunat Aidilfitri. Perasaan saya sedikit berkecamuk. Banyak yang bersarang, sarat di fikiran. Semenjak dua tiga hari terakhir Ramadan jiwa saya begitu resah melambai perginya …
September, 2008
-
26 September
Biar Pun Atas Nama Anak Yatim
“Nak, beli madu ni nak. Bagus madu ni” kata pakcik di sebelah saya. “Tak apa pakcik, di rumah saya ada lagi madu belum habis. Membazir pula nanti” saya membalas dengan baik. “Jangan begitu, nak. Madu ini berkualiti tinggi dan pakcik menjualnya untuk anak yatim. Ini surat pengesahan” pakcik tersebut sedikit …
-
7 September
Bercadang Untuk Tidak Berpuasa
“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan” kata seorang mahasiswi melalui emelnya kepada saya. “Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!” maklum seorang mahasiswa pula. “Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan …
July, 2008
-
29 July
Krisis Pendidikan Seksualiti Dalam Budaya Lucah
“Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop ada dekat mana?” anak sulung saya bertanya. Usianya baru enam tahun. “Sudah besar, anak aku rupanya” hati saya terdetik. Sentiasa melihat anak-anak dengan wajah mereka tatkala di dukungan, terlupa yang mereka sudah meniti usia dewasa. “Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop duduk di tempat …