Friday, January 10th, 2025

Percubaan Menjual Poskad Dari Finland

01. Little House on an Island

Menghantar surat dan poskad menjadi satu seni komunikasi yang semakin kurang mendapat perhatian generasi masa kini. Walaupun teknologi membolehkan maklumat sampai dari penyampai kepada penerima, nilai yang ada pada poskad dan surat bukanlah pada kepantasan maklumat. Sebaliknya nilai sentuhan peribadi yang ada di sebalik tulisan tangan, penghantar, setem dari lokasi penghantaran dengan cop pos berserta tarikh dan masa, memberi makna yang lebih daripada sekadar sekeping kad.

Pada mengambil kira nilai serta makna yang wujud di sebalik seni berkomunikasi dengan poskad dan surat, saya cuba menjalankan sebuah perniagaan kecil, memberi peluang kepada sesiapa di mana sahaja di dunia ini untuk membeli poskad Finland daripada saya, sama ada untuk diri sendiri, atau untuk disampaikan kepada seseorang, di mana-mana sahaja.

Sahabat boleh melayari koleksi poskad yang boleh saya sediakan, di halaman https://saifulislam.com/shop/

Semoga ada keberkatan pada usaha kecil ini.

HASRIZAL
Oulu, Finland

[insert page=’postcard-from-finland-01-little-house-on-an-island’ display=’link’]

 

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang relevan dan efektif, kita sering mendengar pelbagai alasan untuk menolak model luar—kononnya model Finland “asing” bagi masyarakat kita, model Singapura “tidak sesuai” dengan konteks tempatan, manakala model Jepun “hanya sesuai” untuk keperluan kanak-kanak di Jepun. Namun, apabila kita meneliti dengan cermat, banyak idea-idea penting yang diketengahkan oleh sarjana Muslim terdahulu sebenarnya telah lama diamalkan secara produktif di negara-negara tersebut. Mereka tidak ambil pusing sama ada amalan itu berasal daripada cendekiawan Muslim atau bukan, atau sama ada dilabel “tempatan” atau “asing.” Sebaliknya, mereka memberi keutamaan kepada amalan yang terbukti berkesan menurut hasil kajian demi kesejahteraan proses pembelajaran kanak-kanak. Kita perlu menginsafi ego kita yang cenderung mempertahankan kelemahan dan menghiasinya dengan hujah “kita ada cara sendiri,” tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “cara kita.” Jujurnya, jika kita mahu mengangkat jati diri sistem pendidikan sendiri, adalah lebih terhormat untuk bersikap terbuka dan menilai semula amalan yang wujud—bukannya menutup kelemahan dengan retorik lokaliti.

One comment

  1. Cantik cantik poskad. Lama dah tak dapat poskad. Dulu, selalu kumpul poskad ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content