Single (2025): Aku, Buku, dan Dia

๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—˜ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“): ๐—”๐—ž๐—จ, ๐—•๐—จ๐—ž๐—จ, ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—”

Cinta aku kepada buku
Hingga itulah harta dan duniaku
Tangan ini belum pernah jemu
Mata juga tidak pernah lesu

Aku membesar dengan cinta kepada buku
Kerana buku mengajar aku bercinta
Cinta kebenaran
Cinta kemuliaan
Cinta harga diri
Cinta santun dan budi

Aku kembara selongkar buku
Buku selongkar kembara hidupku
Buku mencurah ramuan ilmu
Hingga terjadi manusia aku

Cintalah buku wahai isteriku
Cintalah buku wahai anakku
Cintalah buku wahai teman-temanku
Cintalah buku wahai cinta hatiku
Kerana aku jelmaan bukuku

Hidupku pernah dirobek mehnah
Ditimpa sunyi, fakir dan gundah
Dataran Syam menjadi kelam
Dalam ramai aku tenggelam

Dua belas purnama hasad membelenggu
Tuhan al-Razzaq, Dia menjamuku
Tiada Dinar mahu pun Qirsyan
Hanya tawakkal berpautnya iman

Meja, katil, bantal, kerusi
Radio, lampu, cermin, almari
Kugadai demi menjamah nasi
Nafas dari hari ke hari

Yatim aku dari dunia
Buku tetap kujunjung mulia
Biar hidupku miskin harta
Pinggan hidayah jangan dihina

Dalam keringat dan air mata
Temanku hanya buku dan Dia

Lagu dan lirik: Hasrizal

About Hasrizal

Check Also

Cover album Kembara Jiwa (2025) oleh Hasrizal dengan lagu Solidariti ADHD

Single (2025): Solidariti ADHD

Hasrizal Masa diam, duduk diamDiam belajar, diam kerjaKalau diam terlalu diamHingga terbang entah ke mana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.