Single (2025): Tetamu Bawa Bahagia

Tetamu hadir di rumah kita
Datang mereka bawa gembira
Langit melimpah siram bahagia
Mengubat rindu, merencah rasa

Akan tetapi ada syaratnya
Nabi berpesan hadis disabda
Pegang iman pada Yang Esa
Pandang Akhirat ganjaran utama

Ada tetamu hadirkan suka
Ada juga bersama duka
Dua-dua sama sahaja
Peluang kita tambah pahala

Tetamu juga syaratnya ada
Tuhan berpesan dalam firman-Nya
Elokkan tiba, cantikkan masa
Ucapkan salam, izin didamba

Hubungan keluarga, jalinan saudara
Sahabat dan jiran, tak kira siapa
Selamat datang tetamu mulia
Ketemu lagi masa ke masa

Lagu dan lirik: Hasrizal

About Hasrizal

Check Also

Cover album Kembara Jiwa (2025) oleh Hasrizal dengan lagu "Anak Sekolah Asrama"

Single (2025): Anak Sekolah Asrama

Hasrizal Pergi, pergi dan pergi Jerit raungan di dalam hati Setiap kali aku kembali Kampung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.