Home / Kembara Finland / Sekolah Berasrama dan ‘Boarding School Syndrome’

Sekolah Berasrama dan ‘Boarding School Syndrome’

“Duduk asramalah best!” kata anak saya.

“Jom kita bincang, kenapa ia best” saya menyambut kenyataannya.

Perbualan saya dengan anak-anak malam itu menjadi tegang berkaitan bagus atau tidak bagusnya bersekolah asrama. Saya faham mengapa anak saya suka tinggal di asrama semasa di Malaysia dahulu. Ia menepati kecenderungan perkembangan remaja. Di peringkat umur berkenaan, anak remaja tidak berminat dengan hubungan dua hala bersama ibu bapanya, sebaliknya fokus lebih kepada aktiviti sendiri serta hubungan dengan rakan sebaya. Sehinggalah otak hadapan anak lebih berkembang untuk mempunyai lebih prefrontal power, egocentric stage of brain menyebabkan kehidupan bersama keluarga akan menjadi satu gangguan kepada kehendak jiwa remaja, dan asrama boleh menjadi jalan keluarnya.

Many parents are able to provide extensive care to their child when the child is engaged, receptive, and agreeable. These parents may have no trouble caring for their children when they exhibit a mellow and friendly temperament and seldom show any resistance to their guidance or directives. However, most children go through stages where they become more argumentative and independent for a time, and do not respond to their parents’ caregiving behaviors. During these stages the child is not interested in a reciprocal relationship with his or her parents; rather, the child’s focus is more on his or her independent activities and on peer relationships.

The “terrible twos” is one such common stage. Another is adolescence—or hopefully, more the early stage of adolescence, before the teenage brain starts to develop more prefrontal power, which then helps the teen start to emerge from the intensively egocentric stage of brain development that is normal during the earlier teenage years. In early adolescence, the limbic system becomes much more active, driving emotionality, at the same time that the prefrontal cortex is not yet mature. As brain scientists like to say, this is like having a heavy foot on the gas pedal while your brakes don’t work very well.

Hughes, Daniel A.. Brain-Based Parenting: The Neuroscience of Caregiving for Healthy Attachment (Norton Series on Interpersonal Neurobiology) (pp. 91-92). W. W. Norton & Company. Kindle Edition.

“Tetapi abi gembira dengan penghijrahan kita ke Finland yang sekali gus menyebabkan tiada lagi kehidupan asrama. Walaupun kerja menjaga kome di depan mata sangat menguji kesabaran abi, terutamanya apabila terpaksa melakukannya pada kebanyakan masa secara bersendirian, abi yakin pengalaman kita sekarang dapat mencegah kamu semua daripada menjadi seperti abi!”

“Jadi apa?” tanya anak-anak.

Iaitu jadi apa yang disebut di dalam British Journal of Psychotherapy oleh Dr Joy Schaverien sebagaiBoarding School Syndrome”.

SINDROM SEKOLAH ASRAMA.

But you turned out to become a good person” kata anakanak saya.

Thank you for saying that. But now you’re old enough to be able to understand better what I internally struggle. Abi duduk asrama semenjak usia baru nak masuk 13, dan semenjak itu definisi rumah bagi abi berubah. Where is home?” saya bercerita.

“Kamu ingat semasa buat keputusan nak ke Finland, senang ke nak tinggalkan tanah air, peluk opah dan berbisik di dalam hati agar peluklah emak abi lama-lama kerana abi mungkin tidak akan lagi berpeluang memegang wajah opah lagi buat selama-lamanya? Abi boleh buat keputusan yang sangat perit itu sebab abi hati kering! Abi mampu buat sebab sebagai budak asrama.

I fit in everywhere, but belong nowhere. I am not scared to live anywhere is this world, because I have no sense of belonging to a HOME. I have learnt to cope alone because the experience toughens me up.

Tetapi I am not a person yang mudah untuk seseorang hidup bersama. Tak percaya, tanya ummi. Abi bukan bermelankolik, tetapi ia adalah simptomsimptomboarding school syndrome” yang rumit untuk diperkatakan itu.” saya menerangkan.

I fit in everywhere, but belong nowhere.

Tidak mudah untuk saya mencoret tentang pengalaman berdialog dengan anak-anak kami yang kini meningkat remaja. Saya menghormati privacy mereka dan ini bukan lagi era Aku Terima Nikahnya (2008) dahulu.

“Sebab itu semasa abi duduk di tepi kubur opah Ogos lalu, abi menangis sepuas-puasnya sebab antara kata-kata Opah yang abi teringat semasa abi nak ke Jordan dulu ialah, “lepas kamu ke asrama, kamu dah jadi ‘anak kerajaan’. Emak dah tak rasa emak menjaga kamu!”

“Walaupun opah menyebutnya sekadar luahan hatinya semasa abi memberitahu abi dapat offer pergi Jordan, tetapi kata-kata itu sangat menghiris perasaan abi because I was happy that I am anak emak. Bagi abi, tiada apa yang hendak dimalukan orang kata kita anak manja dengan emak, sebab itu tandanya kita dekat dengan syurga. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Tetapi, umur 13 tahun keluar rumah, 18 tahun ke luar negara, 26 tahun berkahwin dan terus menjadi suami orang, dan membina rumahtangga sendiri. I lost the family intimacy.” saya menyambung cerita.

“Dan sebab itu walaupun abi suka kanak-kanak, hakikatnya abi hanya mudah mesra dengan anak-anak sendiri. There is a complex psychological explanation behind it, as part of this ‘boarding school syndrome’. Sedangkan golongan upper class menganggapnya sebagai ‘character building’. Bangga sangat dengan pengalaman bersekolah di sekolah so and so dahulukala.” saya tegaskan.

This book explores why the British choose to send their children away to boarding school, what may happen to these children, and what sort of adults they may subsequently become. It offers some suggestions why sending young children away to board is a particularly British habit, and what may have caused their remarkable attitude to children.

The book proposes that children who board are compelled to ‘survive’ psychologically – sometimes to their great cost. It argues that in order to cope with their loss of family and to adapt to their school environment, children unconsciously construct a ‘Strategic Survival Personality’, and that such a personality structure invariably becomes counter-productive in adult life. The book also offers suggestions for reversing the effects of ‘boarding school survival’ by means of the development of self- awareness and through psychotherapeutic help.

Duffell, Nick. The Making of Them: The British Attitude to Children and the Boarding School System (Kindle Locations 134-141). Lone Arrow Press Ltd. Kindle Edition.

Saya tidak menganggap bersekolah di sekolah berasrama sebagai satu priviledge sebab ia hakikatnya meninggalkan kesan psikologi sepanjang hayatnya, yang kini sudah pun mula dikaji oleh pakar-pakar di UK, Australia dan USA. Ia sepatutnya menjadi hanya pilihan yang TERPAKSA diambil oleh golongan yang memerlukan bantuan kerajaan, apabila keluarga tidak mampu menyediakan keperluan asas persekolahan anak-anak. Sebagaimana idea asal sekolah berasrama penuh di negara kita.

Saya berbual dengan anak-anak tentang implikasi bersekolah asrama ke atas individu. Perbualan kami seterusnya pergi kepada implikasi an arrogant or patronising manner di kalangan elitis sekolah asrama, iaitu sekurang-kurangnya satu perkara yang saya sangat bersyukur Allah lepaskan saya daripadanya. Saya mual dengan idea old boys, alumni sekolah ini dan sekolah itu, kerana jiwa saya lebih resah memikirkan ketidakadilan di dalam pengagihan bajet sistem pendidikan kita secara keseluruhannya. Saya malu untuk berasa gah dengan pengalaman bersekolah asrama elit ketika mana saya tahu bahawa di bawah kementerian dan kerajaan yang sama, ada banyak sekolah lain yang terbiar kedaifan.

Di Finland, saya perlu mendepani drama remaja anak-anak, perubahan kelakuan mereka, masalah-masalah mereka, yang semuanya itu sangat meletihkan saya yang juga merupakan seorang pelajar sepenuh masa. Tetapi anak-anak kami makan bersama setiap hari, bergaduh di depan saya dan menyelesaikan pergaduhan itu juga di depan mata saya, berbincang tentang masalah-masalah yang sangat rumit hingga membabitkan hidup dan mati, iaitu topik-topik yang saya belajar untuk menelannya sendiri semasa saya di usia mereka.

Memang bersekolah asrama itu ada kebaikannya, tetapi Boarding School Syndrome bukan bahan gurauan saya dengan anak-anak. Perkongsian saya ini bukanlah berbentuk pilihan ibu bapa mana yang lebih betul, sebaliknya pilihan yang manakah yang paling membolehkan ibu bapa terus berperanan dalam mendidik anak-anak dengan berkesan. Jika pilihannya adalah dengan menghantar anak ke asrama, maka ambillah berat tentang isu Boarding School Syndrom ini. Dan jika pilihannya mengekalkan anak-anak di rumah, saya doakan semoga Allah permudahkan urusan dan amanah yang berat ini.

Bagi saya, ibu bapa yang paling perlu mengambil amaran keras terhadap isu ini adalah mereka yang menghantar anak ke sekolah berasrama di usia sekolah rendah. Ia bukan sahaja tiada alasan sains, malah tiada sokongan amalan generasi Islam yang awal untuk anak-anak dipisahkan daripada keluarga pada usia yang begitu muda untuk menanggung proses membina strategic survival personality yang akan membekas di peribadi mereka sepanjang hayat, biar pun dia itu seorang al-hafiz.

Kita belum berbincang tentang masalah pengalaman seksual tinggal di asrama.

Bacaan lanjut berkaitan tulisan ini boleh dibaca antaranya di artikel https://www.ibblaw.co.uk/insights/blog/boarding-school-syndrome-symptoms-and-long-term-psychological-effects

Kajian pembuka jalan kepada memahami Boarding School Syndrome ini buat saya adalah Schaverien, J. (2011). Boarding school syndrome: broken attachments a hidden trauma. British Journal of Psychotherapy27(2), 138-155.Chicago

Hasrizal
Oulu FI

Maklum Balas

Maklum Balas

About Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Check Also

Sabar dan Hikmah Dalam Berdakwah

Wajah yang menyimpan seribu cerita di bumi Dagistan ARTIKEL INI DITULIS PADA 21 APRIL 2007, …

5 comments

  1. Wow, saya pon anak asrama juga. Ini jawapannya rupanya utk semua keputusan dan tindakan yang terjadi sepanjang 30 tahun yang lalu. Anyway, I’m enjoying each of every minute of it no matter wether it is negative or positive because wamakaru wamakarullah( ni bukan cakap jepon ye), wallhukhairulmakirin. Saya sangat-sangat bersyukur dengan apa yg saya turnout to be. Enjoy life brother. Kita bukan selama nak menongkat langit.

    • Setuju. Kita harus berhenti menyalahkan keadaan/ org lain di atas kelemahan diri. Ya- saya dibesarkan jauh dari keluarga sejak umur 11 tahun. Dulu, kini & insyaAllah selamanya saya tak hilang ‘family intimacy’. Moga Allah rahmati kita semua.

      • Pada pendapat saya Boarding School Syndrome ni dah tak berapa kena dgn situasi zaman skrg.. Zaman dulu ya sbb dulu2 parents kita hanya akan hantar kita sekali sahaja sewaktu pendaftaran dan selepas itu takde dah dtg melawat.. kalau dtg pun mungkin 2-3 kali setahun tapi ada yg parents tak pernah dtg langsung.. Memangla takde family intimacy kat situ sbb kita jumpa mak bapak time cuti sekolah je..
        Zaman skrg rata2 parents yg hantar anak ke boarding school kebanyakan akan dtg melawat anak at least sebulan sekali kalau tak pun every weekend both sabtu-ahad.. outing pun dgn anak2.. boleh balik bermalam sebulan sekali pun bawak anak2 balik.. time cuti sekolah spend masa dgn anak2 dgn bawak diaorg berjalan and travel locally and overseas which kita dulu susah nak dpt peluang mcm ni..
        Tak kisah la anak you masuk boarding school ke, sekolah harian ke, yang penting parents kena sentiasa involve dgn aktiviti anak2.. sentiasa communicate dgn diaorg.. nasihat, bagi panduan yg mana betul yg mana salah InsyaAllah kita takkan rasa anak2 jauh dari kita.. Skrg sbp/mrsm pun dah ada whatsapp group dgn parents.. so parents mmg boleh tahu aktiviti anak2 and perkembangan diaorg kat sekolah.. dulu mana ada.. Yang penting Involve and ambik tau and support aktiviti anak2..

        • Nazrul hisham b makmor

          Yuppp..really agree with your tot..
          Ada pro n cont dalam situasi n zaman technology sekang ini.. jgn bandingkan 10thn sblm ini.. sistem komunikasi tiada sgt susah nak berhubung sekarang semua dihujung jari..
          👍👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.