Kenapa Tuhan Kita Ada Banyak Nama?

I really don’t have anything” kata si anak kecil.

Nope, this time, you need to share something. I am waiting” saya sengaja mencari ‘pasal’.

Ok, ok… Ramadan’s spelling is r-a-m-a-d-a-n” katanya, selamba.

It’s correct but I give no marks because I give marks on effort. Show some effort!” saya bertegas.

Hurmmmm… arghh… my brain is not working. Ok…. our God is Allah. He is the Creator” katanya.

Masih panas dengan perbualan tempoh hari.

Baiklah. Do you know Allah has many names?” saya menyoal.

Really? What are they?” tanya, separuh terkejut.

Yeah, I know… what we call them… wait… asma’ul husna?” si kakak menjawab.

Yes, al-Asmā’ al-Husnā. The very good names, that is what it means if you wonder” saya mengiyakannya.

Aha, how was the song?” tanya mereka.

“Aduh, semua sudah lupa. Menangis mu’allim kat sekolah, tau!” saya merungut.

Saya nyanyikan sedikit muqaddimah nasyid al-Asmā’ al-Husnā yang setiap hari dinyanyikan di sekolah, suatu ketika dahulu.

My question is, why does Allah have so many names?” saya bertanya.

Because He said so in the Quran” jawab si abang.

That’s true. But, my question is why Allah has so many names as how He mentioned in the Quran” saya hendak merajinkan sedikit anak-anak. Jangan asyik “sebab dah macam tu!” Ini samalah dengan penyakit berdakwah dengan satu ayat sebab Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam kata “sampaikan daripadaku walaupun satu ayat”, tetapi tidaklah selepas sepuluh tahun pun masih satu ayat itu sahaja.

Tidak bertambah ke?

Ok, now, I am me. You call me what?” saya menyoal.

“Abi!” kata mereka.

Ummi call me what?” saya bertanya lagi.

“Abang!” jawab mereka. Bernada gedik.

Selepas itu semua ketawa.

Hairan saya.

My friends here in Finland call me what?” saya menyoal lagi.

“Rizal!” kata mereka.

People in Malaysia call me what?” saya bertanya.

“Ustaz” jawab mereka.

KMSS students call me what?” saya meneruskan pertanyaan.

Teacher! Wait, they call you teacher or ustaz?” mereka menjawab dan menyoal.

“Well, both I guess” saya menjawab.

As you can see, I am me, there is only one me. But this me, has so many names. Abi, Abang, Rizal, Ustaz, Teacher… now think… why is that?” saya terus melakukan provokasi. Mahu mencairkan otak mereka selepas beku pasca iftar tadi.

I think I know, but I don’t know how to explain” abang botak berkata.

Can you call me Rizal?” saya bertanya.

Yes, why not? Hei Rizal!” katanya.

You have to start with Hei, that’s Finnish. You need to feel Finnish to be able to call me, your dad, with my name. Nak kena luku?” saya geram.

Macam-macam lagi yang mereka merepek. Bercerita tentang pengalaman di sekolah apabila meninggalkan kebiasaan di Malaysia lalu memanggil guru dengan nama guru, dan bukannya dengan penggilan teacher, sir, muallim, ustaz, ustaz, malah jarang sekali menggunakan perkataan ope sebagai ringkasan kepada opettaja, bermaksud cikgu,

Saya jelaskan kepada mereka yang saya ada banyak nama, sebab lain orang, lain situasi, lain konteks, menyebabkan ada panggilan yang lebih mesra dan sesuai untuk memanggil orang yang sama.

Demikian jugalah dengan Tuhan kita, Allah.

Namanya Allah.

Namun semasa kita berhajat, mahu berdoa, menyatakan syukur atas nikmat makanan di depan mata, kita tidaklah sebut, “dengan nama Allah yang Maha Membalas Dendam (al-Muntaqim) atau yang Maha Bijaksana (al-Hakim)”. Sebaliknya kita sebut “dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

Jika semasa perang, kita bermunajat meminta Allah memenangkan kita di hadapan serangan musuh, tidaklah kita berdoa dengan menyebut al-Latif, atau al-Razzaq atau al-Nur. Kita akan bermunajat kepada Allah dengan nama-Nya seperti al-Qahhar, al-Jabbar dan sebagainya.

Itulah maksud firman Allah:

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ – 7:180

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu (al-A’rāf 7: 180)

Sembang kami tidak panjang kerana masing-masing sudah mengantuk.

Hasrizal
Oulu Finland

Check Also

Witr: Angka-angka Dalam Pelajaran Tauhid di Negeri Asing

“Ok, it’s your turn tonight” saya bersila membetulkan kedudukan. Kami bertarawih dalam keadaan beransur-ansur kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.