Kenapa Mahu Menjadi Ustaz?

Hari ini saya dikelilingi oleh pelbagai reaksi masyarakat terhadap golongan ustaz. Isunya adalah tentang pelaburan internet.
Apa yang ada kebelakangan ini adalah peperangan tidak sekufu di antara tokoh-tokoh yang specialized dalam bidang ini seperti sahabat saya al-Fadhil Ustaz Haji Zaharuddin Abdul Rahman, dan dituruti dengan fatwa beberapa mufti, hinggalah kepada reaksi rasmi Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya katakan tidak sekufu, kerana peperangan itu bukan di antara hujah berbalas hujah. Tetapi hujah berbalas amarah dan emosi yang tidak sudah-sudah.
Kesan perbalahan ini, adalah seperti golongan ustaz membuka pekung di dada sendiri. Bak kata Ustaz Ismail Kamus suatu ketika dahulu, “kalau diam tak pasti bagaimana, bila bercakap comfirmed bodoh!”
Saya enggan membabitkan diri dalam pertikaian ini, walaupun dalam hati ada rasa terkilan melihat usaha menyelamatkan masyarakat dari terjebak dengan sesuatu yang haram, diperlekehkan oleh isu umur dan senioriti, siapa dia, apa kelayakan dia, dan tidak segan untuk membelakangkan terus hujah-hujah yang terdiri dari kalam Allah dan Rasul-Nya, serta pandangan Ulama’ yang mewarisi amanah para Nabi. Alangkah baiknya kalau hujah dipertikaikan dengan hujah yang lebih rasional, kerana itulah tradisi keilmuan Islam selama-lamanya.
Seperti yang saya katakan tadi, biarlah isu ini diselesaikan oleh mereka yang ahli di dalamnya.
MENGAPA RAMAI USTAZ TERLIBAT
Namun, apa yang ingin saya perkatakan adalah satu sudut lain terhadap isu ini, iaitu mengapakah begitu ramai ustaz yang terlibat dengan pelaburan internet dan kes-kes yang seumpama dengannya? Sehingga menjadi kesulitan kepada masyarakat untuk mempertimbangkan hal ini secara rasional, lantaran ramai ‘ustaz kami’ yang menyertainya.
Bukan hanya terserlah pada debat maya, malah saya sendiri seringkali didatangi oleh rakan sejenis saya (para ustaz) yang tanpa segan silu mengajak saya menyertai skim pelaburan internet, dengan hujah “ada ustaz kata boleh”. Habis, siapa saya dan siapa dia ketika dia berkata “ada ustaz kata boleh”. Kalau cerek dan belanga, mungkin sudah berasap-asap tekanan kepala yang terhambur. Namun saya sabarkan diri dan berkelakuan bodoh agar tidak memperbodohkan “ustaz”yang sedang duduk di hadapan saya.
Isu utama saya di sini ialah mengapakah ramai ustaz terlibat? Mengapa ramai ustaz yang ‘menjual diri’?
Sabarkan diri seketika, ketepikan kekecewaan saya dan kita semua terhadap kerenah mereka, namun bantulah saya untuk berfikir mengapakah ramai ustaz terlibat di dalam masalah ini?
MENCARI KERJA
Setahun pertama sekembalinya saya ke Malaysia, saya berlanggan dengan hampir semua portal yang menyediakan khidmat mencari pekerjaan. Saya pulang ke Malaysia dalam keadaan yang agak gementar kerana usia sudah mencecah hampir 30 pada ketika itu. Usia ini bermaksud, saya tidak boleh bekerja secara cuba-cuba. Tanggungan sudah besar, dan memilih pekerjaan yang betul adalah sangat kritikal.
Apa yang menjadi hambatan saya ketika itu, bukanlah soal memilih pekerjaan. Tetapi tiada pekerjaan untuk dipilih. Dalam tempoh setahun saya melanggan jobstreet.com dan lain-lain, tidak sampai 20 tawaran pekerjaan yang diiklankan, berkaitan dengan kelulusan seperti saya iaitu di bidang Syariah.
Ia saya catatkan tanpa mengambil kira iklan jawatan “guru”. Memang tidak dinafikan, ada J-QAF, dan ada KPLI. Sesekali apabila mendekati bulan Mei dan Jun, ada iklan kerja sebagai penterjemah Bahasa Arab untuk hotel-hotel di Genting Highlands.

Tetapi bayangkan sahaja, graduan yang dihasilkan setiap tahun oleh Akademi Islam Universiti Malaya, FPI UKM, IRK UIAM (sekadar menyebut beberapa nama), di samping Universiti Kolej dan Kolej-kolej yang menawarkan pengajian Islam di seluruh Malaysia. Hitunglah pula berapa ramai yang dikeluarkan oleh Al-Azhar di Mesir, Jordan, Yaman, Syria, Sudan, Arab Saudi, Pakistan, Maghribi juga United Kingdom.
Nisbah peluang pekerjaan para ustaz ini, dengan jumlah mereka yang masuk ke alam pekerjaan, jurangnya merisaukan saya.
Berbekalkan kelulusan dan pengalaman bekerja di luar negara sekali pun, saya memulakan kerja pertama saya di Malaysia dengan gaji pokok hanya RM1000 sebulan. Walaupun berat, dan habis sekelip mata apabila sewa rumah dan bil dibayar, ia masih baik berbanding ramai lagi ustaz dan ustazah yang bekerja dengan gaji yang lebih rendah dari itu. Saya perlu bekerja keras untuk menyelesaikan keperluan hidup, dan mendekatkan jarak gaji saya dengan isteri. Ia suatu perjuangan untuk keperluan, dan maruah diri.
Tetapi bagaimana pula dengan graduan-graduan Syariah yang lain? Ke mana perginya mereka?
MENGUNDANG KEENGKARAN
Sesungguhnya tekanan hidup bagi graduan pengajian Islam bukanlah suatu isu yang boleh diremeh-temehkan.
Kita boleh mengambil sikap mentertawakan sesetengah ustaz yang mengambil jalan pintas. Ada yang menukar prinsip politik untuk ‘cari makan’. Dan nah, apabila munculnya MLM seperti cendawan selepas hujan, dan skim pelaburan sehebat yang ada, saya tidak hairan seorang ustaz yang sedang menggaru kepala memikirkan susu dan lampin anaknya akan terjebak tanpa mahu menyiasat dalam-dalam.
“Hampir-hampir sahaja kefakiran itu menghasilkan kekufuran”
Walaupun atsar yang diriwayatkan dari Umar Radhiyallahu ‘anhu ini dihukum sebagai dhaif oleh kebanyakan ahli hadith yang saya ketahui, namun jangan dipejamkan maknanya dari realiti masyarakat.
Sudah tentu, dengan ilmu Syariah di dada dan helaian ijazah serta diploma, sepatutnya ia menjadi benteng Taqwa untuk bertahan di jalan yang lurus. Itulah yang sepatutnya. Namun kemiskinan dan tekanan hidup pemegang kelulusan pengajian Islam (seorang manusia yang manusia)… adalah fenomena yang boleh menghasilkan 1001 penyakit di dalam masyarakat.
Penyakit paling ringan, adalah hilangnya peranan mereka sebagai guru masyarakat. Penyakit paling berat, setelah tidak berperanan sebagai guru, mereka berubah menjadi perosak masyarakat. Ya, kefakiran boleh mencetuskan apa sahaja.
Seperti yang saya katakan tadi, kita boleh ketawakan para ustaz ini, memaki hamun dan menyindir mereka sebagai ular dalam semak, dan bukannya ulamak. Kita boleh berkata apa sahaja tentang mereka, tetapi semua itu adalah tindakan reaktif yang TIDAK MENGHASILKAN PENYELESAIAN.
Amat berat untuk saya menulis tentang ini kerana MARAH saya jauh lebih besar berbanding dengan SIMPATI. Namun sebagai seorang da’ie, dengan sekelumit simpati itulah, saya cuba mencari jalan keluarnya.
MENYELAMATKAN GENERASI PELAPIS
Bagi pelajar yang menyambung pengajian di bidang Sunnatullah seperti perubatan, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain, saya ada akses yang agak baik kepada mereka. Alhamdulillah, saya bersama team di dalam Kelab Rakan Intelek Muda, kami panggil balik sahabat-sahabat lama yang sudah menjadi doktor pakar, ketua jabatan di IPT dan lain-lain, untuk turun bersama mengadakan sesi kursus bagi pelajar di kolej persediaan.

Bersama pelajar ke UK, Eire dan USA di dalam Eco-Camp Anjuran KRIM
Kami hidangkan kepada pelajar-pelajar ini, realiti sebenar dunia pekerjaan mereka nanti. Biar soal Begin With the End in Mind mereka cukup optimum agar mereka melangkah ke universiti dengan visi dan misi yang TEPAT dan JELAS.
Tetapi setakat ini saya tiada akses kepada pelapis-pelapis saya sendiri. Bakal-bakal ustaz dan ustazah. Saya mahu berkongsi pengalaman dan nasihat sebagai abang kepada mereka, agar mereka pergi ke kembara ilmu dengan akal, mata dan hati yang celik terhadap masa depan mereka.
KRISIS VISI DAN MISI
Saya amat bimbang, ramai yang mengambil keputusan untuk belajar di bidang agama, mempunyai visi dan misi yang TEPAT, malangnya TIDAK JELAS. Mahu menjadi pewaris Anbiya’, mahu mengubah masyarakat, mahu menjadi da’i yang berisi, semua itu tepat… tetapi tidak jelas. Kerana ia hanya konsep, yang sukar dijelmakan dalam bentuk pekerjaan, demi survival kehidupan kerana manusia hidup dengan makan dan minum, bukan teori dan slogan.

Saya adalah di antara pelajar yang MEMILIH untuk belajar di bidang agama. Saya sudah berada di salah sebuah sekolah yang terbaik di Malaysia. Di dalam kelas aliran Sains yang terbaik yang saya boleh pergi. Tetapi saya telah membuat keputusan (bodoh atau cerdik) untuk beralih ke sekolah asal saya yang serba kekurangan, demi mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang Ulama’. Keputusan dibuat pada tahun 1991.
Kini, kesan keputusan itu boleh dilihat pada tahun 2007. Rakan-rakan sekelas saya dahulu sudah mencapai kejayaan yang layak dengan kebolehan mereka. Pada usia 32 tahun, rakan-rakan saya sudah berumah sendiri, sudah semakin menghampiri fenomena ‘money works for us, and we no longer work for money‘. Tetapi saya masih melalui kehidupan yang penat dan letih di usia 32 tahun ini. Masih gementar di pertengahan setiap bulan.
Namun tidak sekelumit pun rasa terkilan atau menyesal di hati, meninggalkan ‘dunia’ itu. Saya amat terasa betapa bermaknanya menjadi pelajar di bidang agama secara PILIHAN, dan bukannya KERANA TERPAKSA.
Tetapi perasaan ini tidak terbit secara mudah. Dengan 1001 kepayahan semasa belajar, saya cuba lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar bersedia untuk terjun ke dunia yang serba payah di hadapan saya. Saya kemaskan Bahasa Arab, pertahankan Bahasa Inggeris sebagai alat yang penting, saya tidak jemu belajar ICT, dan paling utama, seperti yang pernah saya sebutkan semasa di Jordan, “setiap seorang daripada kita, mesti specialized dalam sesuatu!”. Jangan pulang ke Malaysia hanya menambah bilangan yang ada, sebaliknya ada keunikan yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat, dan boleh memberi manfaat kepada diri sendiri.
Belajar bersungguh-sungguh, tidak ponteng kelas, dan cuba yang terbaik, walaupun sesekali kecundang sebagai manusia biasa.
Saya mahu memberitahu adik-adik yang masih menuntut di bangku pengajian Islam, bukakan mata terhadap realiti. Jangan berebut mengejar J-QAF dan KPLI kerana berapa sangat guru agama yang diperlukan di sebuah sekolah. Lengkapkanlah diri dengan semua ilmu, kemahiran dan maklumat yang ada agar anda masuk ke dunia pekerjaan dengan multi skill.
Dan yang terlebih penting, gilaplah sikap-sikap positif dan profesional di dalam diri. Ketika para profesional berebut menjadi ‘protaz’, malang sekali apabila saya hendak menyebut ‘Kepimpinan Ulama’ pun, tersekat di kerongkong. Bagaimana Ulama’ mahu memimpin masyarakat hari ini, jika kita penuh dengan rendah diri, serba faqir dan dha’if, lantas akhirnya menjadi mangsa perangkap skim pelaburan internet, MLM jenis yang tidak syar’ie, menjual Insurans yang tidak Islamik dan seterusnya menjadi fitnah kepada agama yang kita perjuangkan semasa di alam ada biasiswa dan elaun dulu.

LALAT
Saya takut, golongan agama di akhir zaman, semakin menjadi seperti lalat yang muncul di mana-mana sahaja ada makanan dan bangkai. Bila ada kenduri, barulah orang agama ada gunanya, untuk baca doa. Dan bila ada orang mati, barulah orang agama ada gunanya, untuk doa dan kenduri arwah.
Pastikan anda ada visi dan misi yang TEPAT….. dan JELAS!!!
Saya doakan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
erm,best baca artikel ustaz,teruskan usaha baik ini…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ketika ust menulis entri sebelum ini (Kenapa mahu menjadi doktor) saya telah mempertanyakan hal yang ust tulis kali ini kepada diri saya. Saya sangat risau dengan diri saya. Hala tuju saya. Kesan dan pengaruh saya. Apakah saya akan kembali sebagai rahmat atau bahkan wal’iyazubillah seperti mereka yang sebaliknya.
Hingga hari ini jika mereka tanya mengapa anda mengambil jurusan Bahasa Arab saya masih bingung menjawabnya kerana saya tahu jawapan yang diminta adalah bagaimana kamu akan hidup di zaman yang serba bergantung kepada duit dan harta ini.
Bertambah berat lagi bila kita menyedari beratnya tanggung jawab title ‘ustaz’ ini. Apakah ustaz ini hanya untuk mendapatkan pekerjaan. ‘Ustaz’ sebagai batu loncatan. Ustaz sebagai profesi.
terima kasih ust…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
terima kasih akhi taqeyyabella kerana setia membaca dan respond, saya kira yang paling aktif dari bumi mesir. harap2nya, sebarkanlah kerisauan saya ini agar semua orang berfikir sungguh-sungguh…
kehidupan di malaysia susah. ustaz, ustaz juga. makan minum nak kena fikir. ceramah jangan letak harga, nanti dikeji nista. maka kenalah fikir betul2 bagaimana agama dibawa dalam perjuangan, dan bekerja untuk menampung kehidupan. TUJUAN dan KEPERLUAN… dua isu berat bagi setiap murid dirasah islamiyyah dan lughah al-quran
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
jazakallahu khair ustaz.kalau ustaz pilih aliran sains dulu, mgkn saifulislam.com tak wujud ari ni dan saya pun tak blh abca tulisan ustaz.wujudnya ustaz tu bg saya mungkin sbb x ikhlas masa nak smbg belajar.pi belajar agama kerana tiada jurusan lain yg boleh dipilih sbb dlm masyarakat kita jurusan agama is their the last resort. kalau atas dasar pilihan mcm ustaz, insyaAllah ada prinsip dan matlamat utk mereka pilih jurusan agama.bukan isu MLM saja, juga saya perhatikan byk ustaz dan ustazah skrg ni yg duduk di bawah pemerintahn terlalu takut utk bersuara lantang menegur pemerintah malah ada yg sggp berfatwa mengikut selera pemerintah. mintak dijauhkan la dari ulama, ustaz dan ustazah seperti ini dalam masyarakat.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya bimbang bidang agama jadi tempat ‘buang sampah’. inilah nasib sekolah pondok dan pusat pengajian agama. dah tak boleh nak buat apa, gi belajar agama. pahit menyebutnya tapi itulah realiti yang ada.
masa di jordan, saya pernah sebut “orang selalu cakap, kalau nak cerdik kena mengaji. tapi saya rasa, kalau nak mengaji kena cerdik. sebab kalau orang tak cerdik mengaji, nanti banyak masalah yang timbul”.
tapi saya sebut pelan2. takut dituduh perasan bagus ke, poyo ke apa ke ntah lagi. saya ukur cerdik tu bukanlah pada result spm or siapa sponsor mengaji. tapi datang dengan matlamat yang tepat dan jelas. ada tujuan, bukan sekadar menghabiskan roti (beras kurang di timur tengah)
namun, artikel saya ni mahu fokus kepada realiti mencari kerja graduan agama.. yang mesti disedari oleh pelajar. supaya mereka tak main2 masa di universiti. otherwise… jadi penyakit di masa hadapan…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
terima kasih ustaz dan rakan2 seperjuangan yg banyak mencurah ilmu semasa kami di kolej2 persediaan. mmg sgt bermanfaat sebagai muslim. kadang2 bila hampir putus asa, teringat konsep syariatullah dan sunnatullah yg pernah ustaz ceritakan dulu. no pain, no gain. walaupun dlm bidang sunnatullah, saya masih berusaha mendalami ilmu2 syariatullah. moga Allah lindungi kata2 dan perbuatan saya dari kesesatan. dan blog ustaz nielah menjadi sumber ilmu dan kekuatan rohani kami di sini. jazakallah atas pengorbanan ustaz sekeluarga..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
susah juga masalah nie . Kalau ustaz/zah yang susah , x bergaji @ dsbnya nie dapat bersabar dan berdakwah nescaya ganjaran untuk mereka dr Allah lebih besar berbanding ustaz/zah yang ada kerja ,bergaji dan berdakwah . Inilah yang dapat ana katakan . Bg ana yang ada kerja , bergaji mungkin tak dapat nak selami kesusahan mrk. tapi ganjaran Allah perlu dijadikan motivasi buat diri . Mungkin ustaz/zah bergaji ada kerja hidup senang lebih berat tanggungjawab untuk disoal kelak .
Setiap keadaan ada hikmahnya .
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ustaz selalu berjaya membawa kita untuk berfikir “out of the box”. Terima kasih banyak lah kat ustaz sebab tak jemu-jemu nak mendidik kami supaya jadi cerdik macam ustaz.
Alternatif lain daripada makan gaji adalah bekerja sendiri tetapi skill bekerja sendiri ini pun bukan mudah untuk dipelajari. Bagus juga kalau usahawan-usahawan Islam kita di Malaysia ni boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui bengkel-bengkel atau forum. Kalau pun tak semua yang hadir itu boleh jadi usahawan, sekurang-kurangnya 25% pun ok dah…..
Kebelakangan ini, saya banyak buat bising kat rakan-rakan yang terlibat dengan program ceramah dan kuliah agama supaya tambah lagi elaun untuk tenaga pengajar. Insha Allah, akan saya teruskan usaha ini selagi terdaya sebagai sumbangan kecil kepada para ustaz dan ustazah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Baarakallahu fiikum.
Semoga kami semua mendapat manfaat sejati daripada Ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
beras dah banyak & murah skrg ni kat Jordan ustaz…Beras Siam pun ada…paling murah plak tu.. =D
ape pun, artikel ni saya simpulkan sendiri, yang mana jangan kita jadikan diri kita sendiri fitnah kepada agama. & jadinya perkara seperti golongan ustaz ni xda tempat bagi saya salah satunya kerana mereka sendiri mengecilkan skop bidang tugas sendiri. Time senior² dari U dekat ni dah grade, sblm balik masing² kejar carik peluang pekerjaan, esp J-Qaf. Bila peluang tu dah ditutup, masing² merungut, xtau nk buat ape dah. Ape jadik ustaz ni keje die dok kat skolah ajar subjek agama, atau dok kat jabatan agama? Ustaz dlu pun dok Fitrah Perkasa, jadik motivator, masih seorang ustaz, tp ruang kerja yg lain.
Tu la pendapat saya, walaupun mcm ntah ape² sbb xpandai susun ayat, tapi bagi saya kenapa kita dikuasai & dimanipulasi oleh profesion kita tu? Bukan kita ke yg patut menguasai & memanipulasi profesion kita tu?
Erk, merepek lagi…maaf ye ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Artikel yg bernas. Tesekkurler Hocam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Sebak membaca artikel ni, bila membaca artikel pemergian sahabat2 ustaz-akak rasa jannah menunggu mereka, bila baca soal tanggung jawab-akak tahu itu adalah satu pilihan.
Tapi artikel ini, pilihan yang dikhuatiri menjadi sesalan. Akak pun asalnya engineering, bila fikirkan “end in mind” tukar kpd comp sys, tapi hidup dan matiku utk prog boleh run. Akhirnya akak ambil Econs & Finance(conventional bkn Islamic).
Isu ini bak kata org putih “very close to my heart”. Dengar ceramah di masjid2, perbualan dgn sahabat2-akak memang rasa nak nangis. Yang dpt disampaikan hanyalah kepada pelajar2 di bilik kuliah.
Pada masa yang sama akak dan suami mahukan anak2 yang mendalami agama Islam, tapi mampukah mereka bertahan, bersabar dan bermujahadah seperti ABU SAIF…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Terasa benar dgn apa yg ustaz ‘point’kan di sini.walaupun saya pelajar aliran sains (bak kata ustaz “sunnatullah”), saya kira situasi yg sama menghadapi graduan2 bkn aliran agama. slps grad, isu kerja juga yg jadi fokus.saya pernah meghadiri satu talk session anjuran pihak uni berkaitan ‘jobs’ “future planning: careers in the next 10 years”. penceramah ada menyebut, rata2 employer di malaysia (mostly international-based companies) lebih cenderung utk employ graduan dari negara luar eg China, India, Philipine. kerana apa..mungkin kerana isu sikap yg pernah ustaz bincangkan dulu..graduan tempatan (melayu khasnya) kurang berkualiti.berat untuk disebut. sy kira masing2 perlu kuat untuk menjana keupayaan utk berubah ‘the power of changing’.walluhua’lam.
QS As Saff 61:2-3 ; wahai org2 yg beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tdk kamu kerjakan?. (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Dalam banyak jawatan di syarikat, kita sepatutnya mengambil orang bekerja tidak juga kerana bidang, tetapi kecerdikan akal dan kebolehan berfikir. Kita boleh mengenal kebolehan dan menilai pemikiran itu apabila mereka mula berkata-kata.
Contohnya macam ustaz hasrizal, kita tahu dia cerdik. Bukan saya nak puji, tetapi rasa-rasanya ustaz, kalau nak ambil kerja suruh buat akaun pun boleh, HR pun boleh, management apatah lagi. Ingat kalau hantar pergi kursus geology sekejap pun, balik boleh tengok seismic data, tengok2 jumpa minyak. Mungkin nak ambil jadi doktor pun dah ada nampak aura-aura dia (bergurau ustaz). Saya pun pernah pergi ceramah ustaz zahiruddin, itu seorang lagi orang yang nampak cerdik akal fikirannya.
Sebab kerja ni memang boleh belajar, tapi attitude dan bentuk pemikiran itu yang sukar dibentuk. Tapi sayang, HR today tidak memandang pemikiran, mereka memandang kelulusan bidang akademik. Sebab HR pun tak tahu apa. Itu pasal kat ofis tu lebih ramai “pengcamouflage” dari pekerja. Tak ada common sense, kerja sekerja-kerjanya. Saya rasa HR staff tu sepatutnya diambil sebahagiannya dikalangan lulusan agama seperti ustaz dan kawan2nya. Nanti saya nak usulkanlah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam.
Artikel yg baik untuk mengusik perdu hati ramai yang belajar kerana Allah.
Apabila membaca setiap artikel ustaz, setiap kali itu terhimbau kenangan berkereta bersama sepanjang jalan cheras ke gombak hampir 6 bulan.
Emm. Ana melalui dua fasa kehidupan yang melibatkan pelajar yang belajar ilmu agama.
Fasa pertama: Pelajar Belajar Agama Kerana Tiada Pilihan dan Sudah Ditakdirkan.
Saya berpeluang berkongsi ilmu dengan para pelajar sebuah kolej Islamiyah di sebuah negeri. Saya mengundur diri setelah kecewa melihat ramai pelajar yang belajar agama kerana tiada pilihan dan sudah ditakdirkan. Tiada kesungguhan usaha untuk menelaah ilmu. Kaki ponteng, serba tidak tahu, keculasan maksima, dan serba satu ‘keajaiban’ lain lagi. Ia menjadi pengajaran besar dalam hidup saya bahawa jika mereka inilah yang akan mengajar anak bangsa tentang agama. Risau; sejuta kali risau…
Fasa Kedua: Pelajar Belajar Agama Kerana Pilihan dan Minat.
Kini, saya berkongsi ilmu dengan para pelajar yang bersemangat di sebuah perkampungan ilmu di sebuah perbukitan. Alhamdulillah, kesungguhan itu dapat dilihat. Saya tidak perlu membazairkan masa untuk menerangkan sesuatu perkara secara berulang. Bahan berat dan ilmiyah boleh dihadam dengan mudah. Cuma perlu lebih banyak pendedahan terhadap kitab turath dan kepelbagaian pandangan para ulama. Saya berdoa agar Allah mantapkan hati setiap pelajar yang belajar agama. Agar mendalaminya seikhlas hati…
Saya memang merasai bahawa pentingnya orang yang hendak belajar agama adalah orang yang cerdik; kerana merekalah yang akan mewariskan ilmu agama kepada generasi akan datang.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
nice article ustaz.
sy melihat masalah ini juga berkait dgn zaman yg sangat berubah. perubahan dalam masyarakat (dr sekecil-kecil individu kepada sebesar2 sistem masyarakat) yang semakin meminggirkan golongan agama. diburukkan lagi dengan perbalahan dikalangan golongan ini sndiri yg sygnye spt yg ustaz bgtau, bukan dgn sbb hujah namun berkait dgn emosi dan peribadi..bile hujah digaul rasa dengan emosi dan serangan peribadi samada dari mereka sndiri atau dari kalangan pengikut, mereka yang diluar akan terhidu ‘busuk’nya dan yang mencari kesempatan akan menggunakan peluang untuk melaga-lagakan.
bilakah akan kita lihat kembali golongan yang dimuliakan Allah melalui kalam kekasihNya ini dimuliakan pula oleh kita sendiri. Tok-tok guru dulu x perlu bekerja kuat memikirkan ttg mcm mane nak senang, mereka samada melakukan kerja hanya untuk menyara diri atau menumpukan diri untuk pengembangan ilmu. hatta seorang guru Quran sendiri x perlu meletakkan harga..orang yang mempercayakan anaknya pada mereka yang membalas dengan setimpalnya..kesenangan datang tanpa perlu dicari.
kesilapan itu terletak pada bahu kita juga..sikit banyak!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salaam wbt…
terdetik hati utk reply walaupun trase sedikit inferior apabile mbace artikel2 dan reply2 para senior yg sekurang2nya sedekad lebih tua dr diri ini…
sbg seorang lepasan SPM yg sedang menunggu tawaran further studies, sy percaye bhwa diri ini msh mentah dlm memahami hubungan erat antara hala tuju dan cita2 dengan keadaan msyrakat hari ini (dan akn datang)…
apbla melihat senario dlm negara hari ini di mana Islam tidak lagi menjadi keutamaan, terdetik di hati ini utk membesar mnjadi seseorg yg berpengaruh dan mampu sedikit sebyk menyumbang bakti ke jalan dakwah… masakan tidak sedih apbila mlihat rakan2 sebaya, sebhgian senior, dan junior rata2 begitu dedicated dlm mengejar kesenangan dunia sehinggakan keutamaan agama dibuat2 tak nmpak..
tapi diri ini sedar, islam hari ini mmg tidak akan dapat dihadam oleh masyarakat tanpa para da’ie yg sanggup berperit diri menggalas tanggungjawab… hadis2 nabi sendiri byk mengisarkan tentang peritnya dakwah di akhir zaman… tentu para pembaca dan tuan laman lebih arif dari diri ini…
bersama2lah berdoa utk kebaikan ummat…
wallahua’lam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
memang power dan berpandangan jauh r-t-kel ni (sperti rtkel lain). stuju setiap dari kita kena ada sesuatu yg kita specialize. ada nilai tambah. contohnya d dubai (dan for that matter, d Teluk Arab – UAE, Kuwait, Qatar, Saudi, dll) pluang pekerjaan terbuka luas utk graduan agama.
macamana? bahasa arab dah pasti dkuasai. cuma perlu tambah nilai dalam bidang lain skit. contohnya d dubai ni, memang payah nak cari mekanik kereta yg bagus – dari segi kepakaran dan ikhlas/jujur.
d sinilah, para ustaz yg belajar syariah can take up some vocational skills. boleh masuk job market d sini – kelebihan bahasa dah ada. invest sikit dalam skill and know how on management or technical skills. malaysian in general memang “brand” yang laku untuk tenaga kerja d Dubai ni.
contoh terbaik pernah d tunjuk oleh beberapa ustaz/ustazah rufaqa dari jordan. yang para suami berkebolehan dalam berniaga dan nasyeed – d ambil kerja oleh syarikat rakaman. yang isteri pulak, boleh “berceramah” – program motivasi di isi d kelab2 wanita (women’s only club), masjid dan sekolah. pelbagai inisiatif lain (mengajar nasyeed + berkompang dan mengurut, urut mak arab d sini RM100 – RM150 sejam!). dan tambahan lagi, sama mengurus kelas mengaji untuk anak2 Malaysia d Dubai.
mungkin juga yang belajar syariah boleh mengaji bahasa lain (mandarin?). boleh “membawa” diri ke China atau Hong Kong – selain berpotensi untuk membawa risalah ILlaahi, boleh juga trading antara China dan dunia Arab!
net-netnya: add value, build network!
skadar berceloteh. maaf terpanjang, mungkin ada yg tak releven!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam Utz dan sahabat2,
Terima kasih atas artikel dan komen yang diberikan. Situasi yang utz dan zaujah pernah lalui di Ireland dulu dan apa yang difikiran utz sekarang nampaknya hampir sama dengan situasi dan apa yang difikiran kami di sini. Kami sekeluarga ada di Cape Town, South Africa kerana zaujah ana sambung PhD beliau di sini. Walaupun ana juga ada hasrat nak smbg belajar, masalah kewangan (scholarship x dapat) menyebabkan ana terpaksa bekerja disini dalam bidang yang sangat berlawanan dengan bidang yg ana belajar di peringkat BSc dan MSc dulu. Banyak dugaan yang melanda, dari kehidupan berkeluarga dengan 2 cahaya mata yang perlukan perhatian (sebab x de keluarga Malaysia disini), kewangan (sampai pernah habis minyak tengah jalan sebab meter petrol rosak) sampai la menguruskan zaujah dalam pantang sorang-sorang di sini. Tapi kami saling mengingati antara satu sama lain tentang apa matlamat dan tujuan yang menyebabkan kami ‘terdampar’ disini – kerana Allah dan Islam. Isu yang uztz nyatakan dalam artikel ini juga memang selalu terawang dalam kepala kami terutamanya ana sebagai suami, apa yang akan saya lakukan bila kami balik ke Malaysia nanti dalam umur ana nantii mencecah 30 tahun, masih adakah peluang kerjaya utk ana atau masih layak untuk menyambung belajar dalam keadaan ramai graduan yang keluar setiap tahun.
Terima kasih sekali lagi kepada utz kerana artikel2 utz menjadi salah satu sumber motivasi dan ‘refresh’ semula kepada kami.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Excellent article.Masyarakat terutama pimpinan di atas perlu mindset change.Lulusan agama terutama para tahfiz perlu di beri peluang menyertai perkhidmatan awam malah diberi advantage ke atas candidates lain. Contohnya para tahfiz; berapa orang yg boleh menghafal 30 juzuk jika dibanding lulusan kursus lain yang berlambak di pasaran.Sudah tentu mereka adalah ‘genius’ krn belum tentu First Class Honours Engineering atau Econ grad boleh menghafal waima 5 juzuk. Masyarakat termasuk ibu bapa sendiri adalah inclined menggalakkan anak2 mengambil kursus2 professional walaupun ada yg mahukan anak2 mereka mendalami/menguasai bidang keagamaan malah pengalaman ana sendiri semasa menghadiri pertemuan dgn mudir maahad anak ana apabila ibubapa di minta menyatakan tujuan/kemahuan anak2 di hantar ke maahad (tahfiz)tersebut, 100% mahukan anak2 mereka mengambil kursus professional apabila tamat belajar di situ.
Alfu Mabruk ya Ustaz! Teruskan perjuangan. Moga memperolehi redho ALLAH SWT dan mendapat hasanah fi dunya wal akhirah.Salute you!!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Hmm … nasihat saya pada graduan agama, cuba ambil MBA mengkhusus dalam human resource atau IT. Pengurusan human capital dan IT skills adalah dua bentuk bidang yang tidak dilihat sebagai berasaskan agama tapi sebenarnya sangat penting dlm menyiarkan syariat islam secara perlahan. Nak berdakwah, tidak semestinya mesti terus kena pegang title ustaz kan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
mungkin yuran untuk buat MBA tu agak menggerunkan… seperti yang pernah saya rasai semasa mengintai-intai…
terima kasih kepada begitu ramai sahabat yang memberikan komen. dari seluruh pelusuk tanah air, sampai ke USA, Dubai, Afrika Selatan, Australia, Subhanallah….
Walaupun penglibatan ustaz di dalam pelaburan internet tidak begitu membabitkan ustaz-ustaz yang miskin, seperti yang diulas oleh al-fadhil ustaz zain di al-ahkam.net, krisis visi dan misi di kalangan pelajar agama, mungkin salah satu punca utama beranak pinaknya masalah di kalangan ustaz.
Moga disuluhkan Allah ummah ini jalan yang diredhai-Nya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Segala teguran adalah atas dasar ukhuwwah dan dakwah.
Rasanya akak pun setuju bahawa masalah pengangguran atau kerja bergaji rendah bukan terjadi kepada pelajar agama sahaja jadi para graduan perlu berinisiatif. Secara umumnya graduan dikatakan tidak dapat berkomunikasi, kurang berdisiplin dan berfikiran kritis.
Bagi pelajar aliran agama, mereka tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk menyampaikan risalah Islam. Ya, ustaz semua orang bertanggungjawab berdakwah tetapi lebih2 lagi mereka. Jadi public speaking kena polish dari universiti lagi. Jihad lisan lah kot. Lagi satu jihad tulisan, rasanya ada ustaz sebut pasal kursus penulisan oleh pts. Jadi peluang ini pun perlu diteroka oleh semua para graduan, tidak kiralah aliran apa sekalipun.
Saya rasa semua ini ustaz Abu Saif dah acquire tapi tak bolehlah dia nyatakan nanti isu poyo pula. Baru sebut pelajar Malaysia di bumi Anbiya kurang fasih berbahasa Arab pun dah isu. Bottom line nya kembali pada SIKAP terhadap ilmu. Di UK, US pun ada isu ini. Syabas jika anda tidak tergolong dalam kumpulan ini. Tapi akak kurang setuju dengan ejaan perkataan yang teruk sangat. Kita tak perlu formal tapi takut Saifulislam ketua kelas tu susah nak baca 10 tahun nanti.
Maaf atas segala komen, pendapat dan idea yang menyinggung mana-mana individu. Bak kata ustaz, terimalah semuanya dengan bahasa dakwah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya betul-betul rasa HR is a niche for para ustaz yang banyak ilmu agamanya. Sekarang niche itu tidak diisi. Maka pembentukan modal insan di syarikat2 gergasi diterajui mereka yang entah dimana belajar cara menguruskan manusia. Teringat artikel ustaz tentang kursus “team building”. Itulah result yang lahir dari HR yang tidak berilmu agama.
I think you guys need to start mencatur strategy untuk menguasai bidang ini secara senyap dan halus. Ada kelebihan, maka gunakanlah.
Goodluck !
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Sewaktu berada di Balai Islam, Kota Bharu, menguruskan pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Perempuan yang menyertai Ujian Tahfiz Al-Quran, seorang ustaz mendekati saya dan menceritakan tentang pelaburan internet. Tentunya dengan tujuan berkempen. Kebetulan saya telah membaca artikel Ust Zaharuddin dalam hal ini. Saya kemukakan soalan “Mufti ada kat sini sekarang, ustaz dah tanya pandangan beliau?” Ustaz tersebut menjawab: “Kalau kita nak menyertai pelaburan internet, tak boleh tanya mufti, susah. Kalau tak nak sertai, barulah kita tanya, mufti cakap haram pun kita tak susah”.
Terkejut dibuatnya. Dulu dia beria-ia mengajak saya menyertai syarikat MLM yang dipelopori oleh Muslim dan menjauhi syarikat kafir. Sekarang?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam.
bile ust bgtau ust pun berhujah “ade ust cakap boleh”.ana tergelak. mungkin sebab bukan bakal ust…hehehe..
ust, UZAR, ust maszlee, Dr MAZA(sekadar menyebut beberapa nama) seolah2 bertindak macam yg ust cakap. “balik ke malaysia dan specialize dlm sesuatu”.pada pandangan ana ramai dari kalangan pelajar IPT bukan syariah berhajat jadi protaz hasil usaha ust2 sekelian..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum,
Tajuk ini bagus untuk dibincangkan….
Saya rasa lulusan agama pun tak tahu banyak perkara dalam agama.Ilmu agama ni amat luas,di zaman ini perlukan pengkhususan.Maka mereka hanya mendalami dalam bidang ilmu yang dipelajari saja,kalau rajin membaca,mengkaji,maka mereka dapat meluaskan sedikit lagi ilmu2 tu.Ilmu ekonomi Islam semasa adalah ilmu yang sentiasa berkembang kerana sudah dipraktikkan dalam system muamalat,oleh itu tidak ramai ustz yang mendalaminya.Lazimnya mereka yang tidak mempelajari kursus ini tidak banyak tahu akan perkara ini.So tak payah risau la jika ramai ustz confius ttg bab ini.Apa lagi jika segan hendak merujuk kepada mereka yang pakar.
Saya merasa sedih bila dengar cerita lulusan agama sukar mendapa kerja.Mungkin zaman saya belajar agama tak berlaku perkara ini.Betul juga sesetengah pendapat menyatakan bhw lulusan agama perlu melencung ke bidang lain setelah keluar pusat pengajian tinggi.Elok lah mereka sambung master di bidang2 lain yang ada pasaran kerjaya seperti komputer,kaunseling,human resourse,pentabiran dan sebagainya.Mereka tidak boleh berharap pada lulusannya saja kerana dunia sekarang sudah berubah.Negara kita sudah menuju era industri,so semua kejaya perlukan kelulusan spesifik.
Kalau boleh kuasai kemahiran lagi bagus kerana kerjaya sangat berkait rapat dengan kemahiran.Kebolehan bercakap dengan baik, Kebolehan mendengar dengan baik, Kebolehan berucap dengan baik, Kebolehan berkomunikasi dengan baik, Kebolehan menulis dengan baik, Kebolehan mengurus dengan baik, Kebolehan membaiki komputer,jam,peralatan eletrik,kereta,jentera,aircon dan sebaginya, semua itu adalah kemahiran.Banyak kerja yang boleh dilakukan oleh mereka yang ada kemahiran.Masalah kita ialah pemikiran kita terlalu berorentasi akademik”¦so banyak ilmu yang kita pelajari secara teori saja.Sebab kita telah diajar oleh Barat secara banyak teori.Bagi mendapat kemahiran yang tinggi maka kita perlukan banyak praktis dan buat latihan realistic.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam…
Baru-baru ini saya terlibat dalam pemilihan Petugas Khidmat Singkat (PKS) di jabatan saya. PKS ini bekerja untuk tempoh 6 bulan, khusus untuk sesuatu projek. Memang sayu rasa hati bila tengok ramai daripadanya adalah daripada aliran agama, ijazah dari pelbagai U dalam dan luar negara. Dari belasan yang diperlukan jabatan, hanya dua tiga orang sahaja daripada mereka yang terpilih kerana mereka ada kemahiran ICT yang diperlukan untuk projek yang dirancang. Memang betul kata ustaz, persaingan dalam pekerjaan kini begitu sengit, tak macam zaman saya habis belajar dulu (awal 90an), boleh pilih-pilih…..rasa tak sesuai jadi guru, boleh mintak kerja pejabat atau sebaliknya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Nampaknya pengunjung saifulislam.com ni lebih ramai bakal doktor daripada bakal ustaz. Sebab ustaz bagi kursus persediaan sebelum keluar negara kepada jurusan sunnatullah.? Bakal ustaz di Malaysia tak beli Majalah I. Mungkin majalah tu pun susah nak cari kot. Hmm…bagaimana anjakan paradigma nak berlaku ke atas mereka, sekurang2nya isu salafi dan pelaburan internet dsb…antara perkara penting yg setiap ustaz muda perlu mempunyai ilmu mengenainya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz-ustaz atau bakal-bakal ustaz yang terbabit dalam kes-kes tu dah jadi ahli kitab seperti 3:71 ??
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamu alaikum warahmatullah,
Sebab asal kita belajar juga menentukan kecewa atau puasnya kita di alam dunia sebenar ( pasca pangajian ). Kalau kita belajar untuk mencari peluang pekerjaan, maka dalam persaingan sengit kita untuk merebut tempat di dalam pekerjaan itu kita akan menemui seribu kesukaran untuk bersaing dengan orang yang sama baik, bahkan lebih baik dari kita, termasuklah oleh mereka yang tidak sekelulusan dengan kita tapi punya kemahiran yang sejajar dengan kita.
Kalau kita mencari ilmu untuk membina kerjaya, maka ruang yang nampak di depan mata akan lebih terbuka. Kerjaya tidak terhad dengan peluang makan gaji. Ia boleh berupa peluang bisnes atau berkarya.
Lagi haru kalau ada orang berfikir hanya bekerja dengan kerajaan sahaja yang layak dipanggil kerjaya. Sekarang ni ruang kerja terbentang luas. Kalau nak makan gaji, dengan syarikat atau organisasi bukan kerajaan pun banyak. Kalau nak berbisnes halal pun banyak ruang yang orang Islam tak cover lagi sebagai fardu kifayah. Kalau nak berkarya melalui penulisan pun peluang terbentang luas.
Sudah tahu persaingan tinggi, kita kena develop diri kita dengan pelbagai competitive edge. Walaupun kita menekuni specialization dalam bidang agama, jgn tutup peluang kita untuk menambah kemahiran lain.
Dalam persaingan pelbagai organisasi untuk mengguguli saingan mereka dalam bidang mereka, mereka juga memilih orang yang mempunyai kecekapan sebenar untuk menyertai organisasi mereka. Mereka tidak lagi berpandukan orang yang hanya gah di kertas tapi kosong dalam produktiviti dan kualiti kerja. Dalam situasi seperti inilah para Ustaz kena melihatnya sebagai peluang yang tiada batas.
Bahkan tidak menjadi pelik dalam organisasi besar jika seorang engineer di’transform’ menjadi HR spesialis kerana keperluan organisasi. Jika lulusan lain boleh di’transform’ bukan dalam bidang mereka, apa kurangnya dengan Ustaz. Jangan salahkan organisasi itu jika ia tidak memberi kepercayaan kepada golongan Ustaz untuk memegang portfolio lain selain dari bidang yang berkait rapat dengan latarbelakang mereka.
Jangan mengadu kekecewaan , tapi beradulah dalam kepakaran dan buktikan seorang Ustaz tu sebenarnya versatile dalam segala kepakaran . jangan pula terlalu versatile sehingga menggadai maruah.
Ingatlah tempat mana kita diamanahkan oleh Allah berada, sebenarnya kita juga diamanahkan membawa risalah dakwah. Jangan sampai tenggelam dalam dunia asing kita.
RAS
Perak
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam..
Us, hasrizal bagus tulisan ustaz ni..Saya juga lepasan jurusan ‘agama’ jugak dari API, UM.. sekarang alhamdulillah boleh la survive dalam alam pekerjaan walaupun kena merangkak dhulu.. tapi apa yang us. kata semua betol dan saya alamiya sendiri.. dulu pernah saya anggap jurusan ini sebagai longgokan pelajar bermasalah dengan result peperiksaan (bukan di IPT saja, termasuk di pondok2 dan sek. agama skalipun) dan memang itu realiti berlaku.. saya juga risau dengan kawan-kawan saya yang bkal menjadi ustaz dan ustazah di sekolah mendidik anak-anak tuan2 dan puan2.. mereka saya lihat bbukan lagi seperti Ustaz yang sebenar (ada ustaz yang tak sebenar ka hehe..)..perangai ntah hapa-hapa.. bukan bermaksud mereka tak cemerlang dalam akademik, semuanya cemerlang tapi masalah attitude la..perangai tak macam ustaz dah.. ilmu ajer ada..
Satu lagi tentang masalah ”ustaz pon join”
saya nak bagi komen sikit, kita perlu ingat bahawa bukan semua ustaz amik pengajian islam tu adalah mahir dalam jurusan mua’malah.. kalau dalam bidang akidah dan da’wah contonhya mana belajar muamalah..malah kalau tanya tentang muamalah pon tak tahu sangat.. kalau ustz tu yang join pelaburan-pelaburan haram ni.. cuba tanya apa jurusan dia.. tapi pelik jugak puak-puak ustaz ni (termasuk saya la hehe..) kadang2 amik jurusan muamalah islam…tapi bila dah grad, ada saja yang jadi agen insuran konvensional yang terang-terang haram.. huhu..payah nak cakap la..
Anyway..jumpa ustaz di al-Nida’ 9 Mei ni.. Insya Allah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Hujung tahun lepas akak temubual beberapa top managements dari beberapa syarikat multinational termasuk syarikat perbankan dan syarikat gergasi petrokimia utk kumpul data satu kajian. Soalan akak; apakah kriteria penting yang tuan nilai dalam memilih pekerja bagi syarikat tuan semasa sessi temuduga? adakah penting seseorang itu mempunyai kelulusan dari universiti tertentu dan dalam bidang tertentu untuk jawatan sebagai mgmt trainee? jawapan. 100% kata mereka perlukan pekerja yang boleh berkomunikasi dengan baik, mempunyai sikap yang baik, personaliti yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan dan berfikiran kritikal dan kreatif. tidak penting dari mana mereka graduate asalkan dapat menunjukan keyakinan yang tinggi semasa interview. Utk jawatan dalam management, tidak penting sama sekali jurusan yang diambil asalkan menepati kriteria tersebut. Para lulusan syariah boleh tambah kemahiran dan cuba apply kerja di MayBank, AMbank, Petronas, Shell, MAS, SCAN, dll utk jawatan dalam HR.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum…
setuju dgn pendpt dan kajian kak hajar tu..nama company yg kak hajar mention tu semua surau diorg hidup dgn majlis ilmu..especially kat hq la..i work in one of the bank kak hajar mention tu..bdk2 hr pun selalu turun ke surau during lunch hour sacrifise masa diorg untuk makanan rohani dari jasmani…
no wonder la org hr mana2 company pun berminat pd candidates yg baik akhlaqnya selain dari cv dia..
wallahualam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam ustaz,
Benar juga kata ustaz tu. Peluang kerja yang benar, kadang2 tidak diberikan kepada golongan yang mengaji bahagian agama. Selalunya orang2 yang ‘mempromosi’ barang2 yang tidak berapa dibolehkan oleh undang2 or oleh agama ni, spt MLM pelaburan internet dan juga forex yang selalunya mempunyai agenda yang tersendiri dengan mencari ‘kekuatan’ dengan mengambil ustaz2 sebagai donwlines. Anak saudara saya hafiz quran pun hampir terjebak dlm urusniaga forex. Yang jahatnya, iklan ditulis kerja sebagai kerani gaji RM1,000. tapi bila sampai di’brainwash’ agar cari orang berduit untuk jadikan modal urusniaga forex. Dia balik tiap2 hari mintak mak dia keluarkan duit tabung haji untuk dijadikan modal, Last2 bapak dia minta saya bagi nasihat pada dia disebabkan saya pernah jadi forex dealer di bank dan tahu undang2 pasal forex trading ni. Alhamdulillah dia sekarang kerja dengan company yang dalam iklan memang tulis minta Hafiz Quran sahaja, tapi kerja dia sikit pun tak da kaitan dengan Quran, cuma kena orang yang beramanah sahaja…… Harap lebih banyak company dapat menyediakan peluang untuk graduan jurusan agama menunjukkan bakat dibidang2 lain disamping penekanan artikel ustaz iaitu graduan agama itu sendiri kena lebih proactive dan menyediakan diri dengan lebih mantap untuk menghadapi realiti sebenar dunia.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam… waah pedas sekali artikel ustaz kali ini. Tapi perlu jugak sesekali dikejutkan dengan alam realiti. Reality bites! Tak boleh komen banyak sebab saya sendiri tak alami masalah tiada kerja ni (masalah saya, kerja yang datang mengejar!) Tapi sangat setuju dengan ramai readers kat sini yang menyeru adik – adik kita bersiap sedia dengan pelbagai kemahiran lain. Degree is just a ticket. Kalau semua orang yang apply tu ada degree, pastilah ‘plus point’ lain pula yang dicari oleh majikan. Tak semestinya kita dapat kerja yang seiring dengan kelulusan di universiti, tapi sebaiknya kalau kita boleh applykan knowledge di uni dulu dalam pekerjaan itu, itu sudah cukup baik. Alternatively, bidang perniagaan / keusahawanan sentiasa terbuka luas.
In my humble opinion, seorang lulusan SPM yang berniaga burger secara halal dan ikhlas, adalah lebih baik dan mulia dari seorang graduan universiti lulusan agama yang terlibat dengan pelaburan internet… wallahuaklam. Wasalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamu alaikum warahmatullah,
bagaimana pula ustazah-ustazah yang dari berbagai kelulusan…
Hatta yang berumah tangga & ada yang x perlu memikirkan hal kewangan, sbb di bawah tanggungan zauj mereka.
sedikit sekali yang tampil ke hadapan untuk menangani kemelut sosial yang kritikal kini.
wslm
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam Ustaz,
selepas membaca artikel Ust, malam semalam selepas maghrib Ust Zaharuddin ada dtg memberi ceramah berkenaan pelaburan internet di surau At-Taqwa , seksyen 7(PKNS) , Shah Alam.
Alhamdulillah saya mmg merasa kagum dgn hujah2 dan jawapan yg diberikan oleh beliau. Mmg sesungguh nya beliau adalah pakar dalam hal2 kewangan Islam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Isu2 macam ni, kalau datang dari Ust2, rasanya mudah diterima dari golongan Ust. Biasalah sikap manusia walaupun Ust ni selalu dianggap manusia yang patutnya lebih sempurna dari segi akhlaknya. Alhamdulillah, Ust Hasrizal mengambil langkah berani untuk mengetengahkan isu seperti ini untuk kita muhasabah kembali diri kita yang sudah sekian jauh melewati perjalanan hidup yang kita pilih.
Mengikut pengalaman peribadi, tak sedikit mereka yang terlibat dalam pelaburan haram ni memang mentarget Ustaz/ah untuk ikut program mereka walaupun diketahui lepas tu ust/ah tu memang tak aktif. Tujuannya adalah mempergunakan nama2 ust/ah ni untuk pelaris mendapatkan pelabur lain. So, jgnlah mudah terjebak. Kalau dah terjebak pula, jgnlah sayangkan wang yg telah terlepas secara haram tu. Memang dah bukan rezeki kita. Anggaplah sebagai kaffarah., Tapi yg lebih penting lagi tu adalah mengaku kesilapan langkah walaupun hanya kepada diri sendiri. Kalau dah terpromo kat orang tu pula, buat kenyataan rasmi dengan berani mengakui kesilapan kita. Insya Allah, mereka yang telah mengikut kita akan melihatnya sebagai ciri orang yang berjiwa besar. Mungkin hilang air muka sekejap … tapi lah berpanjangan kena cari dalih sana-sini untuk menghalalkan dosa yang yang tak akui.
Semoga ini akan memberi kekuatan yang lebih besar untuk kita bangkit kembali dari kesilapan dan kegagalan !
RAS
Perak
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam buat semua tetamu comment…..ana terasa nd berasa dng apa yg dkatakan dan d utarakan dlm artikal ni ,,sbb ana adalah org yg berada dlm situasi ni dan jg berada dlm mslh ini…iaitu pemahaman akan realiti keadaan…ana skrg berada ddlm sekolompok pelajar Al-Azhar dan dr cnilah ramai yg b’gelar ustaz dan bila balik nnti…mslh yg timbul nd b’laku t’hadap azhari ni adalah btul seperti apa yg dkatakan dlm artikal ni…ana bkn nak sokong @dokong pe2 tp ini adalah hakikat yg sebenar yg ana sndr rasa berada dlm kepungan mslh ni…dan mslh ni ssh nak bendung dr kami sbg azhari…yg masing2 ego nd bongkak dng title mereka azhari tanpa melihat realiti keadaan ttp hanya melihat teori dan slogan dan mahu mnjd dai’e yg b’isi ttp tidak jelas……buat ustaz hasrizal moga2 dpt kita chat kmbali utk merealisasiakn pe yg ustaz katakan mahu mncari pelapis ustaz dan b’kongsi pengalamn nd nasihat sbg abang dan mmbntu kami dkembara ilmu ni….wallahua’alam…..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam…
Sekadar berkongsi maklumat especially untuk adik-adik yang masih di menara gading, ataupun yang baru graduate dan masih mencari kerja. Ada satu buku yang menarik untuk dibaca mengenai persiapan di universiti untuk ke dunia realiti pekerjaan, tajuk “Bujang Ok” tulisan Mimi Salleh. Banyak tipps yang menarik.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Syukran Ustaz….
Apa pandangan ustaz dgn keadaan ana…. ana lepasan diploma dan ijazah IPTA dah stahun, skarang ana seorang kakitangan kerajaan (sambilan), pada masa sama ana jadi agen takaful ikhlas, dan pada masa yg sama jg ana join MLM HPA ?? matlamat ana skarang nak kumpul duit biar dpt bawa parent pergi mekkah….
sblm ni nyaris2 ana terjerumus dlm pelaburan internet (Swsisscash) yg di ofer oleh kwn2 opis…. tp sbb ana tak mahu ‘hasil’ tanpa ‘usaha’ ana mlupakannya….
Kesimpulannya mungkin org spt ana (keadaan) antara faktor tlibat dgn plaburan internet ini…( misi utk capai impian)…
Afuan klu ana mlaluk…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Tahniah, aye. Satu langkah yang baik. Jangan tunggu peluang terbaik. Sebab peluang terbaik selalunya jarang nak dapat. kalau ia ada pun, kita jarang siap merebutnya. Yang terbaik ialah mencipta peluang dengan menapak selangkah demi selangkah. Anta berpotensi besar jadi orang yang berdikari dan berpegang teguh pada pendirian ….
RAS
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
bila ustaz ubah tajuk nie , baru boleh nk lontarkan sikit .. kenapa jadi ustaz / ustazah ?
Kadang2 title nie dapat hasil panggilan @ gelaran orang terhadap diri tanpa mrk menilai kpd ilmu yang ada pada diri tersebut . Itu masalahnya. Asalkan mengaji kat SAR / PONDOK / SMA terus orang panggil ustaz .. Apatah lagi kalau balik aja dr Timur Tengah atau ambil jurusan agama . Sememangnya .. mrk yang ambil jurusan ini secara automatik la dikira ustaz/zah .
Lagi satu kebiasaannya ibu bapa .. apabila anaknya x mampu utk cemerlang dlm bidang akademik ..di + perangai pun bermasalah maka mereka akan memilih SAR / PONDOK untuk hantar anak2 mrk. atas harapan anak nie akan berakhlak walaupun tak pandai ngaji . Dan ini yang ana alami masa ngaji kat SAR dulu . Boleh dikatakan hampir 50 % kawan2 sekelas yang bermasalah dr segi menulis , membaca … [ lagi la teruk mrk nak blaja b.arab , hadis , tafsir dsb ]. Itu tak dilihat dr segi tingkahlaku lagi . Tapi ana x salahkan ibu bapa nie … sememangnya apa yang mereka lakukan tu betul . Mungkin mereka dah tak tau nak ubah perangai anak2 … anta ja sek agama . Dan memang ramai jugak kawan2 yang teruk la kenakalannya ..tapi akhirnya berubah dan sekarang bergelar ustaz yang sebenarnya .Tapi ada yang masih bawa perangai2 dulu sampai sekarang …
Jadi .. inilah masalahya . Nak belajar agama x disyaratkan spt mana syarat2 nak belaja medic , engineering , law . Nak belajar agama boleh ke pondok2 , x da yuran mahal2 . Jadi semua orang boleh belajar .
Masalahnya tanggapan masyarakat perlu diubah … x semua yang belajar agama itu ustaz .
ps : USTAZ kalau kat TTengah dah bermaksud PROF .. kan hebat tu
sekadar pandangan …
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
slm.. yg pasti nya… sesiapa yang menyampaikan ilmu berguna… yang akan d sebarkan… dari mulut ke mulut. menerima..ganjaran….yang lebih bsr menanti di akhirat nanti.. wallahualam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam, di sg ni ada menteri besar yg telah mempersoalkan bilangan besar ustaz2 yg mungkin tak seimbang dgn keperluan bilangan muslim yg wujud di sini. namun, lebih penting lagi, sungguh kurang bilangan mereka yg menonjolkan diri sebagai ilmuwan yg boleh disegani. kita sgt risau kebangkitan islamic banking, insurance, etc. dan inter-religious dialogue ditangani oleh ustaz2 yg bersembarangan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
al-ilmu bila ‘amalin wa kal shajarin bi la ‘amalin
-ilmu yg tdk diamalkan samalh sprti pokok yg tdk berbuah-
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
SALAM USTAZZZ….
BILER NAK TULIS PASAL “KENAPA MAHU MENJADI PEGUAM?”
kerjaya peguam ni byk cabaran, buat saye risau, lagix2 peguam sivil..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya mula membaca setiap artikel yang ustaz tulis. saya raasa ia amat berguna nanti bila saya jadi seorang guru kelak.harap2 saya dapat memberi sikap positif pada anak2 murid saya
teruskn artikel yang menarik..:)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam dari Ardul kinanah
Realiti yang sukar untuk ditepis jauh dari membelenggu semua yang bernama manusia. Apa pun terima kasih atas ingatan yang dilontarkan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamu alaikum
Artikel yg membongkar realiti yg dah lama ana perhatikan. Jazakallah Ust Has.
Walaupun bukan seorg beraliran agama, ana dibesarkan dan dibentuk oleh ustz2 dan guru2 yg amat beramanah. Amat besar peranan mereka dalam masyarakat. Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas mereka.
Ulama zaman silam adalah mereka yg menguasai kedua2 ilmu Syariat dan Sunatullah. Mereka adalah faqih, mufti dan mujtahid. Mereka juga juga pakar matematik, perubatan, astronomi, kewangan dan fiziks. Para khalifah memburu para ulama di istana dan yg bersembunyi di kampung2 untuk mencari nasihat2 yg bernas. Malah raja Eropah, Norman Roger telah mengupah ulama Islam, Al-Idrisi, untuk melukis peta dunia moden yg diguna oleh Columbus dalam pelayarannya.
Di zaman silam Pengajian Al Quran dan Fiqh adalah pengajian asas sebelum seseorang murid menjurus dalam bidang2 skill-based yg mereka gemari. Ana dah temui beberapa rakan yg bermula dgn pengajian agama dan berakhir menjadi profesional yg cemerlang. Pada pandangan ana, dgn manhaj dan sikap para pelajar agama yg betul, mereka sudah ada potensi besar utk menguasai apa saja bidang Sunatullah yg ada. Jgnlah berputus asa para ustaz, anda cuma perlu meneruskan sedikit saja lagi pengajian….
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz tulis:
“Saya perlu bekerja keras untuk menyelesaikan keperluan hidup, dan mendekatkan jarak gaji saya dengan isteri. Ia suatu perjuangan untuk keperluan, dan maruah diri.”
saya nak tanya bukan memerli,
saya tak paham apa maksud perjuangan untuk maruah diri?*sori la kalau slow*
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
erm…artikel yg sgt menyentuh hati..dan amat bmakna utk tatapan plajar2 dr skolah rndh hingga la ke menara gading.utk m’ingatkn diri kmbali tujuan kte blajar.ada bbrape pkara ttg artikel ini yg bkait rpt dgn saya.saya skrg adlh plajar tahun 2 di usm dlm bidang kimia tulen.saya bcita2 mjadi forensic scientist(inyaAllah jika ditakdirkn ALLAH.sye hy mampu b’usaha ).sblm mnerima tawaran utk memasuki mtrix n9,saya juga mnerima twrn biasiswa dr Telekom dlm bidang bio-instrumentation.jika diikutkn kehendak org tua saye,mrk mmaksa saye utk memilih twrn ini bbnding mtrix yg tidk mjamin apa2.ini krana jika mnerima twran dr Telekom,setiap bulan psti sye dpt rm600 wang utk sara hidup,ni x tmsuk elaun itu ini yg agak byk.tapi saye tekadkn hati utk memasuki mtrix krn niat dan minat sye yg mdlm utk mjadi forensic scientist.saya ada buat bbrape rujukn ttg forensic,bg mjadi pakar autopsy mayat,sye plu mjadi doctor and to work in lab or crime scene i must take kimia as my major.ditakdirkn my xam rslt in mtrx tidk begitu layak utk dipilih dlm bidang kdoktoran,tp saye bsyukur juga krn menerima twrn dlm bdg kimia.tp org tua sye ttp tdak bsetuju jika sye ingin mjadi forensic scientist.mrk m’usulkn agar saye spesifik dlm biotek sbb lbh byk peluang kerja dan gaji lbh tinggi.lbh2 lgi saye seorng wanita..bgitu byk pntg larang mrk..tp insyaAllah sye akn cekalkn hati ini dan mmhon ptunjuk dari YG MAHA ESA agar dittpkn pndirian ini dan tdak mudh menyerah kalah dgn sbrg dugaan..spt yg pnh dilalui oleh ustaz..harap apb setiap kali kite jtuh tsungkur,kte masih mmpu bgun walaupun tpakse mrangkak.krn itu yg lbh bharga bg tiap insan ..percaya bhw ALLAH sntiase bsame kte..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz, ana nak copy kat blog bleh.. skali dengan artikel “kenapa mahu menjadi doktor?”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam..ana setuju. tapi ana bimbang dengan artikel ni membuatkan orang yang belajar agama tidak fokus kepada sesuatu bidang yang diminati. lalu mereka akan meracau dan hilang arah menjadi seorang manusia yang duniawi.
Memang betul kata2 yang saidina umar nyatakan tu..
Tapi ana telah melihat berapa ramai di kalangan ustaz yang benar-benar memperjuangkan kalimah Allah dan benar-benar ikhlas kerana Allah telah menerima sentuhan keajaiban dengan izin Allah kerana mereka tidak mempersoalkan kenapa dan mengapa Aku belajar dalam bidang Agama..Miskin kah aku? berduitkah Aku? berkahwinkah Aku?
Dapat kerjakah Aku? semuanya mereka serahkan kepada Allah dengan menggandakan usaha dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan mereka.
Oleh itu, semoga Allah memberi kekuatan dan dorongan kepada Ustaz-Ustazah yang ada di seluruh dunia untuk istiqamah dan tidak perlu risau pada pekerjaan kerana rezeki datang dari Allah
memetik kata-kata ustaz ana iaitu ustaz khazri osman ( graduate di Jordan) sekarang mengajar di ukm katanya:
Tidakkah dengan mengajar dimasjid, surau-surau adalah sebahgian kerja?
tidakkan dengan mengajar di surau,masjid-masjid,sekolah-sekolah juga pekerjaan?
tidakkah dengan menyampaikan islam kepada masyarakat sekeliling adalah sebuah pekerjaan?
wahai ustaz/ah..jangan bimbang!!kerja sentiasa menantimu..
ustaz hasrizal, ana setuju dengan ustaz..kita semua masih banyak lagi kerja yang perlu di selesaikan…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
SALAM AMIN,
Akak kurang faham, point yang mana di dalam artikel ini yang akan menyebabkan orang yang belajar agama tidak fokus kepada sesuatu bidang yang diminati. lalu mereka akan meracau dan hilang arah menjadi seorang manusia yang duniawi?
Bertanya dengan penuh kemusykilan bukan kemarahan dsbnya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
artikel saya meminta sebaliknya, iaitu meminta agar pelajar syariah fokus, dan mahirkan diri dalam bidang2 tertentu… jangan general gitu-gitu (tak tahu nak guna istilah apa)
tetapi kalau itu mengundang keracauan, elok juga meracau awal-awal sebelum meracau di kemudian hari.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ustaz…..
saya suka baca artikel2 ustaz….
artikel ni pun saya suka n stuju dgn apa yg ustaz katakan…
saya rasa bukan pelajar agama sahaja yg perlu ada multi skills malah semua siswa siswi sewajar dan sebaik2nya ada multi skills spya hidup lebih bererti kerana dapat memberi bkn skdr menjadi org yg menerima…
sy sendiri sdg dan sentiasa berusaha utk meningkatkan kualiti diri dan menjadi mahasiswa yg memiliki pelbagai kemahiran meskipun saya bkn plajar aliran agama..(minat yg mendalam tp tak de rezeki)…apply tp tak ckup syarat…sy redha je sbb sy percaya nk cari apa yg saya nak tu bkn melalui kelas formal je tapi perlu ‘mahu’….
buat semua : “where’s the will, there’s the way”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
semasa minggu orentasi di el-azhar dulu… abg-abg saya disana berpesan… kalau anda semua datang kesini untuk mendapatkan pangkat dan harta apabila kembali ke malaysia nanti.. nada baliklah… tetapi jika anda mahu menjadi ilmuan dan ulamak disinilah tempatnya…. artikel ustaz ini sungguh menyentuh perasaan saya… kesukaran dan kepayahan tinggal di sana amat memeritkan…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Bagusnya ada komuniti sebegini. Kita perlu komuniti seperti yang ustaz bentuk sekarang ini. Hasrat kita ialah untuk melihat generasi muda yang lebih bijak mengatur hidup mereka. Jangan menyerah dan menggunakan alasan latarbelakang kerjaya sebagai ustaz untuk tidak berdakwah. Dakwah adalah tuntutan. Semua orang perlu mencari jalan untuk berdakwah (walaupun doktor, peguam dsb). Saya berdakwah melalui penulisan. Saya menulis siri buku yang saya namakan Bujang OK. Apa yang ustaz lakukan sekarang adalah satu perjuangan membentuk ummah. Teruskan usaha.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Jazakallhu Khoiran Kathiran !
Kejayaan semua manusia adalah dalam mentaati perintah Allah swt dan mengamalkan seluruh sunnah Nabi saw.
Sejauh mana seseorang itu taat Allah dan amal sunnah NabiNya maka sejauh itulah kejayaannya di sisi Allah.
Sebaliknya sebanyak mana manusia melanggari perintah / larangan dan meninggalkan sunnah Nabi Nya maka sejauh itulah kegagalannya di sisi Allah swt
Semoga Allah swt selamatkan diri ini dan ummat seluruhnya dari silap faham yang menyesatkan
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kekadang tertanya2 juga, kenapa aku belajar agama? Bidg x glamer. Org kg asyik kata “Boleh la ganti tok siak ngan tok imam kat kg kita”. Tak terasa pun dgn kata2 diaorg cuma sedikit terkilan bila tengok mak ngan abah sedih ngan kata2 diaorg. Cuma bila teruskan juga pengajian dlam bidang pengajian islam ni, skrg baru sedikit nampak peranan yg perlu dimainkan oleh seseorg yg bergelar ustaz.
Apabila dilihat didpn saya, org yg x tahu solat, alangkah sayunya rasa. Apa aku nak jawab dpn tuhan nanti gamaknya. Alasan apa aku nak pakai. Cuma skrg ni alhamdulillah, dpt kije yg dpt membaiki diri dan dlm masa yg sama dpt berkongsi ilmu dgn org lain. Peranan kita semakin mendapat tmpt. Harapan org menggunung kpd kita. Walaupun kekadang ade rase letih sebab imbuhan kecik ttp hati cuba dipujuk supaya sentiasa ingat kpd imbuhan dari tuhan.
Semoga semua org yg bergelar “ustaz” dpt menemukan kembali peranan yg sepatutnya dimainkan oleh mereka.
Sedarlah yg masyarakat memerlukan mereka, umat mahukan mereka. Jgn hanya pegi kije, balik rumah, lps tu tidur. Bila diajak utk berkhidmat, dibalas dgn “Ana x boleh lah, sabtu ngan ahad hari ana ngan keluarga”, “Minta maaf syeikh, istri ana x bagi” dan lain2 lagi.
Sekian, wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salaam,….
Oleh kerana ramai telah memberi komen berbentuk pembahasan dan pandangan maka saya ingin memberi cadangan.
Gulungan ustaz/ustazah lepasan u rasanya sangat ramai.Samada mempunyai
ijazah atau lebih tinggi bukan persoalan untuk membaiki keadaan yg.dimaksudkan.
Sebenarnya gulongan ini perlu mempunyai pemimpin.Apakah pemimpin itu perlu bergelar ustaz atau ulama? Apa yg.saya fikirkan ia seorang ahli ilmu,berilmu,berpengalaman dan bijaksana.Ciri2 sifat nabi Muhammad saw.iaitu Sidiq,Amanah,Tabligh dan Fatanah.
Dengan pengembelingan semua ilmuan para ustaz dan ustazah saya yakin dapat membentuk dan menjana kuasa ilmu.Apa yg.perlu adalah sebuah padang untuk ustaz dan ustazah menunjukan bakat.Padang itu adalah sebuah konsep perjuangan bersepadu yg.bakal menerokai revolusi minda.Dari perkembangan minda akan terhasil usaha yg.rahmati Allah.
Betulkan niat sebelum gerak agar Allah menyempurnakan janji2Nya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam..
Satu point saja nak tambah. Dulu (waktu muda remaja la), bila orang cakap “you really have to love what you do”.. rasa macam biasa saja. Tapi sekarang dah lepas suku abad ni, baru betul – betul nampak kebenarannya.
Cadangan saya secara umum, tak kisah la untuk ustaz/ah, profesional, arts/sociology, IT atau apa saja, bila keluar dari universiti, buatlah sesuatu yang betul – betul kita minat, walaupun mungkin bukan sealiran dengan degree yang kita ambil. Contoh, degree pengajian Islam, tapi keluar sebagai peniaga (sebab memang minat berniaga) – insyaAllah akan jadi peniaga Muslim yang berjaya. Contoh lain, abang saya ambil degree engineering tapi akhirnya menjadi konsultan IT, kerana sebetulnya dia minat IT (walaupun langsung tiada background IT waktu degree). Dia memang sesuai kerja di bidang IT. Hmm.. saya sendiri pun, walaupun degree perubatan tapi akhirnya menjadi pensyarah (yang saya tak sedar itu sebenarnya minat saya), but I am happy with it dan amat bersyukur kerana dibuka jalan membuat kerja yang saya suka. Bila kita suka buat sesuatu, tanpa sedar kita akan membuatnya bersungguh – sungguh, sebab minat. Dari situ, bagi yang makan gaji, biasanya pihak atasan akan menilai prestasi kita, tapi kalau tak dihargai sekalipun, rasa puas sebab dapat buat apa yang kita suka. Kalau kerja sendiri pula, lagi la, lagi kuat bekerja lagi banyak hasilnya.
Nampaknya, ustaz sendiri amat meminati penulisan, bukan sekadar untuk menyampaikan dakwah, tapi memang minat menulis. Kalau tidak, masakan sampai berpuluh – puluh entry sebulan. Pada pandangan saya, bagi ustaz menulis bukanlah satu beban, malah untuk menghilangkan beban
Mungkin dari segi habuan kewangan, tak seberapa (lepaslah susu anak..) tapi dari segi kepuasan dapat menulis tu, itu yang dicari.
Jadi, adik – adik, cari balik apa minat anda. Maksud minat di sini, adalah minat yang boleh menjana kewangan la. Kalau minat jaga budak/babies, peluang untuk membuka nursery sentiasa terbuka luas. Kalau ada ustazah yang buka nursery, alangkah bagusnya… ilmu yang dipelajari di universiti dulu dapat diajar pada anak – anak kecil ini agar terjaga aqidah mereka. Am I being too idealistic? I hope not. Hanya berdasarkan pengalaman yang tak seberapa. Wasalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salaam…
Setuju dengan pandangan Shiha.Mungkin apa yg.menjadi masaalah kepada mereka menukar bidang adalah pendedahan peluang baru.Walaupun banyak seminar usahawan dianjurkan pihak tertentu kebanyakan tidak mampu disertai.Sebabnya adalah bayaran yg.mahal.
Mungkin kita semua disini dapat memikirkan jalan pendedahan itu dengan kos yg.lebih rendah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz,boleh trgkan dgn lanjut hukum membuat pelaburan seperti skim pelaburan internet atau MLM,yg menggunakan sistem piramid
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam, to #69
mungkin ada kekeliruan sikit…. website yang sesuai untuk soalan itu ialah website ustaz zaharuddin abdul rahman…
Bolehlah google ye….:D
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam w.b.t ustaz,
saya setuju juga dengan pandangan ustaz, dahulu saya pun bersekolah agama dan pernah menjadi seorang ustaz selama 3 tahun untuk menampung pengajian dan perbelanjaan sendiri. saya sedar tanggungjawab ustaz memang berat untuk diri sendiri, para pelajar dan masyarakat. macam2 pertanyaan mengenai islam ditanya. kadang2 saya fikir, “yang tanya soalan tu tak malu ke menjadi seorang yang mengaku muslim, muslimah yang tercatat pada surat beranaknya beragama islam tidak faham islam”. memalukan..lepas tu anggap golongan ustaz ni macam lalat yang ustaz katakan tadi, ataupun air basuh tangan untuk sesuatu majlis. pernah daripada pengalaman saya, saya pernah minta murid2 saya tuliskan sebuah karangan bertajuk “kenapa saya beragama islam”. Ya Allah ustaz, takdak seorang daripada nearly 40 students tu boleh buat karangan itu walaupun sepotong ayat. saya bagi seminggu tempoh, sorang pun tak buat.saya betul2 malu dan saya terangkan pada mereka satu persatu.kenapa and kenapa..orang zaman sekarang ni lebih tahu britney spears, angelina jolie, brat pit dari kenal nabi Muhammad s.a.w dan sahabat2nya. mereka kenal penyanyi2, pelakon tapi tak kenal para anbia’. mereka hafal macam2 macam lagu, minta mengaji terangkak-rangkak @ x boleh..tajwid kompem out…
ada juga kawan2 saya di kalangan ustaz yang wat part time ngan dinar iraq, MLM dan dll..saya tengok, mereka ni menggunakan kepercayaan @ title ustaz sebagai cara mudah untuk mendapat clients. bila cepat dapat clients levels cepat naik and get more commission..ya Allah..nipisnya iman orang yang macam kita ni ustaz.
saya dah bercampur ngan ramai ustaz dan saya dapati ustaz2, ustazah2 tu sama je dengan doktor2, ahli akademik, businesman dan dll..semua muslim2, muslimah2 juga ustaz2 dan ustazah2. yang penting masing2 perlu banyakkan pengetahuan agama, korek ilmu agama di mana2 sahaja. agar kita sama2 dapat memperbaiki diri, beramal dengannya dan merapatkan diri kepada Allah..kerana, Life never begin at 40’s…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya terpanggil untuk menulis di sini . Apa yang saya nak sampaikan adalah dari pengalaman, pengamatan dan pandangan sahaja sebagai ibu yang telah lama bekerjaya dalam dunia pendidikan. Saya bangga dengan bidang ilmu yang anak ceburi. Tetapi saya nak cuba betulkan pesepsi kita. Seharusnya kita harus pelbagaikan kemahiran kita dalam berbagai bidang. Bidang syariah yang anak ada jadikan sebagai perisai yang utuh. Banyak bidang yang boleh diceburi dan jangan malu bermula dari bawah kesusahan dan kepayahan menjadikan kita lebih kreatif. Jadi harap anak jadikan kegagalan mendapat pekerjaan sebagai dorongan untuk mencari ruang dan peluang serta menguasai kemahiran yang pelbagai. Bersyukur kerana bukan semua orang ade ilmu seperti anak dan anak perlu tahu Allah sentiasa bersama kita yang selalu memohon kepadanya jadi jangan kecewa, jangan putus asa dan syukur sentiasa. Selamat tahun
Respond to this comment [with empathy]
about 10 months ago
salaam…
artikel dan diskusi yang menarik. saya setuju dengan shiha. islam itu syumul. dengan ilmu-ilmu yang ustaz/ustazah ada, insya Allah boleh mentarbiyyah masyarakat walau bidang apa pun yang ingin diceburi mengikut minat.
contohnya: jika minat bidang artistik, boleh berkarya dengan nilai islami seperti penulis, pelukis, jurugambar, pengarah. begitu juga dalam bidang lain seperti sains, keusahawanan, dan lain-lain.
walaupun bidang yang diceburi itu seperti tiada kaitan langsung dengan ilmu yang ustaz/ustazah tuntut, sesungguhnya nilai islami dan nilai tarbiyyah akan terpancar dengan sendirinya.
saya sedang bekerja di ireland. satu perkara yang saya agak kagum di sini ialah setiap hospital ada chaplain/priest untuk memenuhi keperluan spiritual pesakit dan keluarga. setiap pesakit boleh meminta khidmat ini. majoriti orang sini beragama Katolik. di hospital-hospital “acute”, perkhidmatan ini penting bila ada kematian di mana ritual keagamaan penting bagi orang di sini. di hospital-hospital “palliatif” khidmat mereka lebih menonjol kerana ramai pesakit yang tenat. mereka juga boleh memberi khidmat kaunseling kepada pesakit dan keluarga sama ada sebelum atau selepas kematian. selain itu, ada juga antara mereka yang cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan penganut-penganut agama minoriti yang lain termasuklah islam, sikh dll kerana mereka menghormati agama lain.
daripada cerita kawan-kawan saya dan kunjungan saya ke hospital di malaysia, khidmat ini tiada atau kurang di malaysia. bukan itu sahaja, kadang pesakit tidak dapat memenuhi rukun islam (solat) kerana kekurangan kemudahan dan juga ilmu. mungkin khidmat ini boleh dipenuhi oleh ustaz/ustazah?
maaf agak panjang dan jika ada isi yang berulang dari hujah orang lain. hanya ingin berkongsi
Respond to this comment [with empathy]
about 6 months ago
anak tunggal saya yang sedang mengikuti kursus matrikulasi bidang arkitek tiba-tiba memberitahu ingin berubah menjadi ustaz. Ingin belajar bidang agama secara mendalam dan serious. Saya sedang menangis semasa menulis artikel ini. Tak tahu samada ia perasaan kecewa kerana harapan tinggi agar anak menjadi seorang arkitek muslim yang berjaya atau apa. Saya pun buntu. Saya tak tahu samada patut bantah atau setuju. Tolong saya. Adakah tidak boleh berjihad melalui bidang arkitek ?
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam alaik ustaz..syukran atas penjelasan realiti kehidupan seorang ustaz..saya kini berada dalam bidang perubatan dan baru sahaja selesai membaca artikel ustaz kenapa mahu jadi doktor..niat dihati, memang saya teringin sangat untuk sambung belajar syariah, mendalami usul fiqh dsb..namun semua tu xkesampaian..saya kira ketika itu saya kehilangan sebab yang kuat untuk berdakwah, ilmu didada seperti itu juga, bertambah pun sedikit sahaja..namun apa yang berlaku sebaliknya, bidang perubatan mempunyai potensi dakwah yang sangat luas..saya kini sangat-sangat mencari masa untuk mendalami ilmu agama, supaya Allah permudahkan dikemudian hari agar saya mampu berhujah dengan dalil yang jelas..sesungguhnya Allah maha tahu, kemana sepatutnya kita diakhir hayat nanti, bukan sahaja di alam pekerjaan..dia maha adil dalam segala sesuatu..alhamdulillah walaupun tidak terpilih olehNya untuk pengajian agama, ruang itu masih ada..saya suka quote ustaz..begin with end in mind..jazakallah..
Respond to this comment [with empathy]