
“Ustaz, saya hairan macam mana ustaz kawal kursus yang ustaz anjurkan? Dua tiga orang, cukupkah?”, tanya seorang pelajar kepada saya.
“Emm, menarik juga soalan tu. Ustaz pernah kendalikan kursus untuk pegawai penguatkuasa seramai 72 orang hanya dengan dua tenaga sahaja”, saya cuba menyelak memori semasa bekerja sepenuh masa dengan Fitrah Perkasa.
“Macam mana nak kawal orang ramai macam tu? Kami kalau nak anjurkan kursus, tamrin atau program induksi, paling kurang kena ada 20 orang AJK. Silap-silap sama ramai dengan peserta”, sambung pelajar itu lagi.
Kami ketawa.
Ya, bagi seorang pelajar, mungkin agak menghairankan bagaimana saya dan tenaga kerja Fitrah Perkasa boleh mengendalikan kursus selama 3 Hari 2 Malam, sedangkan nisbah fasilitator dengan peserta ialah 1:25 malah pernah 1:40.
Ia bukanlah soal pelajar atau pekerja. Tetapi cara kita menilai dan melayan kemanusiaan manusia.
“Apabila kursus bermula, kita kena faham yang mungkin 90% daripada peserta itu hadir kerana terpaksa. Hadir kerana diwajibkan oleh syarikat”, saya memulakan perkongsian idea.
“Rasa terpaksa itu selalunya bukan dibuat-buat. Memang setiap seorang peserta itu datang dengan membawa luggage kehidupan masing-masing. Ada yang terpaksa meninggalkan ibu di hospital. Ada yang terpaksa mengupah pemandu teksi untuk mengambil dan menghantar anak di sekolah. Ada yang isteri terpaksa mengambil cuti, dan macam-macam lagi”, saya mahu pelajar ini melihat apa yang tidak diperlihatkan.
KEPEDULIAN
“Ingat tak kepada ungkapan yang ustaz selalu sebut tentang hal ini?”, saya bertanya.
“Apa dia ustaz?”, pelajar itu tidak pasti.
“People don’t care how much you know until they know how much you care! Orang tak peduli sebanyak mana kita tahu, sehinggalah mereka tahu sejauh mana kita peduli”, saya cuba mengingatkan pelajar tersebut.
“Oh, ya saya ingat dah”, katanya sambil tersenyum.
Sesi pertama saya bersama peserta mana-mana kursus, saya dilatih di Fitrah Perkasa supaya mengusahakan keselesaan peserta. Tunjukkan kepada mereka dengan hati yang tulus ikhlas, bahawa kita memahami dan mengambil kira kesusahan masing-masing untuk datang ke program tersebut. Saya perlu tenteramkan peserta dan “cuba mengambil hati mereka”.
“Kursus ini tidak ada agenda cium pokok, makan bubur kulit limau, atau rendam kepala dalam air. Kursus ini kursus tuan-tuan dan puan-puan. Solat 5 kali, makan 6 kali! Anggap sahajalah ia cuti-cuti Malaysia. Jalan-jalan cari…?”, saya mencuba ice-breaking.
“Makannn!!!”, sahut peserta diiringi gelak ketawa mereka.
“Sudah-sudahlah cari makan tu ya. Biarlah kali ini kita jalan-jalan cari ilmu pula!”, saya atau mana-mana sahaja fasilitator Fitrah Perkasa akan berusaha memesrakan diri dengan peserta.
Ketika itu lazimnya peserta ini akan bergurau sesama mereka.
“Ha, tu la nko, asyik fikir makan aje. Malu la sikit kat ustaz!”, kata seorang peserta kepada rakan di sebelahnya.
Saya hanya membiarkan mereka saling bergurau. Tetapi mata saya terus memerhati seorang demi seorang peserta. Siapakah di peringkat itu yang masih sejuk dan beku. Masih masam dan berwajah jemu. Perhatikan… dan camkan orang dan namanya.
Semasa sesi perkenalan selesai, ketika orang sedang makan-makan, saya atau mana-mana fasilitator akan datang secara halus kepada peserta yang pendiam itu, duduk di sebelahnya, dan menawarkan kuih yang diambil.
Bertanyakan nama, rumah di mana dan cuba cari satu dua tajuk yang boleh dijadikan titik perbualan.
“Oh, Encik Zam tinggal di Cheras. Saya pun sama. Cuma saya di Taman Midah. Encik Zam duduk di bahagian Cheras yang mana?”, saya mengusahakan perbualan.
“Saya di Cheras Jaya”, jawab peserta tersebut perlahan.
“Gitu… saya tak tahu sangat Cheras Jaya di sebelah mana. Cuma adalah perasan signboard tu”, saya menyimpulkan persoalan yang dikongsi.
Cukup setakat itu. Apabila dia sudah sudi menjawab soalan yang ditanya, ia sudah cukup baik. Tidak perlu dikorek pada masa itu masalah yang dihadapinya. Simpan di hari kedua nanti. Jangan jadi ‘penceroboh’, menceroboh hidup orang. Cukup sekadar kita tunjukkan dengan perbuatan yang kita ini pedulikan dia. Kehadirannya kita sedari dan telah ditanda dengan perbualan ringkas itu.
Begitulah selalunya.
HASAN AL-BANNA DARI KACA MATA ABBAS AL-SISI
Saya sentiasa ingat kisah yang diceritakan oleh Abbas Al-Sisi di dalam bukunya “Jalan Menuju Hati“ tentang pendekatan Hasan al-Banna di dalam dakwahnya.
Suatu ketika seorang lelaki datang ke pejabat Ikhwan al-Muslimin untuk mendaftar sebagai ahli. Apabila Hasan al-Banna melihatnya, beliau berkata, “Assalamualaikum ya Muhammad”
Lelaki itu amat terkejut. Bagaimanakah Hasan al-Banna tahu namanya. Kata Hasan al-Banna, “aku pernah mendengar rakanmu melaungkan namamu semasa kita di sebuah stesyen keretapi!”
Begitu sekali Hasan al-Banna sensitif dalam memenangi hati manusia di sekitarnya. Ia bukanlah skill yang dibuat-buat, tetapi datang dari jiwa yang mempercayai bahawa manusia berhubung dengan perasaan, bukan formaliti dan ilmu kepandaian. Apatah lagi hubungan paksaan.
SUKA MENGHINA DAN MEMALUKAN PESERTA
Namun saya tidak nafikan, dalam pelbagai program sama ada di peringkat pelajar sehinggalah ke alam pekerjaan, memang ramai yang suka membuat pendekatan memalu dan mendera peserta.
“Minta maaf tuan-tuan dan puan-puan. Di sini tak ada Dato’ dan Datin, tak ada Bos dan Manager, semua jawatan tu gantung kat pintu masuk tu. Di sini, saya bos!”, kata seorang penyelia kursus.
“Kamu semua akan diuji sejauh mana ketahanan fizikal dan mental. Maka jangan nak mengeluh kalau makanan tak seperti yang diharapkan”, kata pengarah sebuah program induksi pelajar.
Lalu peserta dikerah mendengar ceramah sehingga pukul 1 pagi. Kemudian bangun jam 4 untuk Qiamullail. Seterusnya sarapan pagi hanya roti keras cicah air sejuk. Dan makan tengah hari, nasi bubur bercampur kulit oren dan biji kopi.
Apa alasan berbuat demikian?
Mahu membina ketahanan mental.
Ketahanan mental atau masalah mental?
TENTERA LAIN
Saya tidak pasti dan tidak ada membuat kajian, dari manakah datangnya kepercayaan perbuatan memalukan manusia dan mendera fizikal, boleh membawa kepada ketahanan diri yang diperlukan? Di dalam sirah Nabi SAW, yang telah berjaya melahirkan pahlawan yang hebat-hebat, saya tidak ketemu pendekatan mendera mental sebagai pembina jati diri sebaik-baik umat itu. Soal kelasakan, ia mungkin tidak perlu dibuat-buat, kerana memang nature kehidupan Arab itu kasar dan amat mencabar.
Namun saya akui, pendekatan itu sudah pun diterima sebagai sebahagian proses membentuk pasukan keselamatan. Polis, tentera, dan mereka yang seangkatan dengannya. Tentu kelasakan begitu adalah sebahagian daripada proses pembentukan.
Tetapi untuk kursus motivasi, program induksi pelajar baru, atau Tamrin membina kefahaman Islam… perbuatan-perbuatan seperti itu hanya memperbodohkan peserta sahaja. Tambahan pula anda hanya penganjur. Bukan ada kuasa untuk menguatkuasa.
Tidak hairanlah jika program begini memerlukan 20 orang AJK dengan nisbah fasilitator dengan peserta 1:2!
Anda bertindak sebagai pengawal, maka berkawallah anda sepanjang masa.
Kita sibuk melatih kader dakwah agar tahan lasak, akhirnya majoriti kecundang sebab kesenangan hidup, bukannya kerana kepayahan.

INSIDE OUT
Tetapi saya percaya bahawa manusia adalah makhluk yang diciptakan Allah inside-out. Perubahan mesti datang dari dalam. Jika perubahan yang dimahukan itu adalah perubahan sikap, perubahan budaya kerja, semuanya membabitkan soal dalaman manusia. Maka proses mengubah manusia, mesti bersifat manusiawi.
Lihat sahaja gerakan Missionary Kristian. Mereka bukan menyampaikan ilmu tentang Bible tetapi mereka menawarkan kepedulian. Dengan kepedulian itu, ia bisa menarik orang untuk terbuka menerima idea perubahan.
Kepedulian bukan ilmu. Jauh sekali indoktrinasi. Ia adalah sikap dan akhlak seorang fasilitator, penceramah dan guru. Kepedulian itu adalah jelmaan perasaan, dan manusia saling berhubung dengan perasaan… bukannya ilmu.
Orang peduli apa, kamu banyak ilmu sampai ke puncak gunung, kalau kamu tidak berjaya menunjukkan prihatin kamu kepada orang lain.
Bahkan Nabi SAW sendiri dikenang dan dikasihi, adalah atas kasih sayangnya kepada umat. Soal ilmu yang diajar sebagai santapan akal, mungkin 7%, tetapi sentuhan akhlak baginda yang tinggi. Keprihatinan baginda, terserlah di dalam peristiwa baginda pergi melawat wanita Yahudi yang tiba-tiba tidak muncul hari itu untuk seperti biasa menyakiti baginda.
Saya ulangi kembali, “people don”™t care how much you know until they know how much you care!“
Jika anda buat program untuk tunjuk pandai, maka bertarunglah anda dengan tindakan peserta yang memperlekeh, buat dunno, atau membalas kembali hujah anda dengan bidasan yang memalukan diri.
Tetapi jika anda buat program untuk memandaikan peserta mengurus kehidupan, maka berikan keselesaan kepada mereka, tenangkan mereka, menangi hati mereka dan berikan apa yang mereka perlu, bukannya apa yang anda tahu.
Kita mahukan dari peserta itu perHATIan, bukannya perAKALan. Jika hati yang mahu dimenangi, binalah jambatan, bukannya tembok.
JADUAL YANG RIGID
Di antara penyakit pelajar semasa menganjurkan program, mereka sangat rigid dengan kepatuhan masa berdasarkan apa yang dilakarkan di atas kertas jadual program. Walhal jadual masa itu bukannya ada asas pun. Ia tidak dibuat berdasarkan kajian terhadap realiti peserta.
Makan buffet, peserta 100 orang, tempoh masa makan yang diberi ialah 1 jam. Itu tidak realistik namanya. Anda merancang untuk mencacatkan program anda sendiri.
Saya percaya, jadual mesti ada ruang anjal. Dalam jadual asal, kita tetapkan sesi tengah hari bermula pada jam 2:30 petang. Tetapi jika peserta kelihatan penat, kita boleh tawarkan peserta untuk melewatkan sesi itu kepada 3:30 petang supaya mereka sempat tidur sekejap. Cumanya, jika semua orang telah bersetuju begitu, maka semua orang kenalah tidur dan bukannya bersembang atau menonton TV.
Maka ketepatan masa, akan diukur pada masa baru yang telah dipersetujui bersama.
Saya rasa sangat badut apabila memaksa juga peserta mendengar ceramah saya dalam keadaan mereka sudah hilang upaya untuk mendengar.
Apatah lagi, jika pelajar yang menganjurkan Tamrin mahu menjana pemikiran Islam peserta, tetapi alat utama pemikiran itu ialah AKAL dan HATI sudah dimusnahkan oleh tidur yang dipotong-potong, dan hati yang disakit-sakitkan.
Ujian kelasakan fizikal, lakukan pada sesi kelasakan fizikal.
Tetapi mulakan dahulu dengan rombakan akal dan kefahaman. Rasulullah SAW tidak melatih sahabat berlaku lasak. Tetapi input kepercayaan yang teguh, menjadikan mereka lebih lasak dari mana-mana pencapaian sejarah manusia. Seorang wanita pun boleh jadi besi dengan sentuhan yang menjunam ke hati. Tanya sahaja Sumayyah, wanita syahidah pertama… kekuatan apakah yang membolehkan beliau memilih mati?
Itu dalam sejarah. Kita boleh mengeluh jika generasi manusia ini makin kemudian makin ‘manja’. Khususnya di zaman generasi yang sangat bebas berfikir ini. Tetapi itulah realitinya. Nak dimarah pun, generasi hari ini adalah begitu. Mereka mungkin lemah fizikal, tetapi mereka berani dan ganas fikiran.
Keberanian berfikir yang ada pada generasi muda hari ini, tidak membolehkan mereka memaafkan pembodohan secara mudah. Perbuatan mendoktrin dan memaksa idea hanyalah manifestasi kedangkalan penganjur yang gagal memahami bagaimana manusia berubah.
Manusia boleh ada hati sekeras batu. Jika anda mahu memecahkan batu itu, anda boleh mengetuknya dengan penukul. Tetapi jika anda mahu membentuk batu itu, maka ia memerlukan kesabaran seperti air yang sabar menitik ke atas batu, lantas beroleh kejayaan.
Di dalam setiap program, jika gagal mendapatkan kawan sekali pun, janganlah membanyak biakkan lawan.
Hormati maruah manusia, menangi hati mereka, berhubunglah sesama manusia secara manusiawi kerana manusia tidak pernah peduli sebanyak mana yang kamu tahu, hinggalah mereka tahu sejauh mana kamu peduli.
Bina jambatan… bukan tembok yang memisahkan.
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Aal Imraan 3: 159)
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
19 Mei 2007
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





assalammualaikum….
tepat apa yang ustaz cakap ni,,, keperluan memahami hati manusia, hormat-menghormati perlu diterapkan, lagi2 kalau yang terlibat lebih tua dari kita, yang muda juga sama.
seek to understand and to be understand ye ustaz…
jzkk utk perkongsian ilmu mengenai manusia ini,,,
ops,,,salah
seek to understand and then to be understood…
faham orang lain dulu and then baru meminta pemahaman terhadap diri,,,
artikel yang sangat baik untuk para programmer…nilai dan muhasabah program2 yang telah,sedang dan bakal anda anjur.semoga memberi impak positif.bravo ust has !!
allah yubarik fik..
my 1st komen setelah kian lama membaca artikel-artikel ustaz.
artikel yang menarik perhatian
kerana dahulu pernah sertai program yang ustaz katakan membuat pendekatan memalu dan mendera peserta.
cukup tersiksa berada dalam program seperti itu.
Baarakallahu fiikum.
‘Subject matter’ ni boleh di applikasikan kepada banyak situasi dalam kehidupan kita. Memang bagus sekali.
Jangan biar pihak BTN belajar daripada ustaz teknik-teknik ini sudah, nanti akan jadi berkesan taktik menyemarakkan semangat nasionalisma/kemelayuan buta mereka. Sebabnya setakat ini, kegagalan mengatur program yang baik lah yang menjadi punca tidak berkesannya kursus-kursus mereka.
Wallahu a’lam.
Salam’alaik ustaz..hmm,artikel yg sgt menarik..dan mungkin juga boleh menjadi anjakan paradigma kepada mereka yang sering menguruskan program dan tamrin…cumanye, saya nak tanya ustaz…saya pernah menghadiri tamrin pemahaman islam yang memang agak keras pembawaannya…tamrin pemahaman islam supaya sahabat yang hadir tahu ttg tujuan hidup kita dan kewajipan kita sebagai khalifah ALLAH..semasa tamrin tue,mmg ramai kawan2 saya yang agak tertekan dan selepas tamat program,ada antaranya yang semakin ‘futur’…namun,alhamdulillah saya dapat menerima pembawaan tamrin tersebut setelah menyedari bahawa pendekatan yang agak keras itu boleh menjadi ‘tarbiyah’ dalam diri..sunnah org berjuang, kebanyakannya melalui mehnah dan kepayahan..dan pendekatan tersebut dapat mendidik jiwa kita supaya lebih bersedia menghadapi segala cabaran di luar yang hakikatnya lebih mencabar dan diluar jangkaan…cumanya, bila difikirkan ttg sahabat2 yang futur kerana tertekan dengan pembawaan tersebut, saya pun jadi konfius pendekatan apakah yang terbaik sebenarnya..?..dan sekarang,ustaz menceritakan ttg pendekatan manusiawi…bolehkah dengan pendekatan yang memberi banyak keselesaan kepada peserta, peserta akan kental jiwanya apabila menghadapi cabaran di luar yang hakikatnya sangat menguji kesabaran dan memerlukan persediaan dari segi rohani dan jasmani..?? (dalam konteks seorang pendakwah dan ahli gerakan di kampus)..jzkk wallahu’alam..
@smiley, dlm konteks seorg pendakwah, saya berhasrat mengatakan program yg memberi keselesaan yg sederhana tanpa penyeksaan mental dan jiwa boleh membentuk seorang mujahid dan mujahidah.
sayalah antara produknya.
dan saya juga pernah menjadi futur seperti sahabat2 saudara tu.
tapi kini ALHAMDULILLAH.
Jazakallahu ustaz..
Tepat pada waktunya terutama buat diri ini yang telah diberikan taklifan mengendalikan program di sini.Akan saya jadikan sebagai panduan.
Apabila saya sebut “berikan keselesaan kepada peserta” itu bukan bermaksud berikan kemewahan kepada mereka. Keselesaan yang saya maksudkan ialah:
1. maruahnya dijaga. menjatuhkan air muka dan maruah seseorang atas apa alasan sekali pun, sama seperti menelanjangkannya di khalayak ramai.
2. jika program itu mahu mencapai matlamat berkaitan perubahan cara berfikir, bersangkutan dengan kefahaman, maka fokuskan kepada memberi kefahaman. matlamat mahu menjadikannya lasak dll, buat dalam program yang khas untuknya. nak cerita apa kepada peserta kalau dah tersengguk-sengguk. sembahyang pun tak boleh, apatah lagi nak dengar ceramah.
3. latihan berdepan dengan kesusahan hidup… emm… kesusahan tidak boleh dibuat-buat. kesedihan tidak boleh dilakon-lakonkan. ia akan berakhir dengan kelihatan bodoh… mungkin tidak hari itu tetapi selepas beberapa tahun cuba menoleh kembali ke belakang.
4. jika mahu peserta biasa dengan kesusahan, jadikan kesusahan sebagai sebahagian kehidupan bukan hanya semasa tamrin atau kursus, tetapi di sepanjang kehidupan. jangan bermewah dengan hfone yang melebihi keperluan, lazimkan diri bersedekah dan infaq fi sabilillah, lakukan kerja-kerja dakwah sehebat mungkin, cabar diri agar keluar dari zon selesa dan berpindah ke zon cabaran… ia lebih realistik.
setakat ini baru 20 tahun berkursus dan bertamrin, saya semakin percaya pada kuasa berhubung dan berdialog dalam aman, berbanding konfrontasi dan retorik yang mengarut
salam..
artikel ustaz ni sedikit sebanyak gak menyentuh secara x langsung mengenai leadership…yang mana bagi ana leadership bukanlah diukur dengan ketinggian ilmu seseorang itu, tetapi bergantung bagaimana seseorang itu dapat memahami & mengurus orang yg dipimpinnya itu.
Pengurusan lebih mudah apabila kita faham selok beloknya. Begitu juga menguruskan manusia. Misalnya dalam 1 usrah, naqib yang berjaya merupakan seorang yg memahami setiap ahli usrahnya, & dapat menguruskan usrahnya menjadi satu perkumpulan yang menarik & berkualiti. Nah, bayangkan saja kiranya seorang naqib itu gagal memahami ahli usrahnya, sudah tentu ahli usrah tersebut nak datang usrah pun belum tentu lagi mahu. “Ala, boring la, masuk pun bukan paham…” , “Buat usrah dekat² nak exam, tak reti pk utk org lain ke?”
Haiz…nampak cam mudah nk buat….
Buat sehabis baik….(macam cogankata pengakap dulu²)
Wallahua’alam…
Buat Ustaz (dan teman-teman yang berminat),
Di sini saya turunkan dua artikel yang menarik, bukan untuk dibaca, tetapi untuk direnung-renung, untuk difikir dalam-dalam tentang keadaan di negara kita sendiri. Khususnya hubungan antara kaum, dan antara agama. Kebetulan ustaz dengan mendalami bidang Ketamadunan, dua artikel ini kemungkinan besar sangat berguna:
[1] The Global Ideology of Fear oleh Tariq Ramadan dalam New Perspectives Quarterly (Vol 23 # 1, Winter 2006)
http://www.digitalnpq.org/archive/2006_winter/ramadan.html
dan juga [2] Fears for Democracy in India oleh Martha C. Nussbaum dalam Chronicle Review (18 Mei 2007)
http://chronicle.com/temp/reprint.php?id=t15b1l92nf46jb6sq8b82dpsct9f9003
salam,
hehe,menarik sungguh teknik fasi mendekati peserta…
jzkk
Tahniah buat ustaz, jazakallah.. artikel memang bagus
Barakallahu fi kum wa nafa’allah bima fi kum min khair lil jami’
memahami perasaan orang lain.. ibarat mengukir tulisan di atas berlian.. sekali tersilap, tercalar corak, jatuh nilainya…
Jadi, saranan ustaz dalam memahami peserta tanpa “meceroboh” itu sangat berkesan. Boleh dipraktikkan sebagai penggerak masjid untuk mengimarahkan majlis ilmu dikalangan jemaah.
salam perkenalan dari saya.
salam dear ustaz,
Pendekatan ustaz iaitu “kuasa berhubung dan berdialog dalam aman, berbanding konfrontasi dan retorik yang mengarut” telah lama menjadi cita-cita akak dalam melaksanakan kerja dakwah tetapi setakat yang pernah akak tempuhi dan alami , pendekatan ini adakalanya mendapat tentangan dari pihak yang menafikan keberkesanannya….. selama ini kaedah yang diguna-pakai adalah kaedah yang dicipta dan digarap oleh para ilmuan dan pakar motivasi barat yang kurang/tidak menerapkan elemen kerohanian ( elemen ini hanya dapat disentuh dengan kaedah yang amat halus seninya = kaedah yang ustaz lakukan ) yang pada akak adalah intipati kepada berjaya atau tidak ‘diketuk’ pintu hati peserta ke arah output yang lebih positif dalam penilaian diri sendiri.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga !!
salam..
nk ubah manusia,bukannya dari akal ke akal..
tp dari hati ke hati….
nk ubah manusia…kita bukan sahaja memerlukan dakwah..tp perlu di follow up dengan tarbiyah…dakwah & tabiyah adlh 2 perkara berbeza….
jika kita seorg da’i & murabbi,kita SEDAR t/jawab kita adlh menyedarkan manusia lain..& kita perlu SERIUS dlm membuat usaha meRUBAH org lain….usaha meRUBAH org lain hanyalah angan2 kosong jika kita hanya pandai melihat KEROSAKAN yg ada & mengkritiknya semata2…
melihat,mengkritik dan berusaha memperbaiki setiap individu yg ROSAK..itu barulah benar2 seorg da’i & murabbi sejati…
jika hanya berceramah…..kita hanya kenal mad’u masa time ceramah shj..& xde apa2 yg boleh kita perbaiki slps habis ceramah..
ini menunjukkan kita x SERIUS
saya baru sahaja pulang dari minggu pengurusan pelajar baru (orentasi). sebagai faci, sy kira suasana ‘memekik’ pelajar supaya lebih menghormati masa (e.g berjalan cepat), slot displin dll adalah lumrah dan satu KEMESTIAN. kita berhadapan dengan pelajar2 yg manja lebih2 lagi masih belum keluar dari arena ‘holiday’ lepas SPM.
sewaktu saya sedang menginggikan suara menyuruh pljr agar cepat bergerak, rupanya saya diperhatikan oleh murobbi. pabila sy bertemu dgnnya, dia menegur cara saya itu. katanya, islam ada cara yg lebih baik dari pekik-memekik (tapi murobbi sy xbgtahu, mgkin dia suruh sy cari sendiri).
bukan sy xpnh mngnakan pendekatan yg lebih lmbut utk memberi arahan kpd pelajar/peserta. hasil yg sy dpt ialah mereka tidak peduli.
disini sy ingin utarakan persoalan kpd ustz dn pmbaca yg lain, pendekatan bagaimana lg boleh kita gunakan dlm mendepani peljr2 yg manja+ego, tpi pd masa yg sama xmenjauhkan hati sesiapa?
dari sudut tamrin pula (terutamanya tamrin qiyadi), apa pula pendekatan yg terbaik dlm melahirkan pejuang2 yg kuat akal jua fizikal? adakah meletakkan peserta dlm keadaan selesa (tmpt tidur,makanan,layanan) akan menjadikan mereka golongan lembab? tapi terjaminkan kalau mereka didera mental & fizikal (provok, dikejut 3pagi disuruh duduk separuh, diberi nasi+pasir, dll) akan menjadikan mereka kuat luar dan dlm?
@bintunmajid, RUJUK makna selesa yang Ustaz maksudkan di atas
@bintunmajid, hassan al bana suruh terapkan elemen jundi dlm tamrin,,sbg fasi yg dinamik,,kita harus faham usul ini..mungkin,,tamrin qiyadi lain pendekatannya dengan tamrin peringkat taarif,,apapun jgn ketepikan elemen manusiawi,,teruslah mengkaji metod terbaik..
assalamualaikum..
ana bersetuju ..
people don’t care how much u know until
they know how much u care..
kebanyakan program yg ana pernah sertai .. begitulah
lebih kurang rentaknya .. seumpama masuk kem tentera
jadualnya padat .. terkejar2, bila dah letih, ilmu yg sgt berguna
seumpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri ..
sedangkan kerana ilmu itulah hadirnya insan yg jahil ini (“,)
moga dipermudahkan segala urusan ..
assalamualaikum..
ana terpanggil untuk berkongsi ttg #18 oleh bintunmajid
ana rasa soalan bintunmajid telah pun terjawab dalam artikel
ustaz …
” Tetapi mulakan dahulu dengan rombakan akal dan kefahaman. Rasulullah SAW tidak melatih sahabat berlaku lasak. Tetapi input kepercayaan yang teguh, menjadikan mereka lebih lasak dari mana-mana pencapaian sejarah manusia. Seorang wanita pun boleh jadi besi dengan sentuhan yang menjunam ke hati. Tanya sahaja Sumayyah, wanita syahidah pertama”¦ kekuatan apakah yang membolehkan beliau memilih mati? ”
Pada pandangan ana .. ia sudah terbukti berkesan.
Contoh lain nya peranan ibubapa dalam mendidik
anak2 zaman sekarang .. mendekati mereka sebagai kawan,
menyelami hati mereka dengan penerapan nilai2 agama ..
ouputnya .. insyaAllah .. anak yg soleh solehah
Ana setuju .. seorang daie’ itu perlu kuat mental dan fizikanya ..
tapi paksaan secara mental outputnya .. fizikal yg memberontak
Bila ada KEFAHAMAN kenapa .. insyaAllah untuk MELAKSANAKANnya
secara ikhlas dan optimum .. akan tercapai walaupun pahit untuk ditelan
mungkin itulah dia Sumayyah dan para sahabat ..
Ana mintak maaf kalau pandangan ana mungkin ada cacat celanya..
Moga dpt membantu ..
wallahualam
Assalamualaikum warahmatullaahi Wabarakatuh…. TimasiH Ustaz atas artikel yang hebat nii… BetuL gak kan… kita BerdePan ngan masyarakat yaNg pemahaman ttG HiduP bersama islam yaNG Kurang…. berdepan ngan berbegai ragam manusia… berdepan ngan orang yang lebih ckit dari kita…. samaada dr segi umur.. dr segi kedudukan pangkat.. dr segi latar belakang keluarga… so kita kena pandai tuk masuk ngan golongan2 cam nii..
Sy terpanggil tuk menjawab soklan sdra bintun majid…
maaf ustaz.. ni just pndapat sy laa… ni ikut pengalaman sy laa.. bila mendekati kawan2/pelajar2 manja-ego nii… yang paling pnting tu cam ustaz ckp tu laa…. kena letakkan diri kita ni di hati madu’ kita… perubahan mmg mengambil masa yang lama.. cam diri sy.. orang2 yang tinggal dekat2 ngan tmpat sy tinggal ni kebanyakannya dari latar belakang yang biasa… tapi ada jugak yang kira kritikal… n alhamdulillah selepas 3 tahun tinggal bersama2… bermain bersama2… mereka ni dah nampak ada perubahan sedikit dr segi penghormatan terhadap sy.. bukan sy yang nak minta dihormati… tapi perubahan tu sy dapat rasakan…. n maybe sy rasa nak naikkan sedikit level sem depan… ada jugak sy dpat cdngan2 dr shbat2 yang len tuk buat cara yang lebih keras lagi…. tapi sy bgtau mereka… kita kena fikirkan jangka masa panjang… kalao mereka ni x berubah scra total sewaktu belajar nii…. x pe… yang paling pnting… mereka ni keluar ngan membawa kesedaran bhwa hidup mereka asasnya adalah islam…. maybe anak2 mereka nanti yang akan lahir sebagai pejuang2 yang lagi baik dari yang ada sekrg… tu yang palig pnting…. kita takut2 kalo cara kita terhadap orang2 yang berlatarbelakangkan biasa ni akan pandang serong ngan cara hidup islam disebabkan cara kita yang salah….. yang terlalu jumud…. sepertimana yang ustaz penah tulis…. golongan agama yang sekular… n golongan sekular yang sekular…. dalam “paradigma perubatan dalam perspektif islam” ….. kita kena faham… kebanyakan kita ni islamnya adalah islam warisan…. ckit shja islam pilihan sndiri…
so, kita kena KUAT dan LEMBUT…. bukan LEMAH LEMBUT…. kalo terlalu LEMAH LEMBUT… tu pun punca masaalah gak… n kalo terlalu KUAT KERAS pun masaalah….. so kita kena KUAT LEMBUT….
insyaALlah masaalah ketidak pedulian tu akan terhasil….
EGO…. masing2 ada ego masing2…. Ego hanya dapat dirungkaikan dengan KUAT LEMBUT…. yang mana keduanya lahir dari hati orang yang nak bawa dakwah ni….
dari tarbiyyah nafs n tarbiyyah Ummah yang digunapakai…. mmm…. tu je laa…. yang soklan lagi satu tu… shbat len laa yang jawab….
ustaz, betulkan ye kalo ape yang sy cakap ni ade bnde yang x betul…
timasih ustaz… semoga ALlah memudahkan kita semua…. Doakan Kitaorang kt cni ye UStaz… dah NAk dekat sgt dah exam nii… takut laa pulak…
klah ustaz.. k sume… Wassalam….
n nak sambung ckit lagi… kalo orientasi tu x yah kot nak marah2…. orientasi semingu je pun… xdenye orang boleh berubah dlm masa seminggu…
ade kot.. x mustahil.. tapi ikut suasana yang kita hadapi hari ni… mcm payah gak tu…
sy rasa.. tuk orientasi, fasi2 kena cari scra khusus orang2 yang boleh nak kawal n bimbing dak2 ni nanti bila dorang dah nak stat bljar nnti tanpa melupakan tarbiyyah umum tuk pelajar2 biasa…
ni sy ckp khusus tuk fasi2 yang ikut orientac tuk matrik kementeriaan pendidikan laa…
tapi kalo orientac tuk pelajar2 yang nak masuk taun 1, pendekatan jagnka masa pnjg tu yang pling pnting… lagi2 dak2 yang bljar oversea…. k… Skdar perkongsian buat sume….
Salam’alaik…syukran atas jwpn ustaz..mmg sgt2 membantu…dan saye rase, soalan bg #18 tu pon terjawab dengan jwpn ustaz di #9…
apa yang kita lakukan hari ni perlu lebih praktikal dan realistik bukan hanya semata2 idealistik…tarbiyah diri sendiri sebelum mentarbiyah orang lain…jzkk..wallahu’alam…
bintunmajid:
salam,
kena lihatlah kem apa yg anda organiza itu.
Jika itu kem solat, kem ibadah, pendekatan utk berkeras amatlah xsesuai.
kalau ia kem utk melatih fizikal mmglah sesuai.
jd kena tahu apa matlamat program.
mcm saya anjur kem akidah n solat.
objektif nk bg budak faham psl aqidah n solat.
so xsesuai utk kekerasan.
kena byk bertoleransi n bg peserta selesa.
kalau mrk letih, kita kena stop sbb kita nk bg mrk faham, bkn nk dera mereka.
kalau kita berkeras, mrk marah dgn kita, lpas2 hilang rasa hormat n apa yg diajar pun mrk xkan terima.
lepas kem solat tu, dapat lihat kesan pd budak2 tu. walaupun ada yg awalnya dipaksa ibu bapa, tp masuk hari kedua mrk dah rasa seronok n participate dlm dikusi.
pelajar2 ini sudah ditakutkan, kalau masuk kem mesti ada kena dera, kena ragging, kena tengking etc.
sampai saya terpaksa explain bahawa kat kem yg saya n kwn2 anjur tiada semua tu.
dan alhamdulillah mereka semua suka
@masri, aah,,setuju..dahlah takut nak g prog2 islam ni..bile pergi plakk kene tengking la,,buat mcm2..kalu org2 kristian amat sgt menitikberatkan soal love..metod ni berjaya menarik org2 yang mencari2 agama..love ni adalah kepedulian la..so lets love and care
Orang Islam sewajarnya berusaha membangunkan hati manusia agar dapat menawan hati mereka kerana manusia ni ada hati dan perasaan.Manusia bukan hanya perlukan hujjah2 akal/dalil tentang kebenaran Islam malah perlu juga dijinakkan hati mereka dengan kita berbuat baik terhadap mereka.Saya menyeru saudara sekalian supaya mendalami psikology…ilmu hati moden dan juga mendalami tasauf ilmu hati dalam tamadun Islam.Buatlah pengubahsuaian ilmu2 tersebut dengan keadaan semasa.
W/apa pun cara anda menyampaikan Islam, jika anda boleh tarik mereka kepada Islam itulah kejayaannya,jika tidak anda perlu adjust dan buat penambahbaikan….be realistic …not idealistic/arguelistic
menarik pengalaman masing-masing…
bagus kalau buka blog dan asah tulisan masing-masing. kalau setakat di ruangan komen saifulislam.com, mungkin impaknya kurang optimum
@saifulislam, buka blog memerlukan komitmen yang tinggi Ustaz. Rasanya setakat ini bagi saya satu artikel pun mahu makan masa sebulan. jadi menempel kat mana2 blog yang berkenan supaya sekurang2nya menjana akal untuk berfikiran kritis dan kreatif
@iCover aka Dentist,
saya sokong cadangan ustaz menyarankan untuk mengasah tulisan di ruangan blog sendiri. Memang diakui memerlukan komitmen yang tinggi lebih2 lagi jika tujuannya bukan untuk merapu dan berbasa-basi semata. Adanya komitmen memupuk tanggungjawab dalam diri. Mungkin pada awalnya kelihatan sukar. Tapi percayalah, anda akan semakin teruja dan insyaAllah kemahiran menulis semakin meningkat
Salam Semua,
Best sangat2 komen no 26 tuh, sebab tu akak dah jadi pembaca senyap nih, hadam diam2. Kalau topik mencabar baru mencelah. Mlm tadi baru sempat dengar ceramah “Dosa penghalang ibadah” the best part is analogi ustaz pulas telinga…InsyaAllah akak takkan jadi peserta yang disapa sebab akak nih macammana bosan pun penceramah tu, akak tetap akan memberi air muka yang baik. Kesian dia berdiri.
Pembaca Saifulislam ni hadam setiap perkataan ke, banyak juga ayat atau perkataan yang perlu ulasan lanjut. Atau bahasa ustaz agak halus dan berlapik.
Tak kisahlah janji ilmu bertambah, dan mahu memberi…Ta da! Bila nak buat blog sendiri pula???(pertanyaan untuk diri sendiri)
Salam.
Entry ustaz kali ini mengingatkan saya pada satu program tamrin yang pernah saya ikut. Memang tebal muka bila dimarahi di depan sahabat-sahabat. Tapi masa tu saya anggap apa yang fasilitator buat tu betul, jadi ikut sajalah. Saya ada jugak rasa bengang, nak instil semangat Islam tapi kasar la pulak pendekatannya. Rasa kelakar pun ada jugak melihat kerenah sahabat-sahabat yang bengang dengan tindakan sesetengah fasilitator. Paling best… sepatutnya menu tamrin cuma nasi dan air sejuk tapi makcik2 dan pakcik2 yang tinggal di kawasan tersebut telah menghantar makanan yang sedap2 – gulai ikan masin dan roti cicah serawa durian (sedekah kata mereka sebab mereka gembira melihat mahasiswa/i berprogram di kampung mereka). Walaubagaimanapun, saya rasa syukur kerana terpilih menyertai program seumpama itu – ia membuatkan saya berfikir jauh.
sesuatu benda yang terlalu dekat dengan mata kita, memang kabur dan susah untuk dilihat dengan jelas. ia perlu dijauhkan sedikit dari diri untuk beroleh pandangan yang terang.
pengalaman menjadi peserta dan mengendalikan program semenjak 1988 hingga 2007… telah menjadikan saya tua, berbanding adik-adik di kampus. tapi tua yang tidak terlalu jauh, namun cukup jaraknya untuk melihat ke belakang tentang buruk baiknya pendekatan yang diwarisi tanpa muhasabah ini. mungkin adik-adik di kampus cuba mengukur kebenaran idea saya dengan contoh-contoh rakan dan senior yang sempart dikenali di kampus. tetapi saya menilainya dari bekas-bekas aktivis kampus yang mendera dan didera atas nama tarbiyah… mereka ke mana 10 tahun selepas alam kampus berlalu?
saya ulang kembali… pendukung kerja-kerja islam jarang kecundang kerana tidak tahan susah… mereka kecundang kerana gagal bertahan di depan kesenangan dan kemewahan.
anyway, kak ija janganlah pula jemu memberi komen, andaikata komen itu memperlengkapkan apa yang diperkatakan. tapi benar sungguh bagai dikata, saya amat mengharap agar peserta cermat membaca sebab saya cermat menulis. usahkan pemilihan perkataan, kesalahan ejaan pun saya amati sampai berkali-kali mengedit post di sini.
amat sedih rasanya apabila sesuatu yang telah saya nyatakan dengan jelas, dibalas dengan soalan yang mengulang apa yang telah saya sebut. rabun dekat atau rabun jauh? mungkin ITQAN tiada dalam pembacaan…
saya sangat setuju dengan ustaz.patutlah ramai nuqaba’ form 3 yang mengeluh sewaktu kami diwajibkan tamrin oleh ajk badar form5 dulu.bukan sebab kami tak suka tamrin tapi,disebabkan banyak aktiviti yang memaksa-maksa peserta yang tersedia terpaksa menghadiri tamrin tu.lantas,keterbukaan pemikiran peserta terhadap dakwah dan especially usrah semakin ditutup dek tembok2 yang terhasil dari kelemahan pemikiran yang letih ketika seminar hasil dari jadual yang tidak membei ruang masa.insyaallah saya akan cuba dekati ajk2 yang ada sekarang supaya tidak menetapkan tentatif yang terlalu memaksa peserta.terima kasih ustaz atas artikel yang berguna.
alhamdulillah. syukran atas pandangan masing2. ntah2 ustz kne bukak forum pulak kot =). sy ni pon masih diperingkat org yg ditamrin, tapi insAllah bakal ditaklifkan untuk ‘menamrin’. takut juga kalau tersilap gaya. moga Allah mengilhamkan yg terbaik buat kita semua..
artikel ‘memuhasabah’ diri ini selaku peserta program & kadang2 penganjur program
jzkk ustaz…
Assalamualaikum…
Ana tertarik dengan perkongsian idea + pengalaman + pendapat yang ustaz berikan… Secara jujurnya, ana gembira kerana ada orang seperti ustaz yang lahir ditengah-tengah kejahilan masyarakat ini.
Namun, secara jujurnya, ana ingin mengatakan ana TIDAK bersetuju dengan lontaran idea yang diberikan. Hujah – hujah yang diberikan walaupun nampak kemas dari segi persembahan, tapi amatlah rapuh dari segi hujahnya.
Sekadar mengatakan pernah terlibat dengan berpuluh-puluh ( bahkan mungkin beratus-ratus) kem motivasi, ini bukanlah lesen terbaik untuk menyerang pendekatan kem yang diterima pakai ketika ini.
Hujah ustaz amat rapuh dari kacamata saya… Tahukah ustaz kenapa ana katakan begitu? Mungkin ustaz perlu kukuhkan semula dengan SIRAH yang benar-benar terjadi pada zaman Rasulullah. Benarkah rasulullah tidak pernah tarbiyyah secara keras seperti memarahi sahabat di hadapan orang lain? Harap ustaz dapat huraikan kembali hadis berkaitan dengan seorang sahabat nabi yang memakai cincin emas… apa kesudahanna ?
memandangkan ini hanya lah komentar, ana tidaklah bercadang untuk melakukan sebarang rujukan terhadap tulisan ana ini. Cumanya, sekiranya betul, silalah terima dengan hati yang terbuka, dan sekiranya salah, mohon untuk diperbetulkan.
Menyokong bukan bererti bersetuju, Mengkritik bukan bererti membenci, Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang terbaik.
Wallahua’lam
saya berpendapat kita perlu ‘menyusuri’ perjalanan/gaya persembahan utz hasrizal untuk jangka masa panjang (jauh seawal SIO timbul), barulah boleh kita layak ‘melontar’ kata-kata seperti ‘amatlah rapuh’ seperti komen tuan anamukmi diatas.
sekiranya penilaian ‘amatlah rapuh’ tuan anamukmin sekadar berpaksi pada entri utz yang satu ini dan bukan sebagai kawan rapat semasa di sekolah atau di universiti dahulu, saya kira tuan anamukmin agak ‘keterlauan’…!!
terima kasih atas perkongsian pandangan ‘anamukmin’. sebagai respond saya, pertamanya artikel ini bukanlah ditulis untuk berbalas hujah kerana maksudnya adalah pada muhasabah. ia juga bukanlah bermaksud mahu ‘menyerang’ kerana ‘menyerang’ itu bukanlah pendekatan saya.
sebagaimana yang saya nyatakan di atas, bahawa saya tidak pasti di manakah di dalam sirah pendekatan ‘penderaan mental’ digunakan. maka yang patut mendatangkan hujah bukanlah saya, tetapi mereka yang menggunakan pendekatan ini, bahawa di manakah sandaran mereka terhadap pendekatan mereka itu, dari sirah nabi s.a.w.
saya meneliti discussion yang dibuat tentang artikel ini di tempat-tempat lain, yang kemudiannya diforward kepada saya. pada kiraan saya, susah kita hendak melakukan proses pembaikan jika apa sahaja yang ditulis yang berlainan dengan kebiasaan kita, kita mengukurnya secara defensif dan negatif. kalau defensif, kita tak akan bersedia untuk melihat cermin. kalau negatif, semua yang ditulis dibaca dengan sangkaan motif yang salah.
saya menyebut tentang keselesaan, bukan kemewahan. keselesaan itu subjektif, terpulang kepada level masing-masing. tetapi keselesaan yang maksudkan ialah jangan diganggu maruah dan harga diri peserta. jangan dimalukan, jangan di’perbodoh’kan. kerana manusia tanpa harga diri sama ada hilang jati diri, atau berubah menjadi musuh sejati. jangan lihat kepada berapa ramai yang memaafkan pendekatan seperti ini sahaja, pandang juga berapa ramai yang kecundang dan meliarkan diri akibatnya.
ramai juga yang salah faham, bahawa saya menuntut KESELESAAN di sini ialah kerana ceramah saya (misalnya di Fitrah Perkasa) berbayar! Maka sebab itu kena ambil hati peserta.
pertamanya, apakah bila bayaran dikenakan, maka kita hilang keikhlasan? jika kita beranggapan demikian, kitalah yang tidak ikhlas itu. sudah banyak kali saya tulis tentang hubungan soal KEPERLUAN dan TUJUAN.
Peserta kursus fitrah perkasa sesekali memberi feedback bahawanya kursusnya perkasa bagus. kalau bagus, tahukah anda bagaimana kami berusaha membaguskannya? caranya ialah, 9 orang perlu bekerja SEPENUH MASA untuk membaguskannya. Ada yang bekerja keras untuk grafik, ada untuk video, ada yang berhempas pulas membaca buku dan merangkanya menjadi modul, ada yang menguruskan telefon sepanjang hari, lantas setiap kali SEORANG pekerja fitrah perkasa pergi ceramah, sebenarnya 9 orang yang hadir memberi ceramah. Ia hasil kerja 9 orang, bukan seorang. maka professional consultancy fee yang dikenakan digunakan untuk menyara kehidupan 9 orang pekerja dengan beberapa puluh orang anak mereka.
duit yang dibayar menjadikan kita bertanggungjawab dan berkewajipan buat habis baik. apakah kerana ceramah dan kursus dibayar ala kadar, maka kita buat ala kadar? jika anda berkata ya, maka anda perlu muhasabah kembali. tetapi saya diajar supaya, jika dibayar kena buat betul-betul, kalau pergi ceramah free pun saya buat betul-betul. sebab itu anda jangan terkejut jika ada syarikat korporat menolak ceramah yang dicas ala kadar kerana mereka tahu ala kadar itu menunjukkan kurangnya effort yang diberi.
maka menjaga hati peserta ada di mana-mana. ceramah free atau ceramah berbayar, peserta sentiasa dihargai. tetapi ia tidaklah sampai terpaksa ‘terhegeh-hegeh’ mengambil hati peserta. saya menggunakan pendekatan mengambil hati, bukan kerana duit yang dibayar, tetapi memang sebab saya percaya dengan ‘kuasa pendekatan mengambil hati’. sebab itu dalam kursus atau di luar kursus, itulah cara saya. dan saya cuba berkongsi pandangan mengenainya, andai boleh dimanfaatkan.
again, jika ‘anamukmin’ mahukan hujah, maka mintalah dari pengamal pendekatan mendera mental itu yang mendatangkan hujah kerana mereka yang melakukannya. ada pun saya, saya lebih banyak terkesan dengan pendekatan nabi s.a.w yang memuliakan fikiran, meyakini dialog dan berhujah dalam aman. andaikata terbukti pandangan saya salah, maka sudah tentu saya boleh merombak kembali artikel ini, mengubah kembali pendekatan saya agar sesuai dengan roh tarbiyah nabi s.a.w kerana saya mencintainya.
saya berpegang dengan nasihat sheikh yusuf al-qharadhawi iaitu:
ada pun buat masa ini, saya lebih risaukan dakwah dan pentingkan mad’u, berbanding menjaga hati pendakwah yang senang melenting bila dimuhasabah. mungkin sebab saifulislam.com ini percuma, maka saya terlupa mengambil hati pendakwah seperti ini!
Salam ustaz,
Entah kenapa hiba rasanya membaca komen no 34. Akak tidak fanatik dengan ustaz, jauh sekali. Akak rasa selesa dengan bahasa dan pendekatan. Disamping menimba ilmu.
Akak selalu ingat saifulislam.com ini percuma, tetapi ramai yang meminta-minta. Pada akak kalau percuma tu kita “treat” macam nescafe percuma di lebuhraya dimusim perayaan. Kalau ada kita ambil dan bersyukur ke hadrat Ilahi kalau tidak ada tidak payah tanya. Dan kalau kena migraine kalau minum nescafe maka tidak perlu minum.
Assalamualaikum Al-Fadhil Ustaz Hasrizal,
Ana rasa komen ustaz #34, boleh jadi artikel penuh. Cuma tajuk saja yang belum ada.
wassalam
Amzari
Assalamuaalaikum Ustaz.
memang betul apa yang ustaz katakan, kdg-kdg urusetia suka buat mcm kursus tu diorg yg punya.
Saya sebagai pelajar sudah biasa pergi kursus. ada kursus yang pergi buat saya betul-betul rasa nak lari balik jer. tapi ada satu kursus yang buat saya rasa tak nak balik rumah punada. kat kursus tu kami tak dipanggil peserta tapi dipanggil anak-anak. semua fasi menyuruh kami panggil duiorg ayah dan bonda. walaupun kursus tu dibuat di kem PGA 3 tapi kami tak rasa bebanannya. Memang semangat diterap tapi dengan cara yang betul. takde ler sampai kena makan bubur kulit limau. Pengisian agama memang penuh dan padat.
hihi.. sokong ustaz…. sy pun sbnrnye mengalami masaalah yg sama laa ustaz.. baru td trfikir nak tye kt ustaz.. tetiba tgok dah ade org len yg timbulkan isu nii… bebaru nii.. kitaorg telah berbincang mengenai nilai.. cne kita nak nilai mad’u kita… nilai scra positif… bntuk batu ngan air bukan ngan penukul… lepas tu… ada sorg shbat ni ckp… kita kena ikut landasan Rasulullah dgn hujah sirah skali…. bila sy berfikir balik waktu balik ke bilik.. sy cakap bertentangan ke ngan ape yang Rasulullah buat…. Tp sy yakin ni laa pendekatan yang sesuai buat masa nii… maksiat depan mata bukan ditegah ngan cara yang memalukan.. kena ada step n strategi yg sesuai.. inilaa dia keindahan hidup dalam Islam…
aslm wbt
mmg benar nabi saw pernah dgn keras menegur shbt yg memakai cincin emas.
dan nabi saw juga pernah berlembut dgn arab badwi yg kencing dlm masjid, dan membiarkan shj arab badwi tersebut menghabiskan urusannya.
Lihatlah pada objektif kita, siapa audience kita.
Kalau hari pertama kem dah menjerit2 dgn audience yg kita xkenal dan mrk pun xkenal kita, kita xtahu background mrk n mrk pun xtahu background kita.
hehehe…betul kata ust tu ..
buka blog, asah penulisan … heheh…
http://gunx.blogspot.com/
Ustaz, susah jugak nak aplikasi dalam dunia dakwah hari ini apa yang ustaz sebut; pada no 3. “latihan berdepan dengan kesusahan hidup”¦ emm”¦ kesusahan tidak boleh dibuat-buat. kesedihan tidak boleh dilakon-lakonkan. ia akan berakhir dengan kelihatan bodoh”¦ mungkin tidak hari itu tetapi selepas beberapa tahun cuba menoleh kembali ke belakang.”
Macamana kalau modul yang digunakan dalam program, mengkehendaki pengandali / fasi berlakon. Contohnya, modul berkenaan ibu bapa. Katakanlah fasi tersebut diminta untuk bercerita tentang susah payah ibu bapa, tapi beliau tidak ada pengalaman begitu kerana beliau datang daripad akeluarga yang senang. Modul berkenaan mengkehendaki fasi menangis. Jadi, dalam kes ini, beliau pun berlakon untuk menangis.
Macamana tu ye ustaz?
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Salam ustaz, ana mohon maaf kalau2 kata2 ini “mungkin sebab saifulislam.com ini percuma, maka saya terlupa mengambil hati pendakwah seperti ini!” ditujukan sama kepada ana…
halalkan ye ustaz ilmu yang ustaz kongsi pada kami.
Ohya ustaz, izinkan ana memberi komen…
Ana sangat bersetuju dengan ideal yang ustaz bawa dalam artikel ini (lemah-lembut).. tapi ana juga tidak menolak bagi pendekatan yang sebelum2 ini (kasar)… bagi ana ada pro dan contranya…. sirahnya, kita boleh tengok kepada peribadi sahabat rasulullah (s.abu bakar & s. umar)
Dalam konteks tamrin (pelajar2 sekolah & campus) ana lebih setuju ada kdua2 watak ini.. sbb tu biasanya ada su disiplin dan fesi2…
p/s :- dari segi perkiraan ana, selepas tahun 2002, pedekatan kasar sudah kurang releven lagi dalam apa jua ‘kem’… budaya ‘regim’, toucher dan brainwash sudah sukar utk diterima………temasuk dalam keteteraan sendiri… (palapes/askar wataniah)
ape puncanya…tak pasti…
just padangan….
Salam..
. Hehe dah tua – tua ni baru nak kena pergi kursus induksi untuk pengesahan jawatan. Tapi bila deal dengan peserta yang mostly 30 yrs and above ni, sangat tak sesuaila pendekatan yang keras batu. Malah pihak urusetia lebih menggunakan pendekatan sepertimana artikel ustaz ni. Bak kata seorang commentor tu, kuat dan lembut. Hmm.. menarik tu. Jadi, cuma perlukan seorang dua fasilitator saja untuk 30 peserta. Takde masalah. Semuanya on time walaupun tiada paksaan atau herdikan dan we gave a very good feedback towards each other bila kursus berakhir.
Alhamdulillah. Baru habis kursus induksi
Ustaz.. memandangkan ustaz amat pentingkan susunan ayat dan ejaan, sikit nak komen kat perenggan kedua terakhir sebelum Surah Al Imraan tu:
“Hormati maruah manusia, menangi hati mereka, berhubunglah semasa manusia secara manusiawi kerana manusia tidak pernah peduli sebanyak mana yang kamu tahu, hinggalah mereka tahu sejauh mana kamu peduli.”
Rasanya semasa tu sepatutnyasesama kot?
Wasalam.
ABU SAIF SAYS:
Terima kasih Dr. Shiha atas feedback yang diberikan serta cerita ceriti yang dikongsi. Ejaan juga sudah saya betulkan, terima kasih… eagle eye… baru stitching cantik.
salam ustaz…pesanan ustaz ana semat dalam hati.
teringin zaman dulu ana pernah marah/tengking budak sekolah dari start tengah malam sampai azan solat subuh..
(ketika mengendalikan slot ‘menjatuhkan ego’)(ana rasa mesti sampai sekarang budak-budak tu tak puas hati dengan ana…
)
artikel ini juga mengingatkan ana kepada insiden dikejut sewaktu tengah pagi, ditutup mata dan di bawa ke kawasan perkuburan untuk di’tarbiyah’.
ana rasa seperti mana sahabat lain, merasai pendekatan ‘keras’ yang natijahnya melahirkan lebih ramai yang gugur dari tsabat dalam perjuangan. mungkin mereka phobia dengan stigma ‘psedo-perjuangan’ ketika berprogram??
kesimpulannya hari ini, ana lebih ingat pendekatan tersebut dari isi yang disampaikan. this article is really an eye-opener !!
wasalam
*teringin=teringat..(typo time revision utk exam…
)
saya caranya biar sholat kita menjadi khusut dan bagaimana caranya agar kita terhindar dari perbuatan zina
salam ustaz…
saya benar2 menghayati kata2 ustaz dlm artikel 2….memang manusia berhubung dgn perasaan bukan dgn ilmu…dn amat penting utk membina jambatan hati bukan tembok…tambahan lagi kalau kerjaya seseorang berhadapan dgn khalayak….mcm saya, bakal guru..
saya mesti praktikkan diri utk “caring”…tmbh2 pada students…
kebejatan sosial di aklangan pelajar pasti dpt dikurangkan kalau semua pihak tak guna kekerasan pada students n tjukkan care pad students kn…
kekerasan takkan dapat dilembutkan dgn kekerasan…
caring is important 4 teachers…n everyone…
people don’t care how much u know until
they know how much u care..
Jazakallah ustaz..artikel yg menarik..bakal diaplikasikan dlm prog yg akan dikendalikan winter nnti..insya-Allah..
-Dubliner-
aslmkum ustaz dan pembaca SIO.
betul3,setuju sangat…hehe. ana tak penah handle program motivasi lagi (teringin gak sebenanya) tapi melalui pengalaman handle majlis orientasi ana cuba untuk melakukan benda yang sama.
selalu kalau orientasi, mesti nk marah2,tengking2,pressure2….dengan alasan, mereka perlu diajar dengan serius upaya mereka serius mendengar dan mematuhi arahan. namun,manusia bukanlah boneka. manusia punya hati. lagikan pelajar universiti,orang dewasa, disuruh melakukan perkara yang mereka tak mahu dan dimalukan merupakan ‘pantang tok nenek’ tuuu….huhu. so benda tu yang harus difikirkan oleh koordinator2 program…apa tujuan dan objektif program.
dan aktiviti mestilah selari dengan objektif. nanti kita AJK syok sendri, peserta tak dapat apa. rugi masa dan tenaga kita fikir+buat kerja untuk menjayakan program tu….
semoga lebih banyak training2 yang memikirkan/menitik beratkan ‘hati’ manusia ini…=)
Assalamu’alaikum wbt.
Artikel ini menjadi garis panduan utk membantu saya menjadi seorang pendidik, murabbi dan juga suatu hari nanti mungkin bergelar ibu. “Ibu guru” yang mampu menangani hati setiap insan… terutamanya insan istimewa [golongan OKU]. Itu perkara pokok menunjukkan kita mengambil kesah akan seseorang waima siapa pun dia di sekeliling kita. Doakan saya berjaya dipermudahkan dengan pendekatan ini~
Assalamu’alaikum WBT.
Terima kasih dengan garis-garis perbincangan dalam artikel ini. Menarik dan tertarik. Wajar menjadi panduan saya sepanjang bergelar pendidik nanti. Menawan hati, mengambil hati tanda kita mengambil kesah akan seseorang. Doakan saya dipermudahkan meneruskan pendekatan yang ustaz usulkan ini.~
salam ustaz..
saya setuju ngan pendapat ustaz yang membezakan matlamat – untuk “tunjuk pandai” atau “memandaikan”…
saya pernah mengajar pelajar2 dari kelas yang tercorot dari aliran vokasional yang semuanya lelaki.. Semua perkara yang berkaitan akdemik,perlu di’suap’. tiada usaha langsung dari pihak diorang. golongan2 yang tidak berminat untuk berlajar dan sebahagian besarnya mempunyai masalah displin yang teruk.. sememangnya menguji kesabaran seorang guru baru!
setiap apa saya yang diajar, semuanya seolah2 tidak masuk otak. kadang2 mereka hanya melenggang kangkung je ke makmal tanpa sebatang pen pun! sehingga di satu peringkat, saya telah membandingkan diri mereka dengan diri saya sewaktu usia saya sebaya mereka.. akhirnya, saya di ‘boooooooo’.
saya juga pernah memarahi sekumpulan di kalangan mereka, dan esok lusanya langsung tak masuk makmal (kelas saya).. sudahnya, seolah2 saya buat experiment seorang diri kat lab..
akhirnya saya dinasihati oleh pembantu makmal saya supaya memberi perHATIan kepada mereka.. lebihkan perHATIan berbanding perngAJARan..
kerana HATI setiap manusia itu tak sama.. masing2 punyai kelemahan tapi tetap mempunyai kelebihan tersendiri, walau dalam bidang yang berbeza.. ada yang terlalu dahagakan ilmu, dan ada yg sebaliknya..
kerana matlamat saya untuk ‘memandaikan’ meraka dan bukan untuk ‘tunjuk kepandaian’ saya…
mungkin dengan perHATIan akan mampu membuka dan melembutkan HATI…
seperti kata ustaz- berhubung dengan manusia secara manusiawi, hinggalah mereka tahu sejauh mana kamu peduli.
People don’t care how much you know until they know how much you care!
Ustaz, hati saya merasa sayu dan sedih membaca artikel Ustaz kerana mengenangkan bagaimana saya pernah didera mental dalam usaha pihak penganjur untuk membentuk hati saya sekuat para mujahidah.
Saya pernah bertanya kpd seseorang kenapa perlu melakukan program ini dgn cara yang sedemikian? jawapannya untuk membentuk permata yang mahal, berkualiti dan cantik memerlukan proses pembentukan yang keras spt proses pemecahan, pengenapan dll. Kurang ingat.
Tetapi dijawab oleh Ustaz bahawa “Manusia boleh ada hati sekeras batu. Jika anda mahu memecahkan batu itu, anda boleh mengetuknya dengan penukul. Tetapi jika anda mahu membentuk batu itu, maka ia memerlukan kesabaran seperti air yang sabar menitik ke atas batu, lantas beroleh kejayaan.”
Era umat manusia yang berfikiran kritis, bijak dan berilmu tidak perlu kepada proses mengetuk hati.
buktinya bagaimana saya melihat batu keras yg diketuk hanyalah membuatkan batu itu pecah berderai, nampak seperti telah berjaya tetapi sebaliknya menghasilkan fragments kebencian yang tersembunyi di sebalik batu2 itu.
Protes, hipokrit dan terpaksa.
SEBALIKNYA, saya pernah juga menghadiri satu program yang membina jambatan hati antara saya dan mereka. di akhir program saya mengenang bagaimana saya pernah diperlakukan suatu masa dahulu dan alangkah indahnya jika mereka koreksi metod yang digunakan.
maaf Ustaz. Tegur jika saya salah.
salam…
menarik…
igt lagi waktu kem BTN dulu…
kena training macam apa ntah…
teruk ja kena…
tp sabar jer laaa…
konon nak naikkan semangat cintakn negara…
tapi dera orang mcm org tu bukan manusia…
macam haiwan…
mcm mana nak dapat objektif sebenar program itu…
suatu program yang berjaya,
apabila ke2-2 belah pihak dalam posisi win-win situation…
ok..
wasalam…
Syabas Ustaz,
ketika banyak permintaan terhadap pengisian modul ustaz mengenengahkan entri berkenaan kaedah penyampaian.
Benar, pengisian bagus cara penyampaian tidak tepat, hampas juga hasilnya
Ini yang ana telah dan cuba untuk terus amalkan dalam seisi pengajaran anak-anak international di sebuah sekolah menengah agama swasta dahulu. Berkesan, Alhamdulillah.
Semoga ramai lagi para daie dan penggerak Islam boleh memahami budaya fikir yang ustaz selalu bincangkan agar dapat kita sama-sama membentuk satu budaya kerja yang lebih efektif membentuk manusia dengan cara baru. Mudah-mudahan makin kita memahami manusia, makin dekat kita dapat membawa mereka mengenali diri mereka dan Allah.
salam ustad…memang saya setuju sangat2 dengan apa yg ustad bgthu ni..sebelum ni pon saya pernah berfikir adakah dengan cara ‘menyeksa’ peserta dan mengawal peserta seperti ‘kuku besi’ dalam TAMRIN, atau mana2 program akan memberi kesan yg positif selepas program tamat nanti.
Apa yg saya lihat, ramai yg sudah serik dengan program2 sebegini.Dan seterusnya, jika dia dilantik menjadi fasi, dia juga ‘terhasrat’ untuk membalas dendam pada peserta mereka sepertimana yg mereka telah kena sebelum ini.Sudah lari fungsi sebagai fasi..bukan sebagai pendidik atau mursyid, tapi lebih kepada mahu membalas dendam dengan alasan,”dulu saya pon kene ‘tarbiyyah’ mcm ni jugak..”.
Dari satu pengalaman saya yg pernah melalui program ‘kuku besi’ ini, memang cukup meluat melihat fasi2.mereka seperti menjadikan kami peserta2 ini sebagai ‘budak bodoh’.tidak boleh berhujah,sume salah kami dan kami sudah rasa seperti didalam tahanan ISA!!
Beralih pengalaman sebagai AJK pula, kami sentiasa ingin cuba memberi keselesaan kepada peserta.Namun ada ketika, seperti prgram kami ini tiada manfaatnya langsung kepada mereka2 ini.Terutamanya jika AJK itu lebih muda daripada mereka atau sahabat2 mereka sendiri.Kami tidak mahu memaksa, tapi mereka pula tidak reti bahasa.memang tidak mahu,tidak mahu dan ‘peduli apa aku’!! Dalam hal mcm ni,adakah perlu kepada penegasan atau ustad dan sahabat2 laen ada tips lain untuk isu ini…?
assalamualaikum ustaz..
pertamanya ana meneliti segala perbincangan berkenaann manusia berhubung perasaan..
namun bagi kedua2 pendekatan (lembut & keras) ada hujahnya dan ada sirahnya untuk diguna pakai dan berkesinambungan pada masa kini…
ana tidak menafikan rasulullah turut menggunakan pendekatan yang baik dalam mentarbiah sahabat (terlalu banyak dalil dan sirah boleh dirujuk)… namun
bagaimanapun tidak ketinggalan pendekatan yang agak keras dalam pentarbityahan.. misalannya seperti mana yang berlaku pada ka’ab bin malik, ruba’i bin umair dan hilal bin umaiyah yang dipulau oleh nabi dan sahabat-sahabat dalam peristiwa tabuk, yang memberi kesan yang ‘super’ dahsyat dan sedikit memalukan(seingat ana, mohon teguran kalau ada silap, rujukan al-mutasaqitun ‘ala thoriq dakwah’)
begitu juga seperti mana kisah tentera jalut dan thalut (surah al-baqarah 249)yang hanya dibenarkan untuk meminum sedikit air (illa manightaghafa ghurfatan biyadihi) seolah-olah menggambarkan perlunya pentarbiahan yg agak keras drpd Allah kpd jundi-jundi agama-Nya..
beberapa nama besar seperti dr yusuf qaradhawi, syed qutb, syed hawa, ‘abdullah azam, tn guru abdul hadi awang, ust nasaruddin tantawi, ust nik zawawi nik saleh dan byk lagi lahirnya dari program pentarbiahan yg ‘quite syadid’..
mohon maaf sekiranya tersasar dari perbincangann pokok..hanya sekadar pandangan berdasarkan pengalaman…mohon perkongsian usul…
“khilaf umatku ialah rahmat” (hadis)
@Qairy Mujahid, wsalam wbt.
menolak tarbiyah keras, adalah suatu kejahilan. justeru saya tidak menolak tarbiyah keras kerana keras dan lembut, saling memenuhi maksud HIKMAH apabila kena pada tempatnya.
namun perbuatan memalukan orang atas nama tarbiyah, tidak termasuk di dalam bab tarbiyah bahkan dosa yang bertentangan dengan Islam. pemulauan nabi saw ke atas sekumpulan sahabat yang tercicir dari perang tabuk, adalah suatu hukuman (Ta’deeb) ke atas mereka disebabkan oleh kesalahan yang mereka lakukan. Ia sama sekali bukan ‘pemulauan’ yang saja-saja dibuat atas nama nak didik sahabat.
pentarbiyahan yang agak keras seperti peristiwa tentera talut menentang jalut, juga adalah kekerasan yang tidak membabitkan perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah orang.
sudah tentu semua nama tokoh yang disenaraikan menempuh proses tarbiyah yang pelbagai, apatah lagi ustaz nasarudin tantawi duduk dalam dewan yang sama dengan ana, manakala ustaz nik zawawi saleh juga sezaman dengan ana dalam jemaah yang sama semasa di Jordan.
tetapi yang keras itu berguna apabila kena masa dan tempatnya, namun keras yang menjatuhkan maruah serta menghina sesama manusia apatah lagi sesama mukmin, tiada kategori lain kecuali DOSA.
wallahu A’lam
boleh tak ust jelaskan dgn lebih detail apa yg dimaksudkan dgn mnjatuhkan maruah/memalukan…
adakah modul yg bertujuan menurunkan ego juga trmasuk sbg memalukan peserta?
@qairy mujahid, dalam pengalaman kami, peserta yang sepak bini kalau bini solat dan yang sembah busut, kami berusaha untuk tundukkan ego mereka ini dengan mengorek keluar sifat hamba, menampakkan balik sifat hamba dan semuanya juga dengan menonjolkan kebesaran Allah.
aktiviti outdoor ada, ldk ada, semuanya mengguna pakai akal logik depa, guna emosi depa, dan gerakkan fizikal mereka.
alhamdulillah, sehingga kita, usaha ini dibantu Allah, dan ada sedikit sebanyak keberkesanannya.
jika nak tundukkan ego manusia, tundukkan dia kepada Allah, bukan kepada fasi!
dan saya yakin dalam tamrin kita takde penyembah busut dan penyepak orang yang solat
memandangkan saya dah bergiat dlm dunia training ni utk satu tempoh waktu, tapi menggunakan medium outdoor (experiential learning), banyak juga pengalaman nak dikongsi.
apa pun pandangan ustaz ada justifikasi yang kuat dan tak sukar untuk saya bersetuju.
cuma dalam bab outdoor, sepanjang penyelidikan yang saya temukan, nisbah terbaik ialah 1:8-16. kebetulan research saya semasa ijazah menyentuh bab ini.
@Amin Ahmad, terima kasih atas perkongsian anta. susah betul nak pancing komen anta. maybe artikel ana yang sebenarnya mengalami kemerosotan yang serius. defisit…
ana kepingin nak belajar dengan anta, especially pada idea-idea yang anta kumpulkan dalam research berkenaan. one sweet day insya Allah
Salam ya Ustaz, sebenarnya saya yang ada sedikit malu untuk meninggalkan komen di sini akibat kemerosotan saya sendiri dalam menghadapi dugaan demi dugaan semenjak November lepas termasuk tidak berapa sihat.
Tulisan di blog saya pun telah saya santaikan semahunya kerana kemerosotan saya telah mengalih sepenuhnya tumpuan saya untuk beberapa waktu.
Artikel ustaz tidak merosot malah terlalu banyak menyentuh hati saya kerana banyak yang saya fikir sesuai dengan jiwa saya. Hanya saja saya yang serba lemah untuk memikul semuanya.
Ya, tentu sekali. Saya rasa ustaz tentu sekali berminat meneroka bersama saya bagaimana pesan-pesan Al-Quran dapat diterjemahkan modulnya dalam bentuk experiential learning.
Research saya ringkasnya berasaskan 8 ciri utama kepada pembangunan karakter – melibatkan antara lain fleksibiliti intelek, kawalan emosi, inisiatif aktif dan lain-lain.
@Amin Ahmad, Salam akhi … Saya sebenarnya lagi teruk …
Apakah dugaan bersin Amerika yang menjadikan kita demam (gawat ekonomi). Saya bukan setakad demam, sampai tersungkur, sebab tu tak dapat menulis beberapa ketika, antara sebabnya. Tapi nak bersemangat bila Ustaz mengumunkan pertukaran makan gaji dari Tuan kepada Tuhan.
Amat menarik reserch yang sedang diushakan … kalau dapat dikongsikan di SIO. Bagaimanapun dalam santai jangan lupa bantai! … sudah pasti dengan “melibatkan antara lain fleksibiliti intelek, kawalan emosi, inisiatif aktif dan lain-lain.”
Salam Warahmatullah.
Syukran utk us, banyak minda dan mata pendakwah tlh tbuka.. tp, amal Ritual msh berlaku dimana-mana pd hari ini..jln y terbaik, kmbali kpd asas, quran sunnah..
apa y dibuat oleh pimpinan @ org yg t’dahulu ‘bukan Syariat’ untuk diikuti.. sekadar pandangan.. wallahua’lam..
Assalamu’alaikum
Ustaz, ana lihat ada kalangan pembaca menafsirkan tulisan ini dgn paradigma yg berbeza, itu sebabnya mereka salah faham/ bertanya perkara yg telah pun diterangkan dlm artikel yg sama, atau komen2 selepasnya.
Perkataan seperti SELESA, MARUAH, KERAS, LEMBUT, HIKMAH, dan seumpamanya mudah disalahertikan. Akibat mereka merasakan tulisan enta ni ‘menyerang’ cara yg berbeza, atau menggalakkan kaedah MANJA. SPOILING peserta.
Sedikit persoalan utk direnungi. Berapa ramai penganjur program membuat kajian terhadap tahap saikoligi pesertanya? Berapa ramai yg menyediakan modul dan kaedah penyampaian berdasarkan keperluan peserta. Berapa ramai penganjur yg hanya ‘recycle’ modul dan teknik program2 lepas?
Mark&Spencer adalah antara syarikat yg berjaya dalam sektornya (retail), dan antara kekuatannya (competitive advantage) adalah layanan pelanggan yg cemerlang, membuatkan pelanggan setia. Antara falsafah M&S adalah jika mereka memberikan layanan yg terbaik kepada pekerja, maka pekerja akan memindahkan kepuasan mereka kepada pelanggan, dan ini terbukti dgn tahap motivasi pekerja M&S yg cemerlang. Ini bukan sekadar falsafah dan retorik. Ia diterjemahkan dalam bentuk polisi Human Resourse and Recruitment. Sehingga pekerja yg kepenatan boleh mendapatkan khidmat urut semasa bekerja di bilik rehat!
Jika pendakwah mengimpikan sekelian manusia mencapai tahap akhlaq dan pengabdian kepada Ilahi yg tinggi, maka ia perlu bermula daripada contoh yg pendakwah berikan kepada mad’u mereka. Tiada manusia yg waras suka dianiaya, jadi janganlah kita mengunnakan teknik menganiaya sebagai uslub membina akhlaq, mahupun kelasakan. Badan yg lasak lahir daripada emosi & pemikiran yg kuat dan stabil. Mendera peserta hanya menyakiti badan dan aqal mereka. Saya memasukkan takrif ‘mendera’ sebagai tidak memberikan badan & aqal akan haknya, termasuklah menanjakan peserta. Memberi keselesaan tidak termasuk dalam takrif memanjakannya. Ia bermaksud menyediakan suasana yg sesuai untuk peserta mengikuti program dan mendapat manfaat semaksimanya, ie. effective environment. Sudah tentu pengoperasiannya bergantung kepada jenis dan objektif program serta tahap IQ, EQ dan SQ peserta. Wallahu a’lam.
setuju dengan hasanhusaini…moga ramai yang lebih ‘mengkaji’ selepas ini bagi melahirkan daie yang benar2 ‘memberi’ hingga hujung nyawa..IAllah..
salam,
saya sangatlah setuju dgn kenyataan / pandangan ustaz ni sebab sampai sekarang saya langsung tak berminat/trauma untuk di paksa ke program – program yang perlu untuk bermalam yang mengambil masa beberapa hari. Bosan , jemu , geram ,menyampah , semua cukup bila mana terpaksa berendam di dalam tasik yang air mcm milo selama hampir 2 jam untuk tengok kekuatan fizikal dengan alasan persediaan andai banjir menimpa, pukul 1 pagi di tinggal kan di tengah2 kegelapan hutan sorang2 dengan harapan insafkan diri bila di tanam dalan kubur nanti.kena menari & menyanyi di atas pentas untuk mencabar keupayaan diri.berani berhadapan dengan manusia . bakat terpendam katanya.seumur hidup tak pernah dok terkinja2 atas pentas @ pergi karaoke sambil di saksikan abg2 ,kakak2 & kawan2..memamg malu tahap gaban ler..sampai 1 tahap saya dah tak heran kena marah.lantak ler..
alhamdulillah…sedar gak saya dalam hal ini…thanks ustaz for dis posting…
betul tu, yang penting alert dengan reaksi peserta
assalamulaiku…
sedikit perbincangn dan penilitian yang ana lakukan secara tidak langsung dengan al akh-ihsan fahdli (hassanhusaini)…
berdasarkan komentar yang diberikan ana secara terbuka bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh ustaz n komentar al-ak ihsan fadhli..
apa yang dilakukan pimpinan terdahulu itu bukan syariat tapi sekadar adat yang terlalu didewa2kan.. mungkin tidak salah untuk ana nyatakan
“manhaj itu akidah, tapi pendekatan itu adat yang boleh di ubah2″
mungkin satu prinsip yang boleh dipegang bersama..
“terbuka jangan HANYUT, berprinsip jangan JUMUD”..
wallahua’lam..
salam ya ustaz. pengalaman berprogram bersama ustaz dan team STC telah banyak mengajar saya terutama dari segi pengurusan dan cara mengendalikan peserta.
kebanyakan program yang telah saya ikut serta, program yang satu itulah yang lain daripada yang lain. kebanyakan program yang saya pergi selalunya mengalami kekangan masa dan risau jika peserta tidak memahami penyampaian kami.
“erti hidup pada memberi” menyedarkan saya bahawa program yang kita adakan itu bukan untuk mengikut kehendak program semata-mata tetapi untuk mengikut kehendak peserta yang juga mad’u kita. program yang kita anjurkan itu bukan untuk kita tetapi untuk peserta yang hadir. dan kita tak perlu kecewa jika program tidak memenuhi kehendak kita kerana yang penting kita telah buat sehabis baik dan letakkan usaha kita sepenuhnya kepada Allah.
insyaAllah, akan saya halusi dan terapkan pendekatan yang ustaz gunakan iaitu pendekatan mengambil hati dalam program yang akan datang. syukran jazilan wa barokallahu fik, ya ustaz.
p/s: membaca komen-komen sahabat di atas mengenai tamrin..saya selalu juga ke tamrin tetapi alhamdulillah tidak pernah tamrin yang saya pergi diletak slot ‘ekstrim’ seperti ke kubur, dipaksa bangun awal, ditengking-tengking. wallahua’lam.
salam ustaz…
pengalaman berprogram bersama ustaz mengajar saya tentang banyak perkara.
pertama: kualiti terbukti dapat mengatasi kuantiti.
kedua: pendekatan mengambil hati yang cukup terkesan.
akan saya halusi dan terapkan pendekatan ini di program2 akan datang, InsyaALLAH. syukran jazilan wa barokallahu fik, ya ustaz.
p/s: membaca komen-komen sahabat di atas mengenai tamrin, secara jujurnya saya selalu ke tamrin. memang pengisiannya bagus-bagus dan bunyi tamrin itu macam kem ketenteraan tapi alhamdulillah, banyak-banyak tamrin, tak pernah ada diselitkan slot ke kubur, tiada hidangan nasi+pasir, tidak dipaksa bangun awal, ditengking dan dimarah semasa program. wallahua’lam.
slm ust, ana cukup tertarik dengan artikel ust. Sepanjang menjadi mahasiswa, kebanyakan program yg ana ikut terlalu menekankan peserta. Kita perlu menerapkan kefahaman terlebih dahulu, dan ketahanan fizikal akan menyusul apabila kefahaman kukuh. Malah akan lebih kental lagi apabila dicampak ke medan perjuangan sebenar. Kita perlu belajar dari sejarah untuk berjaya. syukran kathir ust atas perkongsian ilmu.
assalamualaikum..
mmm…baca entry nih terkenang ms ikut program ngan fitrah perkasa awal disember baru nih..
Assalamualaikum ustaz.
Ana masih teringat semasa kursus BTN yang mana Ustaz menjadi Penghulu masa tu, kursus yang diwajibkan untuk batch kita ke Jordan / Morocco. Ada salah seorang fasilitator ( ana lupa namanya ), telah berjumpa ana dan Habsah..waktu tu hari last day kursus dan lepas makan tengahari.Waktu dia jumpa tu, semua orang dah masuk ke dorm untuk bersiap balik.Ana dan Habsah yang last sekali habus makan. Fasi tu cakap, dia puji ustaz .Dia kata ustazlah Penghulu BTN yang terbaik daripada yang sebelum ni. Ini kerana, semasa Ustaz menjadi Penghulu selama 4 hari berturut-turut, dia memerhati cara Ustaz sebagai ketua peserta-peserta kursus. Dia amat berbangga dengan Ustaz. Dan kini, Alhamdulillah..terbuktilah,Ustaz kini berjaya mengendalikan kursus-kursus dengan jayanya. Selamat maju jaya.
salam ustaz.
Syukran atas entri ini. Panduan yg boleh ana gunakan utk menghadapi sesi praktikum pendidikan tahun hadapan & untuk program di mana ana jd fasilitatornya..
Tajuk yang kebetulan sama saya sudah menulis setahun yang lalu.. Cuma isi yang amat berbeza.. Boleh dikongsi bersama, daripada perspektif yang berlainan — http://khadijahgani.blog.friendster.com/2007/11/manusia-berhubung-dengan-perasaan-bukan-perkataan/
Teringat masa bertamrin dulu. Kita sibuk risau kalau ada ahli yang futur. Hanya tamrin dan usrah menjadikan ahli kuat untuk berdepan dengan dunia luar. Tapi, bila masing-masing dah habis belajar, adakah diri kita sendiri cukup kuat mendepani semua permasalahan agama dan masyarakat?
salam
ana memang tak bersetuju dengan kaedah memalukan mendera peserta ni
bagi ana kesan nye tak efektif
ana pernah pg program yg mendera peserta dan sbaliknya
ternyata untuk ana yg tak mendera lagi baik
rata rata peserta yg berjiwa remaja ni
tak suka dikerah dipaksa dengan ganas dan
ana sendiri meluat kalaudapat ajk yg menggunakan autoriti utk kawal pserta
dengan cara yg kasar
tak berbaloi.berlagak dan seolah olah perfect
(tak pasal2 plak buruk sangka dengan ajk dah buat dosa time tu).
dengan cara kasar tu
boleh berubah ke peserta tu?
kalu ana lah tak berubah pun
tapi
ana pernah ikut program yg ajk nye sporting
rakan rakan ana pun suka
kehebatan ajk yg bukan sahaja mantap dari segi ilmu tp juga sahsiah berjaya bjd role model utk kami
rasa nak jadi macam mereka…
cara yg lembut cam ni sbenarnya lebih berkesan di hati dari yg mendera dera tu..
sekadar pandangan dangkal dari ana
wallahualam
salam
betul lah
kita ni kena belajar caring kat orang
salah satu bidang psikologi yg kna tahui dan buat
disebakan manusia berhubung dengan perasaan
agak susah nak sesuaikan pendekatan yg mana suit dengan jiwa peserta ni tapi
insyaAllah
bila kita bagi gula dia kan bgi madu
lebih kesan di hati
dngan kata lain inside out
tentunyakesannya lebih memberangsangkan
wallahualam
USTAZ!
TERIMA KASIH BYK2 UTK ARTIKEL NI..
baru2 ni sy dan kwn2 ada mhadiri satu kursus kpimpinan.
dan atas nama KURSUS KEPIMPINAN, kami byk dicaci dan diherdik.
pkataan bodoh, kambing..sume da tkeluar.hny kerana..nk uji ketahanan mental.
sy sgt stuju ttg ini..
salah tag .. maaf..
@sayabknkambing, Setuju dengan pendapat saudara bahawa manusia berhubung dengan perasaan. Apakah layak kita mengatakan kambing tidak mempunyai perasaan, kerana perasaan itu adalah lebih kepada element nafsu, bukan akal.
Dengan dilantiknya manusia sebagai mahluk Allah, layak dipanggil khalifah, manusia dianugerahkan alat ‘cukup akal’, di atas alat perasaan, yang diberikan kepada semua mahluk. Tidak adil kita mengatakan binatang yang menyayangi anaknya tidak berperasaan.
Latih diri dengan Irama RAP, Ransangan Akal bukan Perasaan.
assalamualaikum wbt..
kadang2, saya telah terlupa dan buat salah..saya tak pernah handle program keras2 tapi atas permintaan ajk dan pengaruh yg kuat, saya akhirnya bertindak memalukan penghulu perempuan..sehingga kini saya menyesal…daripada tak pernah buat, bila saya buat over daripada org lain..Ya Allah.. malunya padaMu dan bersalah rasanya..
saya akan kembali ke kem tersebut yang masih berlansung dan cuba back up apa yang terdaya…doakanlah semua….
saya banyak belajar daripada penulisan kalian yang rendah diri dan berjiwa mulia..kesannya sampai ke hujung perasaan….
syukra ye semua..=)