Home / Terkini

Terkini

‘Gangguan’ ke Atas Proses Tarbiah: Meneliti Psikopolitik Islamisme

“Kenapa?” Soalan ini sentiasa menyerang fikiran saya. Saya ingin faham, mengapa saya dan sebahagian berfikir begini, manakala sekumpulan yang lain berfikir dalam bentuk yang berlawanan. Saya bertanya kepada kawan-kawan yang terbuka untuk berkongsi maklum balas mengenai apa yang mereka fikir dan rasa semasa menempuh satu demi satu peringkat pembentukan fikrah apabila menyertai kelompok dakwah dan haraki. Sama ada PAS, JIM dan sebagainya. Pertanyaan yang saya lontarkan, adalah dengan menggunakan Jungian model, sebagai psychopolitical analysis. Ia adalah model yang diguna pakai oleh Lawrence Alschuler  di dalam kajiannya, “Islamism and fanaticism: A Jungian psychopolitical analysis.” Psychotherapy and Politics International 9.2 (2011). Subjek yang dianalisis oleh Alschuler di dalam kajian itu adalah …

Read More »

Dr Maszlee Malik: Persahabatan Merentas Masa

“Ana tak sangka anta open minded!” kata Maszlee. “Haha. Pulak dah! Anta ingat ana ni apa?” saya terkasima dengan kenyataan berkenaan. “Tak ada la. Masa di Jordan dulu, imej anta PAS totok, kan?” ujar beliau dengan nada berseloroh. “Masa di Jordan kita mana kenal. Bahtera lain-lain!” saya menjawab. Kami ketawa. Saya bertembung dengan Maszlee selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, sekitar tahun 2007. Ketika itu kami baru sahaja ‘berinteraksi hebat’ di alam maya melalui wacana Jamaah Centric vs Ummah Centric yang muncul kira-kira setahun sebelumnya. _____________________________ ______________________________ Sebenarnya kami sudah lama tidak bertemu. Saya mengenali Maszlee semenjak 1993. Kami sama-sama terpilih menerima biasiswa …

Read More »

Ketakserasian Kognitif Dalam Kehidupan Semasa

Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak lama, salah seorang yang hadir itu berkata, “sahabat, sesungguhnya Imam dan Doktor sudah pun mengesahkan bahawa engkau mati. Maka engkau adalah si mati yang telah mati!” Lalu ‘si mati’ itu dikebumikan. Hidup-hidup! KETAKSERASIAN KOGNITIF (COGNITIVE DISSONANCE) Kita pegang satu pendirian bahawa ia adalah muktamad. Absolute. Bahawa Imam itu sentiasa betul. …

Read More »

Ada Sinar di Hujung Terowong

Dalam beberapa hari ini, trafik blog saya menjadi tinggi dan sesekali tersangkut. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkongsi pandangan, menyokong dan tidak menyokong. Ia bukanlah tujuan saya menulis kerana saya tidak berhajatkan kepada sokongan. Saya tidak bertanding, dan tiada apa-apa kepentingan. Saya hanya menulis kerana saya mahu menjelaskan fikiran saya mengenai situasi semasa. Jika ia bermanfaat buat sesetengah pengunjung, Alhamdulillah. Jika ia menyebabkan segelintir menjadi marah pun tidak mengapa. Marahlah. KELAS PETANG INI Saya baru habis satu kelas petang ini, berbincang mengenai cabaran undocumented people yang hidup dalam limbo di Finland. Tetamu di dalam kelas kami adalah seorang paderi yang Marxist! Dikenali di …

Read More »

Tiga Keputusan Antara Yang Senang Dengan Yang Susah

Di blog ini, apabila saya bahasakan diri saya sebagai saya, saya hanyalah diri ini yang terbatas pada setakat apa yang dia tahu, apa yang dia alami dan apa yang dia fikirkan mengenainya. Catatan peribadi di sini, biar pun terbuka untuk bacaan umum, ia adalah jurnal peribadi. Ia tidak bermaksud sama sekali untuk memaksa penerimaan, kerana tujuannya hanya menyediakan suara untuk mencetus fikir. Siapa saya, sebanyak manakah pembabitan saya dahulu dan juga sekarang, tidaklah begitu relevan untuk diketengahkan. Pemimpin-pemimpin yang berpuluh tahun di dalam PAS, pengalamannya dari sekecil-kecil pengalaman hingga ke sebesar-sebesar peringkat, nasional dan antarabangsa, jika ditolak, tertolaklah ia. Pemimpin …

Read More »

PRU14: Mengalahkan Sebuah ‘Kemustahilan’

Apakah yang telah berubah? Banyak yang telah berubah. Saya berada jauh. Ia tidak memungkinkan saya membuat dakwaan. Ia akan menjadi andaian, malah andaian dari jauh. Apa yang boleh saya ungkapkan adalah mengenai perubahan yang terjadi di dalam diri saya sendiri. Kemudian, disokong oleh interaksi dengan sebahagian sahabat yang masih bertukar khabar berita saban hari melalui media sosial, biar pun jauh dijarakkan oleh sempadan geografi dan masa. Mengapa saya boleh menerima kepimpinan Tun Mahathir di dalam Pakatan Harapan? Jawapannya ialah: banyak yang telah berubah. CATATAN 2015 Semasa saya mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS, pada masa itu fikiran saya sudah berubah. Berubah daripada menjadikan …

Read More »

Cikgu Malaysia di Perkampungan Artik

Sudah tiga kali saya mengisi program Erasmus in Schools selama berada di Finland ini. Ia adalah program kesukarelawanan yang dikendalikan oleh Finnish National Agency for Education untuk memberi peluang kepada pelajar antarabangsa melawat sekolah-sekolah Finnish, berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran, sambil berpeluang mengenali sistem pendidikan Finland dan budaya tempatan secara hands on. Kali ini saya ke Ivalo, sebuah pekan kecil di bahagian antara yang paling utara di Finland. Ivalo terletak di dalam negeri Inari, negeri terbesar di Finland, tetapi mempunyai kadar penduduk yang kecil, sekitar 6000 orang, yang mana lebih separuh daripadanya berada di perkampungan Ivalo. Di sana saya bertugas mengajar bahasa Inggeris …

Read More »

Sikap Kita Terhadap Pelarian dan Pencari Suaka (Asylum Seekers)

“Rizal, saya tidak dapat membayangkan bagaimana pelarian boleh hidup sedemikian rupa di Malaysia!” kata rakan saya. Petang itu saya bersama beliau dan kira-kira lima orang lain sukarelawan, mengendalikan kelab mingguan kami bersama anak-anak asylum seekers di kem mereka. “Oh, kenapa kamu kata begitu? Ada sesuatu yang berlaku ke?” saya bertanya. “Saya baru lepas menonton dokumentari Australia ini. Dan melihat keadaan pelarian di Malaysia, saya tergamam. Tak tahu nak kata apa!” katanya dengan bersungguh. Mungkin rasa terkejut beliau itu adalah kerana saya baru sahaja berkongsi video tentang Khalifah Model School dan lagu sekolah kami. Saya kongsikan ia kerana sedang berbincang tentang shaping …

Read More »

Ancaman Kasih Sayang Ibu Bapa Sendiri Kepada Anak

Semasa kami sekeluarga baru tiba di Finland, saya membawa keluarga ke pawagam Finnkino untuk menonton filem “Fantastic Beasts and Where to Find Them”. Tiket dibeli menggunakan aplikasi di telefon secara atas talian. Ia adalah kali pertama kami ke pawagam di Finland. Di Finland, menonton di pawagam bukanlah aktiviti yang sangat popular, ekoran harga tiket yang sangat mahal. Untuk harga biasa, bagi orang dewasa tiketnya sekitar EUR15 seorang. Semasa hendak masuk ke pawagam, saya sekeluarga ditahan oleh sekuriti. “Berapa umur anak ‘kecil’ anda ini?” beliau bertanyakan umur Muiz, anak bongsu kami. Saya beritahu umurnya hampir masuk 8 tahun. Berusaha juga untuk lebih …

Read More »

Startup Weekend: Perjalanan Idea ke Hasil Cipta

Program Startup kali ini berbeza sedikit berbanding acara yang pernah saya sertai sebelum ini, seperti Demola. Bezanya, Startup Weekend yang dianjurkan oleh Techstars di seluruh dunia ini, berlangsung hanya selama 54 jam, iaitu bermula petang Jumaat hingga lewat Ahad petang, secara intensif. Ia adalah sebuah perjalanan yang padat untuk sebuah proses ideation to creation. Saya asalnya masih teragak-agak untuk pitch idea yang ada. Saya tahu, di dalam program seperti ini, idea datang daripada peserta, akan diundi dan dipilih juga oleh peserta. Kalau boleh, saya tidak mahu ke hadapan. Saya hanya mahu menyertai kumpulan yang ada, menyumbang, dan kembali ke belakang untuk memberi laluan kepada orang lain untuk final pitch. Tetapi, ia tidak jadi begitu. Apabila penganjur menggalakkan peserta untuk tampil sahaja ke hadapan dengan apa sahaja …

Read More »

Mengenang Stephen Hawking di Daerah ‘La Ilaha’ Ini

14 Mac 1879 dunia menyambut kehadiran Albert Einstein. 14 Mac 2018, kita melambai pemergian Stephen Hawking. Beliau pergi, meneruskan perjalanannya bersama masa, di luar semua dimensi yang sudah pernah diterokai, dan ditandakan dengan nombor sebagai bahasa penerangan. Pada tarikh berkenaan, saya duduk bersama anak-anak menonton kembali filem The Theory of Everything. Bagi saya buat kali yang ketiga, manakala bagi anak-anak kami, buat pertama kali selepas mereka ‘lebih mampu memahami’ berbanding menontonnya pada tahun 2014 lalu. Kali ini, perasaan saya sangat berbeza. Banyak air mata yang tumpah. Menyemak kembali, keindahan akal yang baik hingga kehilangan segala-galanya tidak menjadi kehilangan selagi akal masih …

Read More »

Pelaburan Masa Untuk Memupuk Budaya Fikir

“Siapa nama nursing mom kepada Prophet Muhammad, abi?” anak saya bertanya. “You know the answer. You knew the answer.” saya jawab. “But I don’t understand what is the meaning of this nursing mom thing!” balasnya. “What do you understand about the word ‘nurse’?” saya menyoal lagi. “Alaaa, abi jawab aje la!” anak saya hilang sabar. Apabila anak-anak buat homework, pada masa itulah otak saya akan berasap dengan empat manusia bertanya pelbagai topik pelbagai tahap. Mereka selalu bengang dengan saya sebab saya enggan menjawab soalan mereka yang sangat straight forward. Biasanya soalannya berkisar tentang apa, siapa, bila, di mana. “Jawab aje la!” biasanya …

Read More »