Hasrizal

Hasrizal is an educator, author, and advocate specialising in inclusive education situated between policy formulation and learning design. The author of 30 books, his is now based in Naas, Co. Kildare, Ireland.

Anthony Mencari Muhammad Amin

“Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang bercakap tentang Mary?” Anthony bertanya kepada saya. “Boleh. Sebentar ya. Saya ambilkan terjemahan al-Quran di situ” saya menyambut permintaannya. Pagi itu saya menerima kunjungan Anthony, seorang pemuda Katholik. Beliau menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Saya berbesar hati menerimanya, apatah lagi …

Read More »

Azam 2014: Menikmati Pilihan-pilihan ‘Kekampungan’

Biasa mendengar pengakuan mangsa? Ini pengakuan seorang mangsa. Mangsa Facebook. Bertahun-tahun menafikannya, mangsa mula jadi pemangsa, untuk mangsa seterusnya yang menjadi mangsa secara sukarela. Hanya taqwa benteng penyelamat. Taqwa yang menyedarkan diri tentang satu-satu situasi yang kita berada di dalamnya, atau sudah menjadi sebahagian daripadanya. Resah melihat Facebook mengubah tabiat …

Read More »

Cuaca Dan Ajal Sebuah Tamadun Manusia

“Filem The Day After Tomorrow  tu, boleh betul-betul terjadi ke?” anak saya bertanya. Amerika Syarikat dilanda cuaca beku yang memusnahkan kehidupan. Filem fiksyen nukilan Roland Emmerich itu diterbitkan pada tahun 2004. Oleh kerana ia filem fiksyen, mudah sahaja untuk relevannya ia diketepikan. Tetapi semalam, ia mengundang pertanyaan kepada diri saya. Tahun …

Read More »

Bertuahkah Islam Mendapat Melayu?

Malam itu aku menangis. Qiyam Ramadan aku beriring sendu. Aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kesal, bagai ada batu besar terbuku menjadi beban di lubuk hatiku. Rasa terkilan itu juga bersulam silang dengan rindu. Aku rindu pada saat-saat kelanaku di bumi yang amat jauh dan terpencil daripada dunia Islam. …

Read More »

Selamat Datang Tahun 2014, Tahun Melunaskan Perjuangan

Tahun 2013 adalah tahun pengalaman. Semoga tahun 2014 menjadi tahun pencapaian. Melunaskan pengajian Sarjana saya yang sudah lama tertangguh. “Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran” [Al-‘Asr 103: 1-3] Hasrizal @ www.saifulislam.com 43000 BSP

Read More »

PMR dan SPM: Sebuah Persinggahan Kehidupan

“Ini kumpulan paling teruk dalam sejarah sekolah. Semua D dan E” kata cikgu. Saya teruja. Jika B atau C, itu kerja cikgu akademik. Tetapi jika D dan E, ini pemberontakan. Mesti ada sesuatu yang menarik. Saya hadir. Cikgu minta mahu menyertai kursus. Saya tidak benarkan. Hanya saya bersama ‘pelajar bermasalah’ …

Read More »

Memanjangkan Usia Dengan Kualiti, Bukan Kuantiti

Pusara Ahmad Ammar di Eyüp, sebulan selepas pemergiannya [foto ihsan sahabat kami Muhd Saifuddin Shaharuddin di Istanbul] PERJALANAN MASA Sudah sebulan Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita. Pelik juga rasanya. Dalam keadaan biasa, saya sering rasa masa berjalan begitu pantas. Tetapi ada masanya saya rasa masa berjalan begitu perlahan. Pemergian Ammar …

Read More »

Risalah al-Nur: Teladan Sebuah Basmalah

Ibrah di sebuah padang pasir (kredit foto www.majalla.com) UTUSAN PERTAMA “Serahkan semua harta kamu!” arah ketua kumpulan perompak. “Berani kamu mahu merompak aku? Kamu tahu aku siapa?” tanya si utusan raja. “Siapa kamu?” tanya ketua kumpulan perompak berkenaan. Kawan-kawannya juga ketawa. Lucu dengan keyakinan mangsa mereka itu. “Aku adalah utusan Raja …

Read More »

Lembah Bujang: Tinggalan Sejarah Merentas Agama

Antara subjek paling susah yang saya pernah belajar ialah Ancient Indian Civilization yang diajar oleh Assc Prof Dr Arshad Islam. Subjek itu sangat susah bagi saya kerana ia merupakan maklumat yang hampir 100% baru buat saya. Dalam masa yang sama Prof mengajar secara ‘old school‘ yang mana sebelum kami dibawa …

Read More »