https://www.youtube.com/watch?v=e8HtTb0Vk_o “Kamu boleh tak jangan buat bunyi macam tu?” tengking seorang wanita kepada anaknya. Matanya berkelip-kelip. Sesekali beliau mendengus dengan bunyi yang mengganggu. Seperti cengkerik pun ada. Geram juga si ibu melihat gelagat anak-anaknya. Dah jadi tabiat pula. Makin lama makin menjadi. Pada si ibu, mungkin anaknya mengada-ngada. Kalau tinggi …
April, 2016
-
12 April
Isu Tudung Fareeda: Kepada Allah Jua Kupohon Hidayah Buat Diri
Amar makruf nahi munkar adalah tanggungjawab yang besar terpikul di bahu setiap kita. Selain mengajak kepada kebaikan, kita juga perlu memainkan peranan bertindak dengan tepat tatkala berlakunya kemungkaran. Sabda Nabi sallallāhu ‘alayhi wa sallam: مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ …
-
7 April
Birgivi: Rendah Akhlaq Kerana Rendah Fikiran
Abad ke-16 adalah abad cemerlang untuk Dawlah Uthmaniyyah. Banyak aspek ketamadunan yang mencapai ketinggian, mencapainya pada abad itu. Sultannya Suleyman al-Qanuni (Suleyman the Magnificent). Sheikh al-Islam pula Ebussuud Efendi. Senibina pula, pakarnya ialah Mimar Sinan. Ilmu pengetahuannya adalah Taşküprülüzâde. Demikian jugalah perihalnya dengan Barbaros Hayrettin Paşa (Khairuddin Barbarossa) dan tokoh-tokoh yang …
-
6 April
Berakhlak dan Berbahasa Sopan Bukan Angan-angan
“Shaping Excellent Character” adalah cogan kata sekolah kami. Pelajar kami adalah rata-ratanya anak KL. Di KMSS, akhlaq dan karakter positif yang mendasarinya amat penting. Maka tatasusila, berbahasa dengan betul, sebagai sebahagian akhlaq mahmudah, amat kami titik beratkan. Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali menggunakan bahasa menghina dalam komunikasi dengan pelajar. Mereka …
February, 2016
-
3 February
HIKIKOMORI: Jangan Sehingga Kita Kehilangan Mereka
“Bagaimanakah cara yang boleh kita gunakan untuk menyelamatkan generasi Y dan Z?” tanya salah seorang peserta forum. Asas kebimbangan sudah dibentangkan. Kemerosotan interaksi sesama manusia, bukan sahaja menyebabkan anak-anak kita kehilangan minat untuk berbual dengan ahli keluarga dan sanak saudara, malah banyak fondisi agama musnah. Aktiviti galah panjang yang …
January, 2016
-
27 January
Biar Pun Bangkrap Ekonomi, Jangan Bangkrap Moraliti
Warga Malaysia di Galway yang sempat beramah mesra “Apa cerita Ireland?” saya bertanya kepada rakan. “Macam biasa. Inflasi. Bankruptcy, pengangguran, macam dalam berita” katanya. Saya mengangguk. Ramai rakan yang tinggal di Ireland, menghadapi pelbagai cabaran. Ekonomi, sosial, pendidikan, malah kerjaya. Ada yang perkembangan kerjaya sudah stagnant. Gaji pun serba sederhana. Tidak …
November, 2015
-
20 November
Sistem Pendidikan Mendepani Fitnah Dajjal!
Apa risaunya kita dengan kegagalan berfikir, jika tanpa kemahiran itu pun seseorang masih boleh dapat A dalam peperiksaan kita, masuk universiti, kerja, dapat duit, beli kereta dan kahwin. Kenapa sibuk berbicara tentang masalah berfikir sebagai kebimbangan terhadap sistem pendidikan semasa? Setakat manakah strategi menolong anak-anak menjadi manusia yang boleh berfikir …
-
10 November
Memilih Sekolah Rendah Untuk Pendidikan Anak
John Taylor Gatto pernah menyebut, “jika di zaman dahulu, kamu serahkan anak kamu kepada sekumpulan manusia yang tidak kamu kenali, dan kamu benarkan mereka mengerjakan otak anak kamu, kamu memang orang gila!” Demikianlah gambaran beliau mengenai idea anak dan sekolah. Jika ditinjau kepada sejarah pendidikan Amerika Syarikat, rutin menghantar anak ke …
October, 2015
-
18 October
Jerebu: Bencana Dukhan dan Amaran Tuhan
credit photo: .freemalaysiatoday.com Kita mempunyai pilihan untuk sekadar melihat jerebu ini sebagai satu kejadian bencana alam yang penjelasannya berlegar pada laporan berita serta penerangan saintifik. Namun Allah SWT memberi peringatan bahawa bencana-bencana hasil perbuatan tangan manusia itu, adalah kejadian bermesej daripada-Nya. Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan …
September, 2015
-
13 September
Mengungkapkan Erti Pendidikan Islam di Daerah Asing
Saya tahu yang saya bukan membawa pendidikan Malaysia. Sebaliknya saya membawa pendidikan sekolah tempat saya berkhidmat. Dan di sekolah kami, pendidikannya adalah ‘pendidikan Islam’. Maka proses ‘mirroring‘ yang sering berlaku antara sistem pendidikan Finland dengan sistem pendidikan negara peserta program, meletakkan saya di kedudukan yang agak canggung. “So what about your …