February, 2014

  • 4 February

    Imaginasi Karyawan Yang Memfitnah Sejarah Orang Beriman

    “Benarkah Imam Birgivi yang ana bentangkan di dalam disertasi nanti, adalah Imam Birgivi yang sebenarnya? Itu yang merisaukan ana” saya meluahkan rasa gelisah. “Jangan fikir berat-berat sangat, ustaz. Sarjana ini, hanya persinggahan. Disertasi ustaz hanya 80 ke 100 muka surat sahaja” nasihat sahabat dan guru saya, Adib. “Apabila Dr. Azmul …

  • 4 February

    Diktatorkah Yang Mangkat di Beylerbeyi Sarayi Itu?

    “Sudah lama saya mahu ziarah istana ini. Tetapi selalunya ia hilang keutamaan” saya teruja. Tengah hari ini selepas kelas kami di Fatih Sultan Mehmet Vakıf Üniversitesi selesai, kami semua dibawa melawat Beylerbeyi Sarayı. Istana berkenaan merupakan salah satu istana utama di Istanbul, selain Topkapı, Dolmabahce dan Yıldız. Istana yang dibina pada tahun …

  • 3 February

    FB vs BLOG: Antara Tulisan dan Penulisan

    Kita sudah terbiasa melihat LIKE, komen-komen yang berderetan. Semuanya itu menjadi penerang kepada maklum balas sama ada apa yang ditulis itu diterima atau pun tidak. Kita tidak menulis dalam kegelapan, yang menjadikan kita kabur apakah tulisan kita itu baik, mahu pun sebaliknya.  Tanpa sedar, komen-komen dan LIKE itu menjadikan kita …

  • 2 February

    Tafakkur di Masjid Yavuz Sultan Selim: Nilai Sejarawan

    “Okay, kita jumpa nanti ya” saya berjabat tangan dengan Ville. Ville Suomalainen. Rakan dari Finland yang duduk di sebelah saya di dalam kelas, adalah antara teman yang akrab sepanjang Summer School berlangsung.  Selain daripada fokus kajiannya adalah di dalam cabang sejarah pemikiran seperti saya (yang menjadikan kami minoriti),  sifatnya yang …

  • 1 February

    Lima Tiang Pensejarahan Dakwah Muhammad Ibn Abd al-Wahhab

    “Salah satu isu besar di Malaysia yang memerlukan khidmat sejarawan adalah isu Wahhabi” saya berkata. Ammar, Syafiq, Imad, Halim, juga Maher yang berkunjung dari Mesir, bersantai-santai selepas kami makan malam. “Isu Wahhabi disokong dan dibantah sebagai isu aqidah. Sedangkan pada masa yang sama, ia adalah sesuatu yang berlaku pada masa …

January, 2014

  • 30 January

    Yavuz Sultan Selim: Antagonis Alevi Dipotretkan Alevi

    “Sekarang ini, nama Sultan Selim hangat kembali. Alevi di Turki marah sebab kerajaan mahu menamakan jambatan ketiga menyeberangi Bosphorus itu sebagai Jambatan Sultan Selim” cerita Zacky. “Sultan Selim memang berhak untuk dikenang dengan memori yang besar. Sebesar peranan beliau menyatukan dunia Turki dan Arab, menyertakan ketiga-tiga Tanah Suci di bawah …

  • 30 January

    Kembali Semula ke Turki: IBA Summer School

    “Hasrizal?” tanya dua anak muda itu. “Ya saya. Terima kasih kerana menyambut saya” saya menghulurkan tangan untuk bersalam. “Iyi bayramlar” saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada mereka berdua. “Türkce biliyormusunuz?” mereka bertanya. Adakah saya boleh berbahasa Turki? “Yok. O kadar biliyorum” saya menafikannya. Itu sahaja yang sebenarnya saya tahu. Mereka …

  • 29 January

    Pelajar ‘Radikal’ Penulis Buku Cinta?

    “Imad, jom kita ke seminar di İLEM” saya mengajak. Imad agak berdukacita kerana tidak dapat menyertai kembara kami menjejak Imam Birgivi. Beliau, seorang expatriat muda Malaysia di Istanbul, sibuk mengendalikan urusan perniagaannya di bawah jenama Jejak Uthmaniyyah. Baguslah. Sebelum ini saya hanya ingat kepada nama Izham Istar, anak Malaysia yang …

  • 29 January

    Nuga: Manisan Itqan Semanis Persaudaraan

    “Hasrizal, oh Hasrizal. Cepatnya masa berlalu” kata Hamzah. “Benar. Anas pun sudah jadi anak muda sekarang ini” saya membalas. Hamzah adalah abang kami semua. Semasa di zaman Ilahiyat Marmara, Hamzah adalah yang paling senior. Beliau dahulunya belajar bukan di bidang agama. Namun kesedaran Islam membawa beliau ke Fakulti Ilahiyat, walaupun …

  • 28 January

    Kembali ke Istanbul: Dilema Sebuah Persimpangan Diri

    “Ana semakin tidak dapat meneruskan program motivasi” saya mengeluh. “Kenapa ustaz?” tanya Halim. “Entahlah… Terasa kosong. Bermain kata dan mempermainkan perasaan. Macam yang ana cerita siang tadi” saya menjawab. Kereta kami membelah gelap malam. Perjalanan Ankara ke Istanbul sepi membelah kegelapan malam di lebuhraya. “Ana pun tidak begitu suka dengan …

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share