Blog

‘Melupakan’ Sharifah Aini Sebagai Biduanita Negara

  Besarnya kuasa Allah, mengampun kesalahan hamba-Nya, walau sebesar gunung seluas lautan. Andai dosa itu antara kita dengan-Nya. Namun, ketika dosa kita jatuh ke tangan manusia, kita sebagai manusia terlalu lemah untuk menebusnya. Kita perlu kembali kepada Allah, yang memegang hati-hati manusia, untuk menggerakkan hati mereka agar melepaskan kita daripada …

Read More »

Seruan Prihatin Palestin Tanpa Sindiran

Pemandangan ironi yang menimbulkan keinsafan, bukan peperangan mulut yang memandang ARTIKEL 2014 Semalam, masjid yang saya singgah untuk bertarawih menghadirkan Imam dari Tulkarm, sebuah daerah bergolak di bumi Palestin. Wakil Aman Palestin menterjemahkan tazkirah ringkas beliau. Dalam lambakan maklumat tentang Palestin di sana sini, memperingatkan kembali bahawa isu Palestin tidak …

Read More »

Takutilah Fitnah Ilmu dan Tahu

Metode siapa yang lebih berilmu dan berhikmah? Metode Salaf, atau Khalaf? Perdebatan tentang hal ini berlarutan, menimbulkan kegelisahan malah perbalahan dan pergaduhan zaman berzaman. Ia tidak pernah selesai. Kendur satu pusingan, muncul pula generasi seterusnya untuk menyalakan api, mengipas dan membakar hangus persaudaraan, atas dua kumpulan yang berbalah pada mencari …

Read More »

Tulisan dan Lisan: Tangan Menjadi Lidah di Akhir Zaman

Manusia bekerja dengan tangan. Manusia berkomunikasi dengan lisan. Manusia yang berkomunikasi dengan tangan, adalah manusia yang ada halangan berkomunikasi dengan lisan. Tangan dan lisan adalah sebahagian daripada anggota tubuh yang Allah berikan, untuk membantu manusia menerima dan memberi kebaikan. Demikian juga kaki, mata, telinga dan kurniaan yang lain. Tetapi tangan …

Read More »

Harakah(Daily): Mencari Husnul Khatimah

1991: Pembaca Setia Harakah, di Masjid Negeri, Seremban “Kenapa hantar ke Harakah?” tanya Tuan Pengetua. “Ia surat khabar kegemaran saya. Lagi pun, jika saya hantar ke Utusan Malaysia dan Berita Harian, mahukah mereka menyiarkan berita sebegini?” saya menjelaskan kepada Tuan Pengetua. Dengan semangat anak muda yang membuak-buak di dada. Jiwa …

Read More »

Jika Kita Membaca Lillāhi Ta’āla

Allah itu Tuhan yang Maha Pengasih. Dia memberi banyak. Dia ‘meminta’ sedikit. Kita dilahirkan sebagai manusia yang diberi pelbagai pemberian, hingga lahir kita langsung sebagai seorang penghutang. Berhutang pelbagai nikmat dan modal kehidupan. Pemiutang tidak meminta kita membayar kepada-Nya pada kadar yang Dia beri hutang. Dia suruh kita bayar dalam …

Read More »

Resolusi Konflik Berpandukan Teknik Q3:159

Semasa berlakunya perang Uhud pada bulan Shawwal tahun ke-3H, pasukan pemanah yang ditugaskan oleh Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah melanggar arahan Baginda, lalu meninggalkan lokasi mereka untuk mendapatkan harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh musuh. Tindakan ini telah memecah belahkan kesatuan tentera Islam dan mengakibatkan kekalahan. Sayyid Qutb di …

Read More »

29 Mei 1453: Pensejarahan Pembukaan Constantinople

Perbualan saya bersama Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman di al-Masjid al-Haram beberapa minggu yang lalu, menjadi peluang yang julung-julung kali dapat berlaku biar pun kami sama-sama ada di dalam MURSHID. Ketika itu saya mengerjakan umrah, dan Abu Anas al-Madani pula baru kembali dari Istanbul dalam perjalanan umrah beliau …

Read More »