Keluarga

Anak-anak Adalah VIP Sebenar Hari Graduasi

Alhamdulillah. Hari ini adalah Graduation Day untuk anakanda Muhammad Imaduddin. Tahun ini beliau belajar di Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) berhampiran rumah kami untuk melengkapkan proses pembelajaran pra sekolahnya. Saya dan isteri memilih Montessori atas beberapa faktor. Imad sebagai kanak-kanak yang lahir di hujung tahun, secara semulajadi mudah berasa tertekan dengan rakan …

Read More »

Tidak Perlu Menjadi BoBoiBoy Untuk Hebat!

“Best kan? Kalau ada kuasa macam cerita BoBoiBoy?’ kata Imad. “Ha ah. Macam Gopal pun ok dah!” balas Saif. Kami sedang bersarapan pagi. Saya membaca jurnal di iPad, sambil meneman anak-anak yang rancak makan bihun. “Kenapa Allah tak bagi kita power macam BoBoiBoy kan?” sambung Imad lagi. Naurah dan Muiz …

Read More »

Cara Kita Memandang Kanak-kanak

“Syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutamanya yang anak mereka ramai dan sudah dewasa” saya memulakan penyampaian. Syabas kerana, menjadi kebiasaan kita semasa anak seorang, kita sangat bersemangat mahu mendidik anak. Pelbagai teori mahu diguna pakai untuk memastikan tomei-tomei kita cemerlang. “Macam mana saya nak pastikan anak saya suka sembahyang, ustaz?” …

Read More »

Panduan Mengahwini Seorang Doktor

“Apa persediaan yang diperlukan untuk mengahwini seorang doktor?” seorang penghantar emel bertanya soalan. Jawapannya ada di dalam tiga buku yang telah saya tulis. Tetapi memberitahu begitu mungkin tidak membantu. Apa yang ingin disampaikan mungkin perlu diberitahu secara spesifik agar JELAS. Berikut adalah rumusan yang boleh saya fikirkan, apabila seseorang yang …

Read More »

Kenapa Ummi ‘Cuti’ Sembahyang?

“Abi, kenapa Ummi tak sembahyang?” tanya Saiful Islam. “Umi bercuti” saya menjawab. “Cuti apa?” tanyanya lagi. “Hmm, Allah sayangkan orang perempuan. Dia bagi orang perempuan cuti” saya menjawab. Seperti berdalih. “Kenapa pula Allah sayang orang perempuan sahaja?” setiap lanjutan pertanyaan bererti jawapan sebelumnya tidak sempurna. “Ok, Yop betul nak tahu?” …

Read More »

Laras Akademik vs Laras Populis

Sudah lama saya tidak mengendalikan kursus motivasi. Semenjak menyambung pengajian di UKM, dan STC kembali menjadi seperti hari satunya, saya hanya menerima jemputan program kecil-kecilan untuk terus memberi, dan seadanya, menerima. Kali ini saya berprogram bersama warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Ledang di Johor. Program ini adalah hasil inisiatif sahabat …

Read More »

Tahun Ini Aqil Baligh?

“Abi, apa dia yang bila kita dah boleh tanggung dosa sendiri tu?” tanya Saiful Islam. “Dah boleh tanggung dosa sendiri? Mampu ke nak tanggung dosa?” saya membalas pertanyaan dengan pertanyaan. “Habis tu apa?” anak sulung saya kebingungan. “Bukannya sudah boleh tanggung dosa sendiri, tapi KENA tanggung dosa sendiri!” saya membetulkan …

Read More »

Sunnah Meminta Pendapat Anak

“Kalau Abi tanya sikit, boleh?” saya memecah sepi di dalam kereta. “Tanyalah” jawab Saiful Islam. “Apa tentang Abi yang paling Yop suka?” saya menyoal. “Hmm…” anak sulung saya mengeluh perlahan. Lama beliau berfikir. Sambil memandu, saya memandang di ekor mata memerhatikan gelagatnya. “Sabar! Yop rasa Abi seorang yang sabar” jawabnya. …

Read More »

Pakar Motivasi di Dalam Rumah Sendiri

“Siapa yang baru balik daripada kem motivasi lain?” saya bertanya. Seorang pelajar mengangkat tangan. Mukanya masam mencuka. “Khair. Jangan sedih ya. Dalam kem ini, kamu akan berehat daripada keletihan kem sebelumnya, Insha Allah” saya memujuk. “Siapa yang selepas kem ini, akan pergi ke kem lain pula?” saya menyambung pertanyaan. Pelajar …

Read More »

Hapuskan Ego Dalam Mendidik Keluarga

Sejauh mana ibu bapa membuka hati dan minda mereka untuk menerima nasihat serta saranan pakar dalam membetulkan amalan, kepercayaan serta salah tindakan kita semasa menjadi suami isteri, juga ibu bapa? Tidak masuk Syurga manusia hati ego. Hapuskanlah kepercayaan “anak bini aku, keluarga aku, jangan nak mengajar, aku lebih tahu!” Utamakan …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share