Wacana

Koleksi Vlog Berkaitan Ramadan

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan kali ini, saya kongsikan himpunan vlog yang pernah saya hasilkan berkaitan dengan Ramadan sepanjang kehidupan kami di perantauan, terutamanya di Finland antara tahun 2016 hingga 2020. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat dan mencambah fikiran sahabat semua pada melihat aplikasi Islam di konteks-konteks yang berada …

Read More »

Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta

Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta diterbitkan pada tahun 2014. Ia agak berbeza daripada kebanyakan buku lain yang penulis hasilkan kerana buku ini adalah kombinasi kandungan yang penulis hasilkan, namun dipersembahkan di dalam bentuk ilustrasi oleh artis berbakat besar, Tuan Ridzal Yusof. Ia diterbitkan oleh PTS dan versi ebook kini …

Read More »

Jangan Berasa Lemah di Musim Musibah Ini

Kalau masak, saya cuba masak elok-elok dan sedap-sedap sebab itu sahajalah ‘hasil kerja’ seharian saya. Tak ada profesyen yang ‘profesiona’l untuk buat hasil kerja dengan cemerlang macam orang berkerjaya. Saya tiada bakat untuk masak yang hebat-hebat macam seorang chef, tetapi masakan yang saya tahu masak, saya masak elok-elok. Banyak yang …

Read More »

Kemahiran ‘Self-Regulated’ Learning Anak-anak di Rumah

The UK-based Education Endowment Foundation membuat penilaian terhadap strategi-strategi pembelajaran yang berpotensi tinggi. Berdasarkan meta study membabitkan 10,000 penyelidikan bebas, EEF mendapati bahawa maklum balas (feedback), metacognition dan regulasi kendiri (self-regulation) menghasilkan impak paling besar berdasarkan pentaksiran pencapaian akademik selama berbulan-bulan, berbanding dengan strategi-strategi lain termasuk ‘tutorial one-to-one’ mengecilkan saiz …

Read More »

Anak Meragam Tidak Mahu ke Tadika

Semasa anak-anak mula melangkah ke alam persekolahan, kami adalah ibu bapa muda yang kurang berpengetahuan serta pengalaman dalam hal ehwal pendidikan dan keibubapaan. Rasa hormat kepada institusi sekolah serta pendidikan yang ditawarkan, mungkin menjadi sebab mengapa ragam anak-anak yang tiba-tiba enggan ke sekolah tidak kami endahkan. Asasnya ialah sekolah betul, …

Read More »

Erti Beragama Yang Hilang (2021)

Puluhan tahun yang lalu, almarhum Dr Fathi Yakan menyoal, ”apa erti saya menganut agama Islam?” Naskhah Māzā Ya’nī Intimā’i li al-Islām yang beliau hasilkan telah dibaca ramai, diterjemah ke pelbagai bahasa, merentas sempadan geografi dan masa, berkhidmat membantu kita umat Islam menjawab pertanyaan itu. Ia bukan soalan biasa macam soalan-soalan …

Read More »

Isu Tadabbur di Dalam Usrah

Kalau dalam usrah, naqibah ajak tadabbur ayat al-quran dan kita beri pandangan/rumusan berkaitan ayat tersebut, bagaimana pula? (merujuk hadis Nabi tersebut)📌 Soalan ini merujuk kepada artikel INTEGRITI DAN TOKSIK POPULARITI Fikiran spontan saya, ingin menjawab dalam bentuk galakan. Usrah, tadabbur ayat al-Quran, adalah kerja-kerja baik dan sentiasa harus digalakkan. Apatah …

Read More »

Integriti dan Toksik Populariti

Influencer, televangelist, apa-apa jua status yang menjadikan kerja seharian membabitkan populariti dan viral… ada sesuatu yang toksik berkaitan dengan kerja berasaskan populariti ini. Ia selalu tanpa sedar menjadikan sikap kita berubah. Setiap kali bercakap atau menulis, kemudian percakapan dan penulisan kita diterima, ia menjadikan kita gembira (bersyukur?). Kegembiraan itu mendorong …

Read More »