Wacana

Trend Semasa Buku ‘Healing’ Yang Merosakkan?

Semasa meneliti perbincangan mengenai segmen pembeli dan pembaca buku sekarang, perasaan saya bercampur aduk. Saya sedih memikirkan bagaimana generasi muda menjadi seperti begitu rapuh jiwanya. Kerapuhan yang menjadi lubuk pelbagai pihak memanipulasi dan buat duit.  Pelbagai produk boleh ditawarkan untuk menyembuhkan kerapuhan itu. Ia menjadi lubuk duit ‘self-help‘ yang saya …

Read More »

The Banshees of Inisherin

Saya sudah selesai menonton filem hebat THE BANSHEES OF INISHERIN ini. Filem ini mengisahkan Colm Doherty, seorang pemuzik lagu asli di sebuah pulau bernama Inisherin, tiba-tiba ‘tak nak kawan’ dengan sahabat sepanjang hayatnya, Pádraic Súilleabháin (boleh disebut sebagai ‘Patrick Sullivan’). Bagi Colm, Pádraic itu walaupun seorang yang baik dan disenangi …

Read More »

Menghargai Mesej Profesor Jasser Auda di Dublin

Seumur hidup ini kali pertama saya berpeluang mendengar dan melihat kupasan Sheikh Jasser Auda secara langsung. Jiwa rasa seperti kanak-kanak melompat girang jumpa adiwira pujaan. Namun, saya simpan diam-diam dan fokus sahaja kepada mendengar, berfikir dan memproses dapatan persidangan. Beliau adalah jemputan untuk menyampaikan ucap utama Islamic Cultural Centre of …

Read More »

Kuasa Perkataan: Renungan Kisah Kecemburuan Aishah r.a. Kepada Khadijah r.a

Umm al-Mu’minin Aishah radiyallāhu ‘anhā bermurah hati berkongsi dengan ummah, kisah cemburu beliau terhadap Saidatina Khadijah radiyallāhu ‘anhā. Kisah ini menuntut kita untuk terlebih dahulu meluruskan akal dan hati untuk fokus kepada iktibar yang hendak dipelajari, dan bukan membanding-banding antara dua isteri Rasulullāh ﷺ ini dan membandingkan siapa lebih baik …

Read More »

Gelombang ‘Buku Islamik’ Pusingan Seterusnya

Gelombang ‘buku Islamik’ bukan perkara baharu. Ia adalah gelombang yang sama berada di belakang pengunduran saya daripada aktiviti menulis buku sekitar tahun 2013. Saya tidak kenal ‘pesta buku’ sebelum 2008, iaitu tahun pertama buku pertama saya diterbitkan, buku Aku Terima Nikahnya. Semasa ATN diterbitkan, saya tidak fikir saya akan menjadi …

Read More »

Bacaan Untuk Guru Baharu

Jika anda baru sahaja menjadi seorang guru, dan anda ingin memulakan perjalanan islah melalui pendidikan yang anda usahakan sebagai satu perjuangan, saya sarankan anda membaca buku-buku di bawah ini. Buku-buku ini bermanfaat untuk mencorakkan pemikiran seorang guru untuk menjadi profesional dalam kepakarannya mengajar dan menyelia pembelajaran, serta melihat peranannya melangkaui …

Read More »

Mendidik Anak Remaja: Semasa Semua Strategi Tidak Menjadi

Mendidik anak remaja di akhir zaman ini amat mencabar. Kita perlu bersaing dengan pelbagai faktor yang mempengaruhi anak-anak. Jika dahulu, perubahan siang malam secara semulajadi membantu. Tenggelam sahaja matahari, kebanyakan anak berada di rumah. Mereka ‘memutuskan hubungan’ daripada alam kawan-kawan seketika, bersama keluarga, berehat dan tidur. Sesuailah dengan aturan Allah: …

Read More »

Susahnya Seorang ADHD Dewasa Menjaga Ibadat

Kita mungkin malu untuk memperkatakan akan hal ini kerana kita mahu menjadi Muslim yang baik. Tetapi sebagai ADHD dewasa, banyak aspek ibadah kita yang rumit untuk diurus.  Hakikatnya, ia bukan sahaja sukar untuk golongan neurodivergent seperti kita, malah juga untuk masyarakat ramai yang neurotipikal. Nabi Muhammad ﷺ  sendiri selalu berdoa …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share