Wacana

Pelaburan Masa Untuk Memupuk Budaya Fikir

“Siapa nama nursing mom kepada Prophet Muhammad, abi?” anak saya bertanya. “You know the answer. You knew the answer.” saya jawab. “But I don’t understand what is the meaning of this nursing mom thing!” balasnya. “What do you understand about the word ‘nurse’?” saya menyoal lagi. “Alaaa, abi jawab aje la!” …

Read More »

Beragama Dengan Akal Yang Sakit

Sekitar tahun 2008-2012 saya cuba wacanakan topik buku Apa Erti Saya Menganut Islam. Isi kandungan utama modul tersebut ialah membetulkan cara fikir Muslim, memposisikan dengan baik di mana Sunnatullah dan di mana Syariatullah, mengharmonikan usaha dengan tawakkal. Biar pun kursus itu sering dikategorikan sebagai kursus motivasi, saya menganggap sesuatu yang …

Read More »

3 Jam Mencanai Idea Pendidikan Bersama Roger Osorio

Anda boleh mengikuti perkongsian Roger Osorio di https://www.rogerosoriolearning.com/ Banyak masalah yang wujud di dalam pendidikan hari ini, adalah berkaitan dengan pembelajaran. Ia adalah komponen penting di dalam pendidikan, melebihi persoalan mengajar, dan pentadbiran pendidikan, walaupun semuanya saling memerlukan lagi melengkapkan satu sama lain. Justeru, saya rasa banyak ilmu teras yang dipelajari di …

Read More »

Pelayaran Mengenal Fungsi Diri

“Ustaz, sampai sekarang saya masih belum nampak saya ini sebenarnya Allah cipta untuk buat kerja apa?” tanya Imad. Salah seorang anak muda yang hadir ke Kuliah Maghrib di KTDI sebentar tadi. “Maksudnya?” saya menyoal kembali. “Saya sudah di hujung pengajian perubatan. Belum ada kepastian kelebihan dan kecenderungan saya di mana” …

Read More »

Bantulah Kami Membalas Kejahatan Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik

Membalas kejahatan dengan kebaikan, dengan sesuatu yang lebih baik, bukanlah sesuatu yang mudah. Rasional fikiran kita memberitahu kejahatan itu mesti dikalahkan, dan tidak boleh diberi muka. Semangat untuk membanteras kejahatan itu, sering menyebabkan kita memilih jalan yang sama jahat, malah terkadang dengan cara yang lebih jahat. Kita memberanakkan kejahatan daripada kejahatan. Ia …

Read More »

Diriku, Agama Dan Tanahair Tercinta

Saya sudah lama tidak mencoret apa-apa tentang politik Malaysia. Sama ada kerana saya sedang berada jauh dari tanah air, atau kehilangan ‘faham’ tentang apa yang berlaku, kedua-duanya memberi maksud diam itu lebih baik daripada berkata-kata. Hanya memerhati, dan berbual dengan anak-anak tentang apa yang berlaku di tanah air, apa politiknya sehingga …

Read More »

Membina Sempadan Minda dan Bahasa Dengan Video Logan Paul

Lama kami berbual malam ini tentang Logan Paul dan video kontroversinya. Sebelum ini saya  sudah berulang kali mengingatkan anak-anak, bahawa saya tidak berkenan dengan hobi mereka menonton video-video Logan Paul, dan yang seumpama dengannya. Sebelum meninggalkan Malaysia, nasihat yang sama saya berikan kepada mereka tentang kecenderungan melayan video Luqman Podolski. Memang sekali …

Read More »

Arkangel di Netflix: Teknologi Membantu ‘Mengawal’ Anak, Sepenuhnya!

Salah satu perkara teras di dalam pembelajaran kami di dalam program LET di Finland ini​ ialah teknologi tidak mengawal tingkah laku manusia, sebaliknya keperluan manusialah yang membimbing bagaimana teknologi direka bentuk dan digunakan di dalam kehidupan. Menonton episod Arkangle (tulisan Charlie Brooker dan arahan Jodie Foster) di dalam musim baru …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share