December, 2020

  • 16 December

    Hubungan Alam Melayu – Turki Merentas Sejarah (Artikel 1996)

    Artikel ini ditulis pada tahun 1995-1996 sebagai manifestasi minat peribadi saya mengkaji sejarah Daulah Uthmaniyyah. Ia bermula daripada secara kebetulannya saya terjumpa buku Mehmet, Ozay (1991), Islamic Identity and Development: Studies of the Islamic Periphery, Routledge, ISBN 0415043867 di Perpustakaan Universiti Mu’tah, Jordan, tempat saya belajar. Saya menggunakan nota kaki di dalam buku …

November, 2020

  • 29 November

    Hillbilly Elegy: Kembara Anak Menuju Jaya Tanpa Segalanya

    Hillbilly Elegy adalah sebuah filem drama baharu di Netflix, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama, ditulis oleh J. D. Vance (James Donald Bowman). Ia adalah autobiografi JD yang menceritakan perjalanan hidupnya sebagai seorang kanak-kanak daripada sebuah keluarga miskin dan dibelenggu pelbagai masalah sosial, sehinggalah beliau menjadi graduan undang-undang di Yale. …

  • 24 November

    Memanjangkan Penutupan Sekolah Tanpa Strategi Pendidikan Alternatif

    Selama berpuluh tahun kita ‘berjaya’ melaksanakan pendidikan sebagaimana yang kita kenal sebab kita mewah dengan peluang mengawal murid dengan dinding kelas dan memaksa mereka menelan fakta melalui rote learning. Adakah pembelajaran itu sebenarnya sejahtera untuk diproses oleh murid-murid, serta bermanfaatkah ia untuk menyediakan mereka mendepani kehidupan, kita tidak bersungguh memikirkan …

  • 21 November

    Cuties di Netflix: Tonton Menakutkan, Tidak Tonton Pun Menakutkan

    Cuties adalah filem di Netflix yang menakutkan jika ditonton, dan tetap menakutkan jika tidak ditonton. Saya tidak galakkan sesiapa pun untuk menontonnya. Tetapi mesej daripada filem ini sangat benar, perit dan penting. Semasa anak balik dari sekolah semalam, beliau cerita tentang kempen solidariti LGBTQ+ minggu ini di sekolahnya. Kesimpulan beliau, …

  • 15 November

    Retrieval Practice: Cara Mudah Membantu Pembelajaran Anak-anak

    “Apa benda menarik di sekolah hari ini?” ia mungkin soalan yang selalu kita tanya sebagai ibu bapa, jika amalan berbual dengan anak-anak menjadi kebiasaan. Soalan itu boleh diubah kepada, “hari ini belajar apa di sekolah?” semasa berbual. Ia mungkin dijawab dengan sambil lewa oleh anak-anak, terutamanya apabila anak-anak fikir apahal …

  • 14 November

    Anak dan Gajet: Hanya Ibu Bapa Yang Mampu Membimbing

    Ini adalah iskusi paling parah tentang realiti menguruskan penggunaan gajet oleh anak-anak remaja, tanpa selindung, demi memahamkan diri sendiri dan sahabat semua bahawa bukan sekolah, bukan cikgu, bukan kerajaan, tetapi mak bapak adalah pihak yang paling boleh dan perlu membimbing anak-anak menggunakan gajet, melayari internet, beraktiviti di media sosial serta …

September, 2020

  • 2 September

    Mä Oon Rizal: Travelog Cikgu Malaysia di Finland

    BLURB Mä Oon Rizal Mendengar suara hati di negeri salji meskipun sunyi bukanlah mudah. “Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan difahami!” Kata-katanya itu membuatkan saya termenung saban hari. Lazimnya, saya menulis …

August, 2020

  • 4 August

    5 Kebaikan Sistem Pendidikan Finland dan 5 Limitasinya

    Selepas empat tahun berada di Finland dan memberi peluang kepada anak-anak bersekolah di dalam sistem pendidikan Finland, di sini saya kongsikan 5 perkara yang saya kira telah disumbangkan oleh sistem pendidikan Finland sebagai sebuah sistem yang dianggap antara yang terbaik di dunia. Pada masa yang sama, saya kongsikan juga 5 …

June, 2020

  • 27 June

    Kisah Tasta’nisu Dan Berhalus Dalam Berkelakuan

    Benda kecil pun hendak dibesarkan? Pertanyaan ini petanda ada penyakit jiwa yang berkait dengan penyakit fikiran juga. Syarat pertama menyembuhkannya adalah mengakui dahulu yang wujudnya penyakit berkenaan. Mari saya kisahkan. Semasa melawat Rumah Gadang di Sumatera Barat ini, antara penerangan yang saya ingat ialah tetamu yang masuk ke rumah akan …

  • 24 June

    Mencegah Anak Hidup Bermuka-muka | Sembang Abah

    “Jangan conteng arang ke muka ayah!” “Jaga maruah keluarga kita!” “Tiada dalam keturunan kita yang buat macam ini!” Mungkin dialog-dialog di atas adalah antara kenyataan yang sering kita temui di dalam drama Melayu. Ibu bapa kecewa apabila anak-anak tidak menjadi. Tidak jadi seperti yang mereka mahu. Semasa anak tidak menjadi, …

RSS
Follow by Email
LinkedIn
Share
Instagram