
“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….
![]()
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





sungguh sungguh sungguh menyentuh hati
apa hikmahnya kita tak dilahirkan dan berpeluang hidup bersama insan mulia,Rasulullah SAW?
@q.a,
agar Islam boleh terus tertegak di bumi ini hingga ke sesaat sebelum Kiamat!
@Abu Saif,
subhanallah.semoga kita tergolong dlm gol yg memperjuangkan islam,bukan gol yg memberi fitnah kpd islam
@q.a, bolehkah kita tanya orang,kalau awak diberi pilihan,nak hidup zaman rasulullah atau sekarang..bley tanye camtu?
@Abu Saif,
Rasul s.a.w. pernah bersabda maksudnya:
Daripada Anas katanya: Telah bersabda Rasullah s.a.w.: Siapakah makhluk yang paling hebat imannya?
Mereka menjawab: Para Malaikat. Jawab Nabi: Bagaimana mereka tidak beriman sedangkan mereka di sisi Tuhan mereka.
Mereka menjawab: Para Nabi. Jawab Nabi: Bagaimana mereka tidak beriman sedangkan kepada mereka wahyu-Nya diturunkan.
Tetapi manusia yang plg menakjubkan (hebat) imannya ialah kaum yang datang sesudah kamu, mereka mendapati kitab wahyu (al-Quran) lalu mereka beriman kepadanya & mengikuti ajarannya. Merekalah manusia y paling menakjubkan imannya (Riwayat al-Bazzar)
Dari Abu Hurairah, Rasul s.a.w. bersabda:
Mereka menjawab lagi: Kami semua. Jawab Nabi: Bagaimana kamu tidak beriman sdgkan kpdmu ayat2 dibacakan dan Rasul-Nya pula berada di tgh2 kamu. Tetapi org y plg menakjubkan imannya ialah org yang dtg sesudahku, mereka beriman kpdku padahal mereka tdk pernah melihat aku, merekalah y plg hebat imannya, merekalah saudaraku (Ikhwani), Sedangkan kamu adlh kwn-kawanku (Ashhabi).
@q.a,
supaya kita menjadi saksi bahawa Rasulullah telah menyampaikan, dan Islam itu sampai kepada kita walau beribu tahun telah berlalu.
salam..
mohon izin link ye..time kasih..
@misz,
Terima kasih
huhu..rindunya pada mu, ya Rasulullah..
Allahumma solli wa sallim ala Muhammad..
“Fee Rafeeq al-A’laa, Fee Rafeeq al-A’laa…”
apa maksudnya?
@sayabudakmasihbertatih,
Salam Ustaz,
Saya nak minta pencerahan mengenai perkataan yang dikatakan disebut Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam, “Ummati, ummati, ummati”. Benarkah ianya kata-kata terakhir baginda?
ringkas olahan ceritanya…
terasa seolah dibawa semula ke zaman baginda…
terasa dekat, namun terasa rendahnya diri…
Allah, Allah…betapa rindunya hati ini…
sungguh ajaib orang mukmin, merindui apa yang tidak pernah dia temui…
@sinar, kerdilnya kita sebagai umatnya…
kadang lalai selalu alpa
Salam’alayk::)
Baginda, PERNAH dan akan SENTIASA mencintai kita..
Kita hari ini, mungkin PERNAH;sekali-sekala mencintai Baginda; bila tiba musim;
Akan tetapi ,adakah kita SENTIASA mencintai kekasih Allah itu?
Astaghfirullahal’azim…
Jazakallahukhayr ustaz atas ulasan penuh makna. Moga kita semua tak pernah melupai RAsullullah SAW. Mudah utk saya ungkap dan taip, tp amalannya?Moga Alah beri kekuatan kpd saya dan kita semua utk terus hidup menjunjung Rasulullah, mengikut syariat yang Allah tentukan..
Ameen ya rabb..
ketika ini, kegusaran Umar r.a, dan ketenangan Abu Bakar r.a benar-benar menginsafkan dan menyentuh perasaan…
Tersentuh dengan perkongsian dan cara penyampaian ustaz. Terima kasih ustaz.
Rasa cinta itu milik Allah….Hadirnya dengan izin Allah…Mencintai tidak semestinya dengan sesuatu yg perlu zahir di depan mata…Cinta hamba pd Khaliq…Cinta umat pd Rasul…Cinta ibu pd bayi di dlm kandungannya…Indahnya cinta…Ajaibnya cinta…Raikan cinta….
sungguh menyentuh hati…
p/s:saya minta izin untuk digunakan dalam sepenuhnya tiap rangkap penulisan ini untuk sambutan “malam cahaya selawat” bersempena sambutan maulidur rasul di Kolej PSDC.Syukran ustaz
salam.
sangat tersentuh hati, air mata yang mengalir langsung tidak menyamai harganya dengan pengorbanan rasulullah S.A.W
kita adalah ummah yang bertuah! alhamdulillah…
“kami hidup bersama rasulullah dan kami lihat tanda-tanda kenabian seperti mukjizatnya, kami benar-benar melihat dan mendengar darinya, lalu kami peluk islam, dengan kukuh dan teguh dan dengan mudah. tetapi kamu, tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan. maka ganjaranmu lebih besar sekiranya kamu beriman kepada allah dengan jiwamu.”
-Khalid al Walid
terharu membacanya
betapa tinggi cinta dan kasih rasulullah pada umatnya..
salam, moga saat kewafatan rasulullah jadi pengajaran untuk kita semua. tidak ada satu kematian pun yang mampu menyentuh hati melainkan saat kewafatan Rasulullah.
Selawat dan salam ke atas mu Duhai Nabi Muhammad saw. Terimalah kami sebagai umatmu..
tersa sangat sayu apabila membaca tentang pertanyaan cinta…teekesan sungguh di hati ini.teringat bait2 lagu ‘alangkah indahnya’dari raihan.
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia”
kalau dengar hadith ni, tentu kita akan fikir bahawa Rasulullah SAW ‘memaksa’ kita mencintai dan mengasihinya lebih berbanding orang lain.
tapi..sebenarnya baginda terlebih dahulu mengasihi kita sebelum kita mengasihinya..
“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,”
Maka, apakah telah terbalaskah cintanya??
selalunya bila tiba maulud nabi kita bicara tentang kelahiran Nabi yang mulia..tapi tak ramai yang mengingati yang beliau juga wafat pada tarikh yang sama…
thanks for sharing…
assalamualaikum ustaz…
sungguh terharu membacanya..
p/s: saya nak minta izin ustaz untuk menggunakan setiap rangkap ini bagi sambutan maulidur rasul di sekolah saya. syukran ustaz..
assalammualaikum ustaz..
syukran atas artikel ini..
semoga kita menjadi umat nabi yang beriman..amin
salam ustaz,
izinkan sy utk copy&paste entry utz ini di blog sy? sy benar2 tersentuh..
Ya Allah daku sangat memerlukan CINTA ini pada cinta yang hakiki.Terimakasih wahai Nabiku Muhammad swt terimakasih atas CINTA mu terhadap daku,terhadap sekalian ummat mu.Maafkanlah daku,ampunilah kami.Ampunilah Ya Rabbi.
Aku tahu Kau sangat menyintai,lantaran itu aku mesti belajar bercinta dengan Mu,Aku dambakan CINTA manisMU itu.Terimakasih Ya Tuhan akan kewarasan ini.
hadith musalsal birru’yah:
Diriwayatkn oleh ibn Umar,sy telah mendgr rasulullah bersabda:”beruntunglah bagi siapa yg melihatku,beruntunglah bg siapa yg tak melihatku dan beriman pdku (3x),maka sesiapa yg pernah melihatku atau melihat org yg pernah melihatku atau melihat orang yg pernah melihatku hingga hari kiamat masuk syurga”
Diriwayatkan oleh para huffaz.Turut diriwayat oleh Abu Daud,Ibn Majah,ad-Daruqutni,ad-Darimi,dan al-Baihaq dalam sunan mereka.
Salam Ustaz,
Izinkan saya untk copy & paste artikel ini.
Ia benar2 menginsafkan betapa kita perlu mencintai Rasulullah saw melebihi segalanya selepas Allah swt.
TQ, may Allah bless us
Saya pasti mereka mencintai semua, termasuk saya. Say pasti sebagai Nabi dan Rasul, tugasan utama adalah mengembalikan umah di landasan yang betul.
Saya pasti mereka mencintai Islam dan nilai kebaikan yang terseirat di dalamnya. Saya pasti cinta mereka kepada semua hanya kerana itu dan tidak kerana yang lain.
Saya pasti mereka mencintai semua kerana mereka mencintai Pencipta semua. Cinta mereka tidak berbelah bagi. Cinta mereka bukan sekedar pada yang hadir di persekitaran.
Saya pasti mereka mencintai semua kerana Pencipta semua mencintai semua. Cinta pencipta tidak berbelah bagi. Cinta itu tidak mengenal siapa!
Bagaimana kita berpesepsi bahawa Pencipta semua tidak mencintai semua? Bagaimanakah kemudian kita mengatakan hanya sebilangan mereka yang mencintai sebilangan semua?
Mereka semua punya satu tujuan dan satu tugasan. Mereka semua ramai bilangannya kerana tugasan yang diberikan sangat berat. Berikanlah penghormatan pada Ulul Azmi, tanpa bekenyit kepada rakan setugasnya.
Salam, ustaz nak tanya.. Mana yang lebih tepat antara Rafeeq al-Mukminun atau Rafeeq al-Mukminin?
kasihan pulak tengok ustaz terpaksa menjawab soalan2 yang biasanya sudah tersedia jawapannya di dalam page ni sendiri..^_^
@acid_revolver, Saya kira yang datang ke SIO ini pelbagai. Yang semapat membaca isi, ada sempat membaca tajuk, ada yang tengah baca … bos panggil, ada yang tak baca, terus komen …
Yang penting dia datang melawat …
@pak din 31, betul tu..teringat satu hadis Rasulullah S.A.W yg mengatakan bahawa berniat melakukan kebaikan pon sudah mendpt1 pahala, apatah lagi melakukannya…^_^
@acid_revolver, jawapan persoalan saya pun tiada di atas.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa…”
Ini bukan jawapannya, skeptik sungguh.. Moga pengunjung biasa, baru dll. tidak sombong dan bongkak kerana ia merupakan sifat mazmumah yang sanagt keji. Iblis dilaknat atas sebab sifat tersebut
@Ameer, Jangan merajuk …
‘nun’ dan ‘nin’ itu bersifat gantinama diri sahaja. Canggihnya bahasa Arab, ada orang pertama, kedua dan ramai, dan juga bergantung pada jantina.
@pak din 31, haha! tak merajuk pun. cuma nak tanya lagi, boleh? kalau nak letak nama anak, mana yg sesuai?
@pak din 31, Bakal jadi pangkat atuk-lah saya nampaknya! sebab Sdr sedang mencari nama. Khuatirkan nilai Islam yang akan diserapkan pada Si Anak nanti, lebih dari khutirkan nama apa yang sesuai.
(ps … Ini yang Tuan Rumah Al Ustaz tak gemar agaknya, isu meleret! hehe …
setiap waktu kita menyampaikan salam kepada nabi muhammad s.a.w…..
bila?
ketika melakukan tahiyat awal atau tahiyat akhir.. assalammualaika aiyuhannabiyu warahmatullahiwabaratuh…
Apakah tanda kita kita cinta pada rasulullah s.a.w? Allah sendiri telah berfirman yg bermaksud : ”Katakanlah (Muhammad) jika kamu betul2 mencintai ALLAH maka ikutilah aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan akan diampuni dosa2 kamu, Dan sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihi..” . Maksudnya dengan mencintai Rasul s.a.w kita akan dicintai ALLAH dan diampuni dosa2 kita. Mudahnya jalan menuju kpd Allah tapi ramai muslimin wa muslimat mengabaikan sunnah2 rasulullah s.a.w…..
Sebenarnya hati kita ni (termasuk diri ini) penuh dengan karat2, hitam dan keras atau lebih keras dari besi itu sebab tidak dpt merasai nikmat kasih dan cintakan rasulullah s.a.w. bukankah selalu mendengan sabdaan baginda s.a.w itu dapat melembut dan menjernihkan hati kita. Ada dikalangan para sahabat rasul s.a.w. antaranya Saidina Umar Al-Khatab yg terkenal dgn ketegasan beliau juga tidak dapat menerima berita kewafatan rasul s.a.w. kerana kecintaan yg begitu mendalam para sahabat r.anhum ajma’in” terhadap baginda junjungan besar Muhammad s.a.w. Sekurang2nya dalam sekelumat hati kecil kita ini ada kemahuan utk menyambung usaha dakwah rasul s.a.w. ini kerana nabi Muhammad s.a.w. telah menghabiskan seluruh hidup baginda selepas kerasulan baginda untuk membawa semua manusia kembali kpd ALLAH sebab rasul s.a.w amat cintakan umatnya supaya umatnya(kita semua) dapat rahmat ALLAH dan selamat dari neraka dan dpt masuk syurga ALLAH. amin
Assalamualaikum..
saya sekadar ingin berkongsi..
saya pernah membaca sebuah novel berkenaan kisah hidup baginda Nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam..tajuknya Fajar di Hujung Malam..tapi dah lama sejak di zaman sekolah menengah.saya masih lagi berusaha mencari-cari jika buku tersebut masih terdapat di pasaran atau somewhere kerana saya betul-betul menghargai novel tersebut dan menyentuh hati saya apabila membacanya..atau pun mungkin ada suggestion lain daripada saudara semua..terima kasih
Ya Rasulullah, Ya Habiballah, tak pernah ku tatap wajahmu…
Ya Rasulullah, Ya Habiballah, kami rindu padamu…
salam aleik…cinta ku pada mu Ya Habiballah
salam ustaz..
sungguh enak cerita diatas..
sayu sy mendengar saat kewafatan baginda..sungguh mulia baginda di sisi ALLAH.tapi sy nk mintak tolong ustaz jika ada kelapangan sy nk cerita pendek atau sinopsis tentang saat baginda atau pun situasi baginda hampir wafat-iaitu saat malaikat menyambut nyawa baginda.sy pernah terdengar sepintas lalu..tp sy xpuas untuk menghayati..sy menangis..dn jika ada kelapangn hantarlah kt email sy
t_qah_1988@yahoo.com
jika ustz tidak sibuk..
trima kasih ustaz..
salam..