Home / Keluarga (page 3)

Keluarga

January, 2013

  • 4 January

    Gandakan Manfaat, Tanda Barakah dan Rahmat

    Hari pertama tiba di bumi Shamrock, saya dan isteri disambut oleh tenaga utama di sebalik PUISI2012 ini Salah satu cara yang menjadi amalan kebiasaan semenjak alam persekolahan ialah, apabila saya mahu memahami dan mengingati sesuatu, saya akan menulis mengenainya. Kebiasaan ini jugalah yang akhirnya menghasilkan blog Saifulislam.Com dan buku-buku berkenaan. Menulis, seperti resepi Gilgamesh yang mengembara mencari formula melawan kematian, menjadikan kematian Gilgamesh tidak mematikannya. Jasadnya mati, namanya disebut, manfaat tulisannya diberi ‘nyawa’ oleh hembusan nafas masa. Itulah kuasa menulis. Tidak hairan, mengapa Allah SWT bersumpah dengan Tulisan, Alat Menulis dan Lembaran Tulisan (Surah al-Qalam). Hanya penulis yang tidak disertakan. …

December, 2012

  • 27 December

    PUISI 2012 Melabuhkan Tirai: Misi Menjadi Manusia Berperisian

    PUISI 2012 melabuhkan tirainya. Ini PUISI ke-10 semenjak kali pertama ia dianjurkan pada musim sejuk 2003. Ini pula PUISI ke-3 saya selepas kali pertama menerima jemputan pada 2006 dan kemudiannya 2007. Kali ini saya dijemput untuk menyampaikan modul Pengurusan Hidup Berpandukan Surah al-Kahf. Komiti menamakan PUISI 2012 ini sebagai The Road Not Taken, berinspirasikan sajak Robert Frost dengan tajuk yang sama. Saya amat gembira semasa menerima jemputan urusetia. Tanpa banyak berfikir, saya memberikan persetujuan. Sudah tentu salah satu dorongannya adalah perasaan rindu yang mendalam kepada Ireland. Tetapi sebab utama mengapa PUISI kali ini saya anggap sebagai anugerah, adalah kerana peluang …

  • 21 December

    “Anak Saya Minat Lady Gaga, Ustaz!”

    “Bagaimana kami hendak menjawab kepada anak-anak yang semakin meningkat remaja, persoalan mengapa mereka perlu bertudung, kenapa kena bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta hal-hal lain yang sering menjadi persoalan mereka?” salah seorang sahabat yang hadir di dalam halaqah kami bertanya. Ia persoalan yang berat. Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang remeh dan enteng persoalan itu. Kepala saya ligat berfikir. Hari ini, saya sedang berhalaqah dengan rakan-rakan komuniti Malaysia yang berkampung di Lucan, Dublin. Kami berbicara tentang Ibrah Daripada Surah Luqman. Soalan yang hadir daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka di ‘negeri orang’. Ironinya, soalan yang sama telah beberapa …

  • 12 December

    Khalifah Model School (Secondary): Think Big Act Small, Welcome 2013

    Assalamualaikum. Sejak sekian lama, sebagai pendakwah dan bapa kepada anak-anak sendiri, saya sering berkongsi pendapat tentang pendidikan. Biar pun saya bukan seorang guru, saya sering memposisikan diri saya sebagai pihak ketiga (selain ibu bapa dan sekolah) untuk melihat pendidikan dari sudut yang sentiasa meletakkan keinsanan murid-murid sebagai paksi utama, mengatasi kepentingan ibu bapa, guru, jabatan, kementerian dan pasaran. Khalifah Model School (Secondary) merupakan sebuah projek besar lanjutan Khalifah Model School (primary) yang telah sedia ada beroperasi semenjak sekian lama. Tahun 2013 ini merupakan tahun pertama sekolah menengah, selain menyertai Board of Directors, saya juga memberikan komitmen menjadi guru bulanan yang …

November, 2012

  • 30 November

    Kuasa Sebenar: Antara Magis dan Kasih Sayang

    “Tapi Abi, magic lagi hebat” Saiful Islam berdebat dengan saya. Tetap mahu membuktikan kuasa ILMU bukan kuasa yang diimpikannya. “Kenapa pula?” saya bertanya. “Ye la, dengan magic, kita boleh tukar dapat apa yang kita nak” hujahnya. “Yop memang percaya magic tu wujud ke?” saya mahukan kepastian. “Takde la. Saja je!” katanya. Ketawa kecil. Petang itu kami berbalas debat. Sebagai bapa, ada juga rasa sakit hati apabila hujah kita dinafikan oleh anak. Tetapi jika anak sudah dibiasakan berapa berpendapat dan mempertahankan pendapat, ibu bapa perlulah kuat semangat untuk mengendalikan ‘sesi latihan’ di rumah. Tumpaskan ego. Tingkatkan kesungguhan, mahu anak-anak berani berpendapat. …

  • 19 November

    UPSR: Teruskan Perjalanan Sebagai Hamba Allah yang Berusaha

    Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah 1987 di SRK Raja di Hilir Ekram, Ipoh Pada tahun 1986, saya mendapat 5A di dalam keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (sebelum ditukar kepada UPSR). Pada tahun 1996, sudah tiada siapa kisah dengan keputusan yang membanggakan itu. Pada tahun 2006, 5A itu sudah hampir luput dari ingatan. Tetapi yang kekal hingga ke tahun 2012 ialah pengalaman belajar, berusaha, keyakinan diri, doa, dan tawakkal. Semua itu berguna pada tahun 2012 hingga ke akhir hayat. Maka dengan keluarnya keputusan peperiksaan UPSR 2012 hari ini, para ibu bapa dan guru, raikanlah apa yang maknanya kekal dalam kehidupan anak-anak …

  • 18 November

    Anak-anak Adalah VIP Sebenar Hari Graduasi

    Alhamdulillah. Hari ini adalah Graduation Day untuk anakanda Muhammad Imaduddin. Tahun ini beliau belajar di Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) berhampiran rumah kami untuk melengkapkan proses pembelajaran pra sekolahnya. Saya dan isteri memilih Montessori atas beberapa faktor. Imad sebagai kanak-kanak yang lahir di hujung tahun, secara semulajadi mudah berasa tertekan dengan rakan sebaya kerana mereka dilihat sebagai kanak-kanak berusia 6 tahun sedangkan Imad masih 5 tahun. Tekanan tersebut menimbulkan anxiety yang meresahkan. Kerana itu saya dan isteri mencari satu sistem yang boleh membantu Imad berminat sendiri dengan pembelajaran tanpa ditekan-tekan dan dipaksa, seronok dengan proses pembelajaran dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang …

  • 17 November

    Tidak Perlu Menjadi BoBoiBoy Untuk Hebat!

    “Best kan? Kalau ada kuasa macam cerita BoBoiBoy?’ kata Imad. “Ha ah. Macam Gopal pun ok dah!” balas Saif. Kami sedang bersarapan pagi. Saya membaca jurnal di iPad, sambil meneman anak-anak yang rancak makan bihun. “Kenapa Allah tak bagi kita power macam BoBoiBoy kan?” sambung Imad lagi. Naurah dan Muiz khusyuk mendengar perbualan budak lelaki dua orang itu. “Kan Abi?” Saif menegur saya yang semenjak tadi tidak menyertai perbualan mereka. MELENTUR BESI Sambil membaca, telinga saya mencuri-curi dengar apa yang mereka bualkan. Maknanya, jurnal saya itulah yang saya tidak faham, barangkali. Mata boleh melihat banyak benda dalam satu masa, tetapi …

  • 14 November

    Cara Kita Memandang Kanak-kanak

    “Syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutamanya yang anak mereka ramai dan sudah dewasa” saya memulakan penyampaian. Syabas kerana, menjadi kebiasaan kita semasa anak seorang, kita sangat bersemangat mahu mendidik anak. Pelbagai teori mahu diguna pakai untuk memastikan tomei-tomei kita cemerlang. “Macam mana saya nak pastikan anak saya suka sembahyang, ustaz?” tanya seorang ibu muda. Anaknya baru mencecah usia setahun! Takut pula saya memikirkan ibu bapa seperti ini. Terlebih semangat. Tetapi jika anak sudah empat lima orang seperti saya, tambahan pula mereka bukan lagi kanak-kanak, sebaliknya sudah menjadi remaja yang peluh masam dan banyak ragam, maka saya menumpang kagum pada kesungguhan …

  • 13 November

    Panduan Mengahwini Seorang Doktor

    “Apa persediaan yang diperlukan untuk mengahwini seorang doktor?” seorang penghantar emel bertanya soalan. Jawapannya ada di dalam tiga buku yang telah saya tulis. Tetapi memberitahu begitu mungkin tidak membantu. Apa yang ingin disampaikan mungkin perlu diberitahu secara spesifik agar JELAS. Berikut adalah rumusan yang boleh saya fikirkan, apabila seseorang yang bukan doktor mahu mengahwini seorang doktor: 1. GADIS ITU DOKTOR Anda mengahwini seorang gadis, yang anda pilih, dan cintai, kerana dirinya adalah dirinya, sebelum beliau seorang doktor. Pandanglah dia sebagai gadis itu, bukan sebagai seorang doktor. Dia mahu dirinya dicintai sebagai dirinya. Jika dirinya melakukan kesilapan, ia adalah kerana dirinya …

  • 11 November

    Kenapa Ummi ‘Cuti’ Sembahyang?

    “Abi, kenapa Ummi tak sembahyang?” tanya Saiful Islam. “Umi bercuti” saya menjawab. “Cuti apa?” tanyanya lagi. “Hmm, Allah sayangkan orang perempuan. Dia bagi orang perempuan cuti” saya menjawab. Seperti berdalih. “Kenapa pula Allah sayang orang perempuan sahaja?” setiap lanjutan pertanyaan bererti jawapan sebelumnya tidak sempurna. “Ok, Yop betul nak tahu?” saya mengubah kerusi duduk. “Mestilah. Yop nak tahu” katanya. “Macam ini. Yop dah faham bab aqil baligh, kan?” saya memulakan penjelasan. “Hari tu Abi dah cakap” jawabnya. “Hari itu Abi cakap bab aqil baligh lelaki. Kali ini Abi nak cakap bab aqil baligh perempuan pula” tangan saya seram-seram sejuk membuat …

  • 3 November

    Laras Akademik vs Laras Populis

    Sudah lama saya tidak mengendalikan kursus motivasi. Semenjak menyambung pengajian di UKM, dan STC kembali menjadi seperti hari satunya, saya hanya menerima jemputan program kecil-kecilan untuk terus memberi, dan seadanya, menerima. Kali ini saya berprogram bersama warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Ledang di Johor. Program ini adalah hasil inisiatif sahabat saya, Dr. Norizad yang sudah selaras visi dan misi kami semenjak sebumbung di Belfast lagi. Beliau amat berharap melalui program ini, para doktor, pembantu kesihatan, matron, jururawat, pembantu farmasi, pegawai tadbir dan seluruh warga kerja perkhidmatan kesihatan daerah ini, dapat meningkatkan penghayatan kerja, buat diri mereka sendiri dan masyarakat menumpang …