Saya sudah lama tidak mencoret apa-apa tentang politik Malaysia. Sama ada kerana saya sedang berada jauh dari tanah air, atau kehilangan ‘faham’ tentang apa yang berlaku, kedua-duanya memberi maksud diam itu lebih baik daripada berkata-kata. Hanya memerhati, dan berbual dengan anak-anak tentang apa yang berlaku di tanah air, apa politiknya sehingga …
January, 2018
-
6 January
Membina Sempadan Minda dan Bahasa Dengan Video Logan Paul
Lama kami berbual malam ini tentang Logan Paul dan video kontroversinya. Sebelum ini saya sudah berulang kali mengingatkan anak-anak, bahawa saya tidak berkenan dengan hobi mereka menonton video-video Logan Paul, dan yang seumpama dengannya. Sebelum meninggalkan Malaysia, nasihat yang sama saya berikan kepada mereka tentang kecenderungan melayan video Luqman Podolski. Memang sekali …
December, 2017
-
30 December
Arkangel di Netflix: Teknologi Membantu ‘Mengawal’ Anak, Sepenuhnya!
Salah satu perkara teras di dalam pembelajaran kami di dalam program LET di Finland ini ialah teknologi tidak mengawal tingkah laku manusia, sebaliknya keperluan manusialah yang membimbing bagaimana teknologi direka bentuk dan digunakan di dalam kehidupan. Menonton episod Arkangle (tulisan Charlie Brooker dan arahan Jodie Foster) di dalam musim baru …
-
18 December
Bahasa Syurga Bahasa Neraka
“Harry, open the door!” “Harry, please open the door!” Dua ungkapan dengan maksud yang sama, tetapi menghasilkan kesan yang berbeza. Rancangan kanak-kanak di televisyen seperti Sesame Street dan Barney berulang kali mengingatkan kita kepada ‘The Magic Words‘. Ungkapan seperti ‘please‘, ‘thank you‘ dan ‘excuse me‘ adalah teras kepada adab sopan …
November, 2017
-
23 November
UPSR: Kegembiraan Setiap Murid Bukan Sekadar Soal Perasaan
Seawal Januari, saya sudah mempunyai perasaan yang kuat bahawa saya akan ke Finland. Saya baru sahaja pulang dari Helsinki untuk menghantar borang permohonan. Saya hantar ‘by hand’ dengan datang sendiri dari Malaysia, demi memastikan permohonan saya lengkap, diproses, dipanggil temuduga dan seterusnya mendapat tempat untuk pengajian di sana. Kerana itu, …
October, 2017
-
29 October
Kuasa Tular Digital Dalam Membentuk Keagamaan Kita
Dewasa ini, ramai yang mencoret pengalaman peribadi di media sosial. Ia berbentuk perkongsian pengalaman yang terkandung di dalamnya fakta atau isu yang semasa. Isi kandungan coretan itu berkait dengan ILMU, namun apa yang menarik perhatian kita adalah kedudukannya yang lebih berpengaruh daripada artikel dan buku yang secara khusus membahaskan ILMU. …
-
20 October
Ketika Rasional Tidak Lagi Meminta Bukti
“Kita tidak boleh lupa, bahawa kita dan anak-anak kita, dua-dua Tuhan yang punya. Tuhan mencipta kita untuk menguji peranan ibu bapa kita, dan Tuhan anugerahkan anak kepada kita untuk menguji peranan kita pula” saya berkongsi pandangan dengan sepasang suami isteri yang saya temui di wad sebentar tadi. “Kalau dari segi …
September, 2017
-
26 September
Al-Sukhriyyah: Jahiliah Dalam ‘Tarbiah Islamiah’
40 Strategi Pendidikan Rasulullah (s.a.w) oleh Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah “Sekolah itu ada mengajar Tahfiz. Quran, Hadith, Aqidah, Fekah, semua ada” kata seorang lelaki. Rakannya mengangguk. Berpuas hati. Apabila kita melihat Pendidikan Islam, kita akan menilai pilihan-pilihan yang ada pada dua perkara: Status sekolah tersebut sama ada ia SMKA, SMA, …
-
21 September
DEMOLA OULU: Mengutip Pengalaman dan Ilmu Baru
Ini kali kedua saya menyertai DEMOLA selama berada di Oulu. DEMOLA ini adalah sebuah platform inovasi yang diiktiraf oleh OECD dan World Bank, dimulakan di Tampere, Finland, oleh Nokia, Teliasonera dan Metso. Sehingga kini, sudah ada kira-kira 5000 pelajar menyertainya, melalui kira-kira 900 buah projek. Tahun lalu, permohonan saya untuk …
-
15 September
Kita Tidak Sayangkan Kanak-kanak?
Pujuk dan ajak. Akhirnya anak setuju. Ikut ayah pergi ke masjid solat bersama-sama. Kemalasan dapat diatasi, ketiadaan minat dapat diselesaikan, sedikit demi sedikit, anak semakin kerap mengikut ayah bersolat di masjid. Apabila ada kanak-kanak bersolat di masjid, di sebalik pemandangan itu, ada pelbagai usaha, kesusahan dan kegembiraan. Seronok bukan, melihat …