“Salah satu isu besar di Malaysia yang memerlukan khidmat sejarawan adalah isu Wahhabi” saya berkata. Ammar, Syafiq, Imad, Halim, juga Maher yang berkunjung dari Mesir, bersantai-santai selepas kami makan malam. “Isu Wahhabi disokong dan dibantah sebagai isu aqidah. Sedangkan pada masa yang sama, ia adalah sesuatu yang berlaku pada masa …
February, 2014
January, 2014
-
30 January
Yavuz Sultan Selim: Antagonis Alevi Dipotretkan Alevi
“Sekarang ini, nama Sultan Selim hangat kembali. Alevi di Turki marah sebab kerajaan mahu menamakan jambatan ketiga menyeberangi Bosphorus itu sebagai Jambatan Sultan Selim” cerita Zacky. “Sultan Selim memang berhak untuk dikenang dengan memori yang besar. Sebesar peranan beliau menyatukan dunia Turki dan Arab, menyertakan ketiga-tiga Tanah Suci di bawah …
-
30 January
Kembali Semula ke Turki: IBA Summer School
“Hasrizal?” tanya dua anak muda itu. “Ya saya. Terima kasih kerana menyambut saya” saya menghulurkan tangan untuk bersalam. “Iyi bayramlar” saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada mereka berdua. “TĂĽrkce biliyormusunuz?” mereka bertanya. Adakah saya boleh berbahasa Turki? “Yok. O kadar biliyorum” saya menafikannya. Itu sahaja yang sebenarnya saya tahu. Mereka …
-
29 January
Pelajar ‘Radikal’ Penulis Buku Cinta?
“Imad, jom kita ke seminar di Ä°LEM” saya mengajak. Imad agak berdukacita kerana tidak dapat menyertai kembara kami menjejak Imam Birgivi. Beliau, seorang expatriat muda Malaysia di Istanbul, sibuk mengendalikan urusan perniagaannya di bawah jenama Jejak Uthmaniyyah. Baguslah. Sebelum ini saya hanya ingat kepada nama Izham Istar, anak Malaysia yang …
-
29 January
Nuga: Manisan Itqan Semanis Persaudaraan
“Hasrizal, oh Hasrizal. Cepatnya masa berlalu” kata Hamzah. “Benar. Anas pun sudah jadi anak muda sekarang ini” saya membalas. Hamzah adalah abang kami semua. Semasa di zaman Ilahiyat Marmara, Hamzah adalah yang paling senior. Beliau dahulunya belajar bukan di bidang agama. Namun kesedaran Islam membawa beliau ke Fakulti Ilahiyat, walaupun …
-
28 January
Kembali ke Istanbul: Dilema Sebuah Persimpangan Diri
“Ana semakin tidak dapat meneruskan program motivasi” saya mengeluh. “Kenapa ustaz?” tanya Halim. “Entahlah… Terasa kosong. Bermain kata dan mempermainkan perasaan. Macam yang ana cerita siang tadi” saya menjawab. Kereta kami membelah gelap malam. Perjalanan Ankara ke Istanbul sepi membelah kegelapan malam di lebuhraya. “Ana pun tidak begitu suka dengan …
-
28 January
Suleyman Hilmi Tunahan: Pendidikan Adalah Jihad
“Apabila Badi’uzzaman Sa’id al-Nursi kata aku berlindung dengan Allah daripada politik, kata-kata itu perlu diletakkan dalam konteksnya” saya berbual tengah hari itu. “Anta kecewa dengan politik?” tanya sahabat saya. “Anta rasa?” saya membalas pertanyaan dengan pertanyataan. “Kebelakangan ini nampaknya begitu” jawab beliau. Sepi. Sesekali, ada sahabat menjenguk bertanya khabar. Adakalanya, …
-
28 January
Pedang Ummah di Ambang Jatuhnya Khilafah: Mustafa Sabri
“Bagaimana anta melihat diri anta pada masa hadapan?” tanya Nizam. “Maksud anta?” saya kurang pasti. “Mudah-mudahan pengajian sarjana anta selesai dan juga PhD. Di masa hadapan, apakah niche anta dalam dunia akademik?” soal Nizam. “Amin… moga Allah maqbulkan doa dan harapan itu. Takut mahu membayangkannya. Perjalanan masih jauh. Tetapi semenjak …
-
27 January
Ankara: Murshid, Murabbi, Ukhuwwah dan Mahabbah
“Pelik betul rekaan dalaman Hotel Murat ini. Macam That 70’s Show” saya mengomel. Selepas solat subuh, kami bermalas-malasan di bilik. Terasa berat benar hendak bangun. Letih selepas perjalanan panjang bermula zohor semalam hingga ke jam 1 pagi. Puas kami berpusing di sekeliling kawasan Çankaya kerana mahu mencari hotel. Tidak mahu …
-
26 January
Dari Birgi ke Ankara: Mengelamun Sempena Usia 40 Tahun
“Ustaz masih mampu memandu?” tanya Nabhan. “Inshaallah. Jangan bimbang. Jika ana terlalu penat, ana akan beritahu. Ana memang suka memandu. Tambahan pula jalan seperti ini. Kalau di Malaysia, semasa duduk di Ampang, adakalanya selepas solat Subuh, ana akan memandu sendirian menuju ke KL, menikmati jalan kosong di hari cuti” saya …