Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan meluangkan masa menziarahi sebuah institusi yang saya kasihi. Tidak lain dan tidak bukan, iaitulah Sekolah Menengah Islam Tahfiz Mithali Khalifah atau lebih dikenali sebagai Khalifah Model Secondary School (KMSS) di Bandar Baru Salak Tinggi. Sepatutnya saya hadir lebih awal. Semasa Hari Terbuka dianjurkan Disember lalu, saya …
January, 2014
-
12 January
Jalan Masih Panjang: Menuju Balıkesir
Oh Jalan masih panjang Terbentang di hadapan Tak hanya sekadar dunia Lihatlah ke depan yang lalu biar berlalu Jadikan pemicu kalbu Jalan hidup takkan pernah lurus Pasti ada salah lewati segalanya Tapi Tuhan tak pernah berhenti Membuka jendela maaf untuk kita “Ustaz menyanyi lagu siapa tu? Saya tak pernah dengar” …
-
9 January
The Secret Life of Walter Mitty: Mencari Intipati Sebuah Kehidupan
Saya rasa ia seperti mimpi. Sangat teruja. Sudah lama saya membaca karya Karen Armstrong. Kini bukan sahaja beliau sedang berucap secara live di hadapan kami semua, saya juga menjadi salah seorang ahli jawatankuasa program berkenaan. Di dalam program Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) sulung ini, Karen Armstrong merupakan salah seorang penceramah …
-
9 January
Kembara Menjejak Imam Birgivi: #1 Mencari Diri
“Apa yang menyebabkan ustaz bersungguh-sungguh mahu mengkaji tentang Imam Birgivi?” tanya Halim. Kami sedang bersiap-siap sementara menunggu Nabhan pulang daripada kampus. Hari ini dia mendaftar subjek-subjek untuk semester dua yang bakal bermula. “Hmm… Panjang ceritanya” saya merenung ke luar jendela. Cuaca tengah hari itu cerah di Istanbul. Permulaan yang baik …
-
8 January
Anthony Mencari Muhammad Amin
“Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang bercakap tentang Mary?” Anthony bertanya kepada saya. “Boleh. Sebentar ya. Saya ambilkan terjemahan al-Quran di situ” saya menyambut permintaannya. Pagi itu saya menerima kunjungan Anthony, seorang pemuda Katholik. Beliau menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Saya berbesar hati menerimanya, apatah lagi …
-
5 January
Azam 2014: Menikmati Pilihan-pilihan ‘Kekampungan’
Biasa mendengar pengakuan mangsa? Ini pengakuan seorang mangsa. Mangsa Facebook. Bertahun-tahun menafikannya, mangsa mula jadi pemangsa, untuk mangsa seterusnya yang menjadi mangsa secara sukarela. Hanya taqwa benteng penyelamat. Taqwa yang menyedarkan diri tentang satu-satu situasi yang kita berada di dalamnya, atau sudah menjadi sebahagian daripadanya. Resah melihat Facebook mengubah tabiat …
-
3 January
Cuaca Dan Ajal Sebuah Tamadun Manusia
“Filem The Day After Tomorrow tu, boleh betul-betul terjadi ke?” anak saya bertanya. Amerika Syarikat dilanda cuaca beku yang memusnahkan kehidupan. Filem fiksyen nukilan Roland Emmerich itu diterbitkan pada tahun 2004. Oleh kerana ia filem fiksyen, mudah sahaja untuk relevannya ia diketepikan. Tetapi semalam, ia mengundang pertanyaan kepada diri saya. Tahun …
-
2 January
Bertuahkah Islam Mendapat Melayu?
Malam itu aku menangis. Qiyam Ramadan aku beriring sendu. Aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kesal, bagai ada batu besar terbuku menjadi beban di lubuk hatiku. Rasa terkilan itu juga bersulam silang dengan rindu. Aku rindu pada saat-saat kelanaku di bumi yang amat jauh dan terpencil daripada dunia Islam. …
-
1 January
Selamat Datang Tahun 2014, Tahun Melunaskan Perjuangan
Tahun 2013 adalah tahun pengalaman. Semoga tahun 2014 menjadi tahun pencapaian. Melunaskan pengajian Sarjana saya yang sudah lama tertangguh. “Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran” [Al-‘Asr 103: 1-3] Hasrizal @ www.saifulislam.com 43000 BSP
December, 2013
-
27 December
Budaya Memberi Masyarakat Turki: Institusi Waqaf
Foto ihsan MTSPIBG Di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih, banyak saya nukilkan pengalaman menerima layanan sebagai tetamu di Turki. Layanan yang menambat hati, dan mengundang saya hadir berulang-ulang kali. Layanan yang menjadi asbab untuk ramai orang Eropah mendapat hidayah daripada Allah, seperti yang kemudiannya saya coretkan di dalam buku …