Keluarga

Artikel-artikel bertemakan rumahtangga, kekeluargaan dan keibubapaan

Arkangel di Netflix: Teknologi Membantu ‘Mengawal’ Anak, Sepenuhnya!

Salah satu perkara teras di dalam pembelajaran kami di dalam program LET di Finland ini​ ialah teknologi tidak mengawal tingkah laku manusia, sebaliknya keperluan manusialah yang membimbing bagaimana teknologi direka bentuk dan digunakan di dalam kehidupan. Menonton episod Arkangle (tulisan Charlie Brooker dan arahan Jodie Foster) di dalam musim baru …

Read More »

Meletakkan Islam Dengan Benar dan Baik di Negeri Asing

Snowing while walking to school. May Allah guide and give them strength, ameen. #myfinlandmoment #livinginfinland #mykhalifahjourney #allaboutlearning A video posted by Hasrizal (@iamhasrizal) on Jan 9, 2017 at 9:25pm PST Di dalam usrah pagi ini bersama isteri dan anak-anak, saya kongsikan maksud Islam. Ia tajuk ulangan, tetapi kali ini di …

Read More »

Jenayah Pedophilia: Sudah Bersediakah Kita?

Ketika rakyat Malaysia bergembira dengan cuti hujung minggu yang panjang, kita dikejutkan dengan berita di United Kingdom International Business Times (www.ibtimes.co.uk). Seorang pelajar MARA jurusan Matematik di Imperial College, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Southwark Crown Court. Beliau mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki, …

Read More »

A Dalam Peperiksaan Tetapi D, E dan F Dalam Kehidupan

“Kamu main bola sampai kotor baju. Kamu tahu tak asal usul permainan bolasepak ini?” tanya ustazah. Kami menggelengkan kepala. “Asal permainan bolasepak ini ialah apabila orang jahat bunuh cucu Nabi. Kemudian kepala cucu Nabi tu, disepak-sepak. Maka setiap kali kamu main bola, macam kamu sepak kepala cucu Nabi!” kata ustazah. …

Read More »

Bercutilah Wahai Cikgu. Bercutilah!

“Pening kepala emak. Macam-macam benda nak gantung” kata emak. Saya bersila mengadap emak yang sedang menggunting kad Manila. “Apa yang Rizal boleh tolong?” saya bertanya. “Tolong lipat baju!” jawab emak. Aduhai. Saya berminat mahu menolong kerja sekolah emak. Rupa-rupanya pertolongan saya lebih bermakna kalau saya tolong buat benda yang paling …

Read More »

Mendidik Anak-anak Tentang Isu Palestin

“Abi betul ke coklat Toblerone ada babi sebab kat gunung dia tu ada gambar babi?” tanya anak perempuan saya. Tersirap darah saya mendengar soalan begitu, tambah pula tengah-tengah puasa dan suhu di luar 37 darjah celcius. “Sesiapa yang cakap tu, bagitahu dia jangan main ambil sahaja maklumat di internet! Tanya …

Read More »

Selamat Hari Guru, Ibu!

“Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu dijawab di buku latihan. Beberapa perkataan perlu disalin semula beberapa kali. Saya duduk di meja hadapan, bersebelahan pintu keluar. “Siapa yang bercakap itu?” cikgu mengangkat kepala. Aduh, bukan kamu semua tidak tahu, betapa garangnya cikgu ini. …

Read More »

Abi Memandu Mesin Teroka Masa Sempena Cuti Sekolah

“Abi, akak teringin sangat nak tengok, macam mana orang dulu-dulu kerja” kata Naurah. “Kerja yang macam mana akak maksudkan?” saya bertanya. Kereta kami bergerak perlahan-lahan dalam kesesakan jalan raya menuju tol Putra Mahkota. “Ye lah, macam cerita Mr. Peabody and Sherman hari tu. Akak nak tengok macam mana orang dulu-dulu …

Read More »

Harapan Untuk Sebuah Legasi Pendidikan: KMSS

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan meluangkan masa menziarahi sebuah institusi yang saya kasihi. Tidak lain dan tidak bukan, iaitulah Sekolah Menengah Islam Tahfiz Mithali Khalifah atau lebih dikenali sebagai Khalifah Model Secondary School (KMSS) di Bandar Baru Salak Tinggi. Sepatutnya saya hadir lebih awal. Semasa Hari Terbuka dianjurkan Disember lalu, saya …

Read More »