Saturday, February 22nd, 2025

Terkini

Terkini di blog

Jin Turkiye dan Krisis Pandangan Alam Kita (Sebagai Muslim)

Soalan ini menimbulkan kerumitan kepada anak rakan saya kerana beliau tidak pernah merenung isu tersebut secara mendalam. Baginya, perkara-perkara ghaib ini tidak relevan dalam kehidupan sehariannya kerana tidak pernah bertembung dengan situasi yang memerlukan beliau membuat pendirian. Kehidupan moden di kota besar seperti Istanbul terasa begitu jauh dan tiada kaitan dengan hal ehwal jin dan syaitan ini.

Read More »

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. Pembentangan itu dibuat di dalam Webinar Keibubapaan anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah secara dalam talian. Dr. Haidt menyatakan bahawa Generasi Z, iaitu generasi yang lahir antara tahun 1996 hingga 2012, adalah generasi pertama dalam sejarah manusia …

Read More »

Misteri ‘Sengaja Susah Supaya Tabah’?

Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk mengagung-agungkan susah payah dengan anggapan bahawa ia menjadikan seseorang lebih kuat dan tabah (resilient). Namun, persoalannya, apakah benar susah payah itu perlu diwujudkan dalam pembelajaran? Adakah susah payah sebegini mampu membina ketabahan yang lebih berkesan, atau adakah cara lain yang lebih sesuai? Sebagai umat …

Read More »

Kembali ke Kampus: Percubaan Sarjana Keenam

Sahabat-sahabat pembaca mungkin mengenali saya, Hasrizal Abdul Jamil, sebagai seorang penulis buku. Dengan 28 buah buku yang telah diterbitkan, ramai beranggapan bahawa saya seorang yang cemerlang dalam semua aspek penulisan. Namun, di sebalik pencapaian itu, saya menyimpan satu perjalanan peribadi yang penuh cabaran: lima percubaan gagal untuk mendapatkan ijazah sarjana. …

Read More »

Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK

Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan protes pro-Palestin lalu dikenakan tindakan oleh pihak universiti atau pihak berwajib di negara berkenaan, apakah pendirian anda? Adakah anda bersolidariti dengan anak anda dan apakah nasihat yang …

Read More »

Bolehkah Sembuh Kalau Ada ADHD?

Mendoakan agar individu yang telah pun menerima diagnosis ADHD supaya sembuh dengan memakan ‘ubat’, mungkin tidak begitu tepat dan mengguris hati sesetengah mereka. Sebabnya, individu ADHD tidak akan sembuh daripada ADHD berkenaan. Tiada kesembuhan, kerana ia bukan penyakit dan situasinya bukan sementara. Stimulan yang diambil bukan ubat, stimulan yang diambil …

Read More »

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada ucapan Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi semasa menghantar surat seperti yang dirakam di dalam tarikh A-Tabari dan Al-Bidayah Wa al-Nihayah oleh Ibnu Kathir. Kata, Khalid bin Al-Walid radiallahu anhu:  بسم الله الرحمن الرحيم، من …

Read More »
Skip to content